Selamat Hari Raya Idul Fitri 1436H

Selamat Hari Raya Idul Fitri 1436H

Ahad, 12 April 2015

SEJARAH RAJA ZULQARNAIN DALAM MENYELESAIKAN KRISIS NEGARA, CUKAI BUKAN UBATNYA


Saya tertarik dengan ucapan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dalam Himpunan Derita Rakyat HINDAR di Padang Merbok 11 April baru baru ini. Idea lontaran beliau berdasarkan al Quran, yang sepatutnya dijadikan rujukan kepada kerajaan Barisan Nasional dalam memulihkan sistem ekonomi negara.

Allah SWT berfirman

قَالُوا يَا ذَا الْقَرْنَيْنِ إِنَّ يَأْجُوجَ وَمَأْجُوجَ مُفْسِدُونَ فِي الْأَرْضِ فَهَلْ نَجْعَلُ لَكَ خَرْجًا عَلَىٰ أَنْ تَجْعَلَ بَيْنَنَا وَبَيْنَهُمْ سَدًّا

Mereka berkata: "wahai Zulkarnain, sesungguhnya kaum Yakjuj dan Makjuj sentiasa melakukan kerosakan di bumi; oleh itu, setujukah kiranya kami menentukan sejumlah bayaran kepadamu (dari hasil pendapatan kami) dengan syarat engkau membina sebuah tembok di antara kami dengan mereka?"

قَالَ مَا مَكَّنِّي فِيهِ رَبِّي خَيْرٌ فَأَعِينُونِي بِقُوَّةٍ أَجْعَلْ بَيْنَكُمْ وَبَيْنَهُمْ رَدْمًا

Dia menjawab: "(kekuasaan dan kekayaan) yang Tuhanku jadikan daku menguasainya, lebih baik (dari bayaran kamu); oleh itu bantulah daku dengan tenaga (kamu beramai-ramai) aku akan bina antara kamu dengan mereka sebuah tembok penutup yang kukuh.
(Surah al Kahfi : 94/95)

Berdasarkan ayat ini, Raja Zulkarnain menolak tawaran rakyat untuk memungut cukai dari kalangan mereka, bagi membolehkan tembok dibina oleh Raja Zulkarnain bagi membina tembok pemisah antara mereka dan Yakjuj dan Makjuj.

Akan tetapi Raja Zulkarnain meminta supaya "dibekalkan" kepadanya sumber tenaga rakyat bagi bersama sama membina tembok sebagai penganti kepada cukai yang dikutip bagi menyelamatkan negara daripada serangan Yakjuj dan Makjuj.

Ya, Malaysia punya tenaga pakar yang ramai dalam bidang ekonomi, sumber bumi, galian dan banyak lagi. Ia sepatutnya digunakan bagi "mengubat" krisis ekonomi negara yang semakin parah.
Malangnya apa yang kita lihat hari ini, negara kita dipimpin dan diurus oleh mereka yang kurang pakar dalam bab pengurusan kewangan sehingga hutang negara melebihi RM800Billion. Bahkan pengenaan cukai pun ditiru daripada negara negara yang lain, yang mempunyai sistem pengurusan ekonomi yang berbeza.


Terus beristiqamah,
Hj. Razman Hj. Zakaria
Pesuruhjaya PAS Perak
Isnin, 13 April 2015
25 Jamadil Akhir 1436

0 comments:

Catat Ulasan