Selamat Hari Raya Idul Fitri 1436H

Selamat Hari Raya Idul Fitri 1436H

Selasa, 28 April 2015

DUA HARI BANTU PRK P091 ROMPIN, ANTARA KEMISKINAN RAKYAT DAN KEKAYAAN PARA PEMIMPIN


1. Amanah pemimpin yang telah dilantik ialah memastikan dasar kerajaan, iaitu meringankan Rakyat.

2. Sampai bila rakyat terpaksa menanggung kerugian hasil pemimpin yang merompak harta rakyat?

Negara kita Malaysia adalah salah sebuah negara yang kaya. Hasil atas bumi yang subur seperti kelapa sawit, getah, lada hitam, segala jenis buahan serta sayuran.

Mengapa rakyat terpaksa tanggung beban salah urus ekonomi oleh pemimpin BN sehingga nilai duit Malaysia jatuh merudum berbanding nilai duit negara jiran seperti Singapore dan Brunei. Untuk mendapat barang yang sama, rakyat Malaysia terpaksa bayar hampir dua kali ganda.

Hasil di bawah perut bumi seperti petroleum, bijih besi, timah dan galian yang lain. Berapa banyak dan ke mana hasil ini pergi?

Kerajaan yang cekap, sewajibnya mengurus hasil negara ini untuk dikongsi oleh rakyat secara samarata. Sebagai contoh subsidi terhadap barangan keperluan asas seperti beras, gula, tepung dan sebagainya.

Juga memberi subsidi perkhidmatan awam seperti internet, telefon, air, eletrik dan pengangkutan. Apabila semua barang keperluan, kos pengangkutan dan telekomunikasi murah, bebanan rakyat menjadi ringan.

Oleh kerana pimpinan UMNO dan BN menggunakan kewangan negara dengan boros dan tidak munasabah, maka apakah kewajaran mereka dikekalkan? Contoh pemborosan kerajaan hari ini ialah kos ubahsuai Seri Perdana sebanyak RM12.5 juta, bil elektrik kediaman rasmi PM dan TPM di Seri Perdana sebanyak RM160,000 sebulan serta salah urus syarikat seperti PKFZ dan NFC.

Baru-baru ini 1MDB  dengan nilai RM42Billion, dikatakan bahawa dihadkan hutang terkumpul berjumlah RM48Billion semua ini dijamin dan ditanggung kerajaan.

Akibat dari itu subsidi ditarik oleh UMNO dan ia dikurangkan. Apabila dikurangkan subsidi, menjadikan harga barang mahal. Rakyat terbeban kerana ketidak-cekapan pimpinan UMNO BN dalam mengurus negara.

Tidak cukup dengan kenaikan harga barang kerana jatuh nilai ringgit berbanding dgn matawang asing dan juga penarikan subsidi, kerajaan UMNO menambah lagi kenaikan harga barang sebanyak 6% atas nama GST.

Rakyat terus diperdaya, sedang pemimpin bermewah. Pengundi Felda yang akan mengundi pada 5/5/15 ini wajib hantar isyarat kepada UMNO BN.

Catatan menunggu malam di Rompin

Terus beristiqamah

Hj. Razman Hj. Zakaria
Pesuruhjaya PAS Perak

Rabu, 29 April 2015
11 Rejab 1436

0 comments:

Catat Ulasan