Baru semalam, dikejutkan dengan persetujuan Dato Seri Najib untuk membeli sebuah jet pesawat peribadi ACJ 320 yang sudah pasti ia bukanlah untuk rakyat. Dengan kos anggaran sebanyak USD70juta, ia dibeli dalam keadaan hutang negara mencecah RM580Billion dan GST semakin membebankan rakyat.
Apabila tiba musim pilihanraya, pelbagai janji ditaburkan dan BR1M yang menjadi rasuah bagi mendapatkan undian. Mereka mempergunakan ilmuan ilmuan "periuk nasi" bagi menghalalkan perbuatan mereka, untuk membebankan rakyat, serta mengaut kekayaan negara.
Apa yang rakyat dapat dengan jet pesawat peribadi tersebut? Adakah ia satu keutamaan sedangkan mereka sering berdalihkan "darurat" bagi menghalalkan GST? Mungkin Laporan Ketua Audit Negara yang dibentang pada November 2014 menjadi KPI untuk menimbang semula keperluan menghabiskan USD70Juta (anggaran) untuk sebuah kapal terbang.
Laporan Ketua Audit Negara 2013, Siri 3 dibentangkan di Parlimen menyenaraikan beberapa ketirisan yang cukup membimbangkan, apatah lagi ia turut disemak oleh Jawatankuasa Kira kira Wang Negara (PAC).
Antara yang disenaraikan ialah penipuan oleh seorang pegawai kerajaan sehingga kehilangan hampir RM1 juta duit negara, kos hospital Shah Alam meningkat RM68.25 juta, RM11.94 juta pencen bulanan dibayar oleh Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) kepada orang yang sudah meninggal, 7712 aset bernilai RM 44.19 juta dilaporkan hilang 2011 hingga 2013 di Kementerian Kesihatan, dan Projek 1BestariNet bernilai RM663 juta yang tidak capai objektif.
Dengan RM1juta sepatutnya kita boleh memberi bantuan isi rumah bagi 1200 buah, sebanyak RM 833. Akan tetapi ketirisan yang terjadi bukanlah sejuta atau dua, tetapi melibatkan ratusan juta. Sistem Islam kekal releven ke hari ini melalui pengharaman penyelewengan duit negara;
Allah SWT berfirman
(يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَأْكُلُوا أَمْوَالَكُمْ بَيْنَكُمْ بِالْبَاطِلِ إِلَّا أَنْ تَكُونَ تِجَارَةً عَنْ تَرَاضٍ مِنْكُمْ ۚ وَلَا تَقْتُلُوا أَنْفُسَكُمْ ۚ إِنَّ اللَّهَ كَانَ بِكُمْ رَحِيمًا)
Wahai orang orang yang beriman, janganlah kamu memakan harta sesama kamu dengan cara yang salah, melainkan dengan cara perniagaan yang redha sesama kamu, dan janganlah kamu membunuh diri kamu, sesungguhnya Allah mengasihi kamu. (Surah an Nisa : 29)
Terus beristiqamah,
Hj. Razman Hj. Zakaria
Pesuruhjaya PAS Perak
Selasa, 17 Mac 2015
25 Jamadil Awwal 1436
0 comments:
Catat Ulasan