Selamat Hari Raya Idul Fitri 1436H

Selamat Hari Raya Idul Fitri 1436H

Selasa, 21 April 2015

MEMPERJUANGKAN KEPENTINGAN PERIBADI AKAN MEROBEK KESATUAN JEMAAH


Hari ini, masalah dalaman menjadi ancaman utama terhadap keutuhan PAS yang dibina selama ini, walaupun dirintangi pelbagai mehnah dan tribulasi. 

1. Ada yang menyalahkan label melabel walaupun dia sendiri melakukan sedemikian.
2. Ada yang menunding jari kepada TGHH walaupun tikus seberang laut yang buat onar.
3. Ada yang mengaitkan ulamak sebagai agen propoganda walaupun mereka sendiri katakan ulamak jumud konservatif envelope tak tau buat kerja sedangkan ulamak bekerja sepenuh masa untuk Islam.
4. Ada yang menyebarkan saraf memburukkan peribadinya sendiri untuk memburu kan rakan dan meraih simpati.
5. Ada yang memburukkan TGHH dengan mengeluarkan kenyataan media dalam akhbar walaupun sudah diperingatkan dan sebab keputusan telah diterangkan.


PUNCA DAN PENYELESAIAN
Antara cadangan penyelesaian yang ingin saya lontarkan ialah;

1. Taatilah Presiden Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang. Perselisihan akan selesai dengan bersama sama mentaati ketua yang satu. Perselisihan akan terus menggila sekiranya munculnya kelompok yang tidak taat dengan menggendong seribu hujah ulamak tidak maksum, kebebasan mengkritik dan banyak lagi. Kita tidak mampu mencipta kesatuan di atas jalan perselisihan.

2. Berpeganglah dengan al Quran dan Sunnah dengan tunjuk ajar alim ulamak yang lebih memahaminya. Apabila wujudnya kelompok yang tidak mahir dengan al Quran dan sunnah, tetapi suka mentafsir keduanya, maka pasti akan wujud perselisihan yang berpanjangan dengan tafsiran yang berbeza dengan alim ulamak sepanjang zaman. Kita tidak mampu mencipta penyelesaian dengan perselisihan.

3. Bersatulah di atas dasar kebenaran, kerana kebenaran itu satu, dan ia tidak berbilang. Andai kelompok A dan B memperjuangkan kebenaran, tidak mungkin wujudnya perselisihan antara kedua. Sebaliknya perselisihan pasti akan timbul antara memperjuangkan kebenaran dan memperjuangkan kepentingan, atau yang lainnya. Kita tidak mampu mencipta persamaan dengan matlamat perjuangan yang berbeza

4. Hayati dasar matlamat perjuangan, lagu rasmi PAS dan lagu Amal, "Berjuanglah wahai Ansorullah dengan matlamat Daulah Islamiah" serta "Beramal kerana Allah". Perselisihan akan timbul antara golongan yang berjuang dengan sebenar, dan mereka yang tidak menghayati jalan ini. Kita tidak mampu mencipta slogan yang sama sedang penghayatan dalam hati itu berbeza.


Terus beristiqamah,
Hj. Razman Hj. Zakaria
Pesuruhjaya PAS Perak
Isnin, 20 April 2015
1 Rejab 1436

0 comments:

Catat Ulasan