Selamat Hari Raya Idul Fitri 1436H

Selamat Hari Raya Idul Fitri 1436H

Khamis, 12 Mac 2015

KEKALKAN TGHH : MENYOKONG KENYATAAN MURSYIDUL AM


Saya selaku Pesuruhjaya PAS Perak menyokong sepenuhnya kenyataan Tuan Guru Dato Dr Haron Din, Mursyidul Am PAS yang menasihatkan agar ahli PAS dan kepimpinannya, agar mengekalkan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS sedia ada.

Saya tertarik dengan hadis Nabi SAW
تركت فيكم ما إن تمسكتم به لن تضلوا بعدي أبدا كتاب الله وسنتي
Aku meninggalkan kepada kamu sesuatu, selagimana kamu berpegsng dengannya, kamu tidak akan sesat selepas kewafatanku selama lamanya, iaitu al Quran dan sunnahku (hadis)
(Muwatto' Imam Malik RA)

Berdasarkan hadis ini, menyatakan betapa perlunya kita kepada pusaka tinggalan Nabi Muhammad SAW, iaitu al Quran dan Sunnah. Di dalam konteks PAS, selagimana kita berpegang dengan kedua duanya, insya Allah bahtera ini selamat.

Maka, mereka yang paling memahami dan mendalami al Quran dan Hadis ialah para ulamak. Setakat ini kepakaran dan pengalaman TGHH sangat berharga buat pejuang Islam. Keilmuannya di dalam bidang al Quran dan Hadis diiktiraf oleh ramai orang.

Maka, sandaran Tuan Guru Dato Dr Haron Din tentang keperluan mengekalkan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang sebagai Presiden PAS, amat bertepatan. Justeru, saya  menyeru kepada seluruh ahli PAS, khususnya di Perak untuk menyahut seruan ini, sebagai jalan mencari redha Allah SWT dengan pimpinan yang bersandarkan kepada al Quran dan Sunnah.


Terus beristiqamah,

Hj. Razman Hj. Zakaria
Pesuruhjaya PAS Perak
Rabu, 12 Mac 2015
20 Jamadil Awwal 1436

0 comments:

Catat Ulasan