Selamat Hari Raya Idul Fitri 1436H

Selamat Hari Raya Idul Fitri 1436H

Rabu, 18 Mac 2015

HUDUD KELANTAN MENGUNTUNGKAN PAKATAN RAKYAT


18hb Mac 2015 satu lagi tarikh bersejarah di mana Rang undang-undang Jenayah II Kelantan 1993 pindaan 2015 diluluskan dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan. Namun, saya amat terkejut dengan reaksi dan respon daripada rakan tahaluf Pakatan Rakyat. Pada hemat saya kenyataan ini amat merugikan PR dan bacaan politik yang tidak tepat.

Mari kita bersama renungi sebab kegagalan PR dalam PRU13. Peluang menyedarkan rakyat terhadap kepentingan menjaga harta dan kepentingan awam tertangguh dalam PRU13 Mei 2013  kerana kejayaan sentimen Islam dan Melayu yang dimainkan oleh UMNO.

Propaganda UMNO Malaysia akan jadi negara Kristian dan Melayu akan hilang kuasa menjadi ketakutan kepada pengundi khususnya orang Melayu. PRU13 sokongan kaum bukan Melayu mencecah 80% yang menjadikan 52% pengundi telah mengundi PR tetapi UMNO/BN masih terus berkuasa. Kelemahan urustadbir negara oleh kerajaan UMNO/BN terus membebani rakyat.

Telahan PRU14 sukar mengatasi gelombang PRU13 kerana phycopolitik Melayu terhadap Islam dan bangsa masih mengatasi segalanya. Perlaksanaan hudud Kelantan sewajarnya membuka mata pengundi Melayu terhadap keikhlasan perjuangan PAS bersama PR yang menyediakan sistem urustadbir negara dan manusia selari dengan Yang Maha Pencipta. Pembangunan modal insan yang bertakwa mampu menangani gejala keborosan dan rasuah yang amat serius masa kini. PAS boleh dijadikan sandaran menjaga kepentingan seluruh ummah.

PR akan menjadi lebih mantap dalam kerangka tahaluf, andai bersetuju di atas perkara yang tidak dipersetujui dan menghormati prinsip serta perjuangan rakan-rakan pakatan yang lain. Menangani perbedaan tanpa dilihat cuba menguasai antara satu sama lain. Dengan rakan PR yang berusaha mengekalkan pengundi dalam PRU13 dan PAS meyakinkan ber strategi untuk penambahan 5% lagi pengundi Melayu. Kajian umno 2% pengundi Melayu berubah kepada PR sudah cukup untuk merebahkan benteng terakhir UMNO/BN, insya Allah.

Terus beristiqamah,

Hj. Razman Hj. Zakaria
Pesuruhjaya PAS Perak

Khamis, 19 Mac 2015
27 Jamadil Awwal 1436

0 comments:

Catat Ulasan