Selamat Hari Raya Idul Fitri 1436H

Selamat Hari Raya Idul Fitri 1436H

Khamis, 12 Mac 2015

1MDB : PERDANA MENTERI HARUS BELAJAR MENGURUS KEWANGAN DENGAN BAIK


Saya meletakkan kebimbangan yang serius terhadap agenda 1MDB yang semakin samar ketelusan pelaksanaannya. Pelaburan pelaburan yang meragukan, pembelian yang tiada keperluan dan banyak lagi menambahkan lagi bebanan hutang negara.

1MDB yang boleh dikatakan telah lama diasaskan, namun bayaran bayaran yang luar kewarasan akal menjadikan ia ditikai. Pada Oktober 2014, akhbar The Edge ada menyiarkan tentang beberapa kajian terhadap "skandal" ini, antara yang dinyatakan ialah 1MDB telah bersetuju membayar bunga (faedah) sebanyak 5.75% bagi hutang RM5Billion pada 1 September 2009.

Kebiasaannya bon kerajaan hanya sekadar 4%, persoalannya mengapa kerajaan membayar bunga yang lebih untuk mendapat duit yang lebih dengan cara yang berhutang? Sedangkan kita sedia tahu negara Malaysia sudah 18 tahun (sehingga 2015) mengalami defisit.

5.75% daripada RM5Billion sebanyak RM287.5Million. Jumlah sebesar ini hanyalah bunga (faedah) daripada pinjaman yang dibuat. Sekiranya RM287.5Million setahun, maka dalam tempoh 5 tahun faedahnya sahaja sudah mencecah RM1.43Billion, hangus begitu sahaja.

Apa yang menghairankan, 1MDB berhutang lagi sebanyak RM5.6billion dengan kadar faedah 5.99% pada 2014. Sudahlah meminjam wang orang, dipinjam pula dengan ber"faedah" yang tidak kena dengan cara Islam. Bertambah teruk apabila faedah tersebut terlalu tinggi berbanding yang lain.

Bertambah malang apabila pinjaman setinggi ini, Malaysia cuma mendapat RM4.973Billion sahaja (11.25%) kerana selebihnya ditolak untuk komisen, bayaran fees dan perbelanjaan. Kesemuanya dibebani oleh rakyat biasa yang tidak memangkah beliau, dan juga mereka yang memangkah beliau dalam PRU.

Antara yang lain, pembelian tanah yang melebihi paras harga pasarannya. Seperti 234 ekar di Air Itam, serta pembelian tanah di Pulau Indah, yang menelan belanja RM317Million. Kalian boleh lihat ke mana habisnya duit negara, dan kenapa rakyat mesti menanggung bisness orang atas, tetapi tidak menikmati walaupun sesen keuntungan mereka.

Saya menggesa agar siasatan dilakukan terhadap 1MDB kerana ia melibatkan ketirisan, pecah amanah dan salahlaku jika ia benar. Saya membimbangkan kadar hutang negara yang semakin menjulang tinggi, dalam keadaan barisan kepimpinan kerajaan masih hidup bermewah mewah.


Terus beristiqamah,

Hj. Razman Hj. Zakaria
Pesuruhjaya PAS Perak
Rabu, 12 Mac 2015
20 Jamadil Awwal 1436

0 comments:

Catat Ulasan