Selamat Hari Raya Idul Fitri 1436H

Selamat Hari Raya Idul Fitri 1436H

Rabu, 18 Mac 2015

SOLIDARITI SIMPATI WIRA RAKYAT OKZ13 2009 BLACK PERAK


Saya selaku Pesuruhjaya PAS Perak melahirkan rasa simpati yang teramat sangat, apabila Hakim Mahkamah Rayuan Putrajaya menjatuhkan hukuman penjara 10 bulan terhadap 12 peserta demonstrasi Ops Bubar pada tahun 2009, yang menolak keputusan Mahkamah Tinggi sebelum ini yang membebaskan mereka.

Saya tiba di Mahkamah Putrajaya kira-kira jam 9.45pagi. Setiba di Mahkamah melihat kelompok keluarga sedang bersedih dan saya dimaklumkan tentang keputusan mahkamah.

Saya sangat kesal dengan keputusan tersebut dan merasa amat sedih ke atas apa yang menimpa kepada 12 orang OKZ dan keluarga mereka. Perjuangan mereka untuk membuka mata rakyat dan penguasa berakhir sedemikian.

Saya menenangkan kepada keluarga dan OKZ bahawa PAS Perak akan menjalankan tanggungjawab untuk menguruskan kes mereka dan berusaha menjaga kebajikan ahli keluarga masing-masing.
Proses rayuan kes ini akan diteruskan oleh peguam di peringat Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (Juham) Perak melalui ruang undang-undang yang dibenarkan.

Program susulan termasuklah himpunan solidariti simpati Rakyat akan diusaha untuk mengumpul dana bagi mengurangkan bebanan keluarga dan mengenang jasa mereka dalam menegakan keadilan.
Kepada orang ramai yang bersimpati bolehlah menyalurkan bantuan melalui akaun.

BADAN PERHUBUNGAN PAS NEGERI PERAK.
Maybank 551453101225
dan maklumkan bantuan tersebut melalui sms atau whatsaap kepada Bendahari Perhubungan PAS Perak Us  Ismi +60133900001


Terus beristiqamah,
Hj. Razman Hj. Zakaria
Pesuruhjaya PAS Perak
Khamis, 19 Mac 2015
27 Jamadil Awwal 1436

0 comments:

Catat Ulasan