Selamat Hari Raya Idul Fitri 1436H

Selamat Hari Raya Idul Fitri 1436H

Ahad, 12 April 2015

AHLI PARLIMEN ISLAM KHUSUSNYA DARI NEGERI PERAK DISERU MENYOKONG RUU SYARIAH KELANTAN


PAS telah sekian lama berpolitik dalam kerangka Islam dengan panduan Al-Quran, As-Sunnah, Ijmak ulamak dan Qias. Alhamdulillah akhirnya pindaan RUU Enakmen Syariah Kelantan berjaya diluluskan dalam Sidang DUN Kelantan pada 18 Mac lalu.

RUU ini juga telah diangkat ke Parlimen yang dicadangkan oleh YB Dato Seri Abdul Hadi Awang, ahli parlimen Marang sebagai mewakili seluruh ahli PAS dalam mendaulatkan hukum Allah di bumi Malaysia ini.

Oleh itu, saya menyeru kepada seluruh Ahli Parlimen Islam khususnya Ahli parlimen Islam yang mewakili rakyat Negeri Perak supaya menyokong cadangan pindaan RUU ini.
Seruan ini dibuat bukan atas dasar politik, tetapi ianya adalah aqidah pegangan sebagai seorang Islam. Menjadi tanggungjawab semua muslim untuk mendaulatkan hukum Allah tanpa sebarang alasan.

الإسلام يعلو ولا يعلى عليه
Islam itu tinggi, mengatasi yang lain, dan tiada yang lebih tinggi mengatasinya.


Terus beristiqamah,
Hj. Razman Hj. Zakaria
Pesuruhjaya PAS Perak
Khamis, 9 April 2015
21 Jamadil Akhir 1436

0 comments:

Catat Ulasan