Selamat Hari Raya Idul Fitri 1436H

Selamat Hari Raya Idul Fitri 1436H

Khamis, 12 Mac 2015

KHALIFAH ABU BAKAR RA : PERDANA MENTERI DIINGATKAN AGAR BERPEGANG DENGAN ISLAM SEPENUHNYA


Saya menerima perkongsian "sharing" daripada sahabat bahawa Dato Seri Najib, Perdana Menteri Malaysia menyatakan bahawa beliau ingin mencontohi kepimpinan Khalifah Saidina Abu Bakar as Siddiq, iaitu ada ketegasan dalam kelembutan. Ia juga telah dimuatkan di laman Facebooknya.

Sekiranya beliau jujur dengan kata katanya, saya ucapkan syukur kepada Allah SWT atas perubahan ini, iaitu daripada pengamalan cara sekularism, kepada Islam. Tetapi sekiranya perubahan ini hanya sekadar olok olok mempermainkan Islam, maka nantilah kemurkaan Allah SWT.

Di sini, suka untuk saya memperincikan beberapa ciri ciri kepimpinan Saidina Abu Bakar RA;
1. Saidina Abu Bakar RA tegas dengan prinsip Islam, dan beliau juga melaksanakan hudud, dan memerangi kelompok yang tidak membayar zakat. Dato Seri Najib seharusnya melaksanakan hudud yang merupakan salah satu daripada prinsip Islam sekiranya benar ingin mengikut panduan Saidina Abu Bakar RA.

2. Saidina Abu Bakar RA mengharamkan cukai sepertimana yang dilakukan oleh Nabi SAW dan para sahabat RA yang lain. Dato Seri Najib seharusnya menghapuskan GST, Tol dan sebagainya andai kata ingin mencontohi Saidina Abu Bakar RA.

3. Saidina Abu Bakar RA meneruskan agenda Rasulullah SAW untuk menentang kerajaan Rom, Empayar Besar yang memerangi Islam. Dato Seri Najib seharusnya menghentikan hubungan dengan Amerika Syarikat yang memerangi Islam sejak berzaman kalau benar ingin mengikut pedomannya.
4. Saidina Abu Bakar RA bertindak mengumpulkan al Quran sehinggalah dibukukan pada zaman Saidina Uthman. Dato Seri Najib seharusnya bertindak untuk melaksanakan isi kandung al Quran dan mengumpulkan alim ulamak untuk menghidupkan Malaysia dengan ajaran Islam yang bersumberkan al Quran dan Hadis.


Terus beristiqamah,

Hj. Razman Hj. Zakaria
Pesuruhjaya PAS Perak
Isnin, 10 Mac 2015
19 Jamadil Awwal 1436

0 comments:

Catat Ulasan