Selamat Hari Raya Idul Fitri 1436H

Selamat Hari Raya Idul Fitri 1436H

Khamis, 12 Mac 2015

FIQH SABA'AH : KESILAPAN MANHAJ MENYEBABKAN KECELARUAN DALAM BERPENDIRIAN


Baru baru ini saya dijemput untuk menyampaikan buah pandangan di Seminar Fiqh Sabaah yang diadakan di KUIZM. Huraian yang baik dan panjang lebar terhadap kefahaman Islam yang sering menjadi kesilapan bagi mereka yang tidak berguru dalam bab ini.

Syeikh Yusof al Qaradhawi sendiri mengingatkan di dalam bukunya "Feqh Aulawiyat" bahawa ilmu Siyasah Syariyyah ini jarang diulas di dalam kitab kitab lama kerana perbahasannya agak seni, rumit dan tersendiri mengikut waqie realiti masing masing yang berbeza dan berubah.

Boleh untuk saya ketengahkan di sini beberapa point yang sering diambil ringan oleh "pembaca pembaca buku". Ya, perkara serumit ini tidak memadai dengan hanya membaca buku, tidak berguru, lantas kita mendakwa sebagai seorang yang pakar maqasid syariah.

Antara kesilapan yang biasa dibuat dalam menimbang ilmu siyasah syariyyah (feqh sabaah) ialah :

1. Tidak merujuk kepada nas al Quran atau hadis, terus melangkau dengan menjadikan kaedah kaedah fiqh sebagai hujah. Contohnya hujah penangguhan hudud dengan mengaitkan dengan fiqh waqie. Mereka mengatakan bahawa hudud perlu ditangguhkan kerana tidak sesuai dengan waqie semasa.

Penjelasan : Dalam tingkatan rujukan siyasah syariyyah, melihat kepada fiqh waqie adalah peringkat yang keempat, iaitu setelah kita memperhalusi fiqh nusus. Ya, tiada nas yang mengatakan bahawa hudud itu perlu ditangguhkan, maka di mana betulnya fiqh waqie yang tersilap sebegitu?

2. Ada beberapa kelompok yang cuba menghidupkan perpecahan dalam PAS, dengan mengaitkan kepada kepimpinan ulamak bersandarkan kepada fiqh aulawiyat dan fiqh taghyiir (mengubah). Mereka mengatakan bahawa dalam Islam pun ada fiqh taghyir, maka apa salahnya menurunkan Presiden PAS sedia ada.

Penjelasan : Menurunkan TGHH sebagai Presiden PAS kononnya ia adalah fiqh taghyiir dan keutamaan (aulawiyat) menyerahkan mandat tersebut kepada orang lain, sedangkan mereka langsung tidak merujuk kepada fiqh nusus yang: memberi keutamaan kepada ulamak/alim/berilmu untuk memimpin. Kalau berdasarkan susur galur yang betul, akan menunjukkan bahawa kepimpinan TGHH adalah yang keutamaan.

3. Ada juga kelompok yang menolak hudud dengan mengaitkan fiqh maqasid, ada juga yang mengaitkannya dengan tidak sesuai pelaksanaan hudud, iaitu menjaga nyawa dan sebagainya. Mereka berdalihkan, terpaksa menangguhkan hudud bagi meraikan maqasid syariah.

Penjelasan : Ini juga masalah krisis tidak memahami fiqh nusus dengan baik, hanya sekadar menghukum kepada maqasid. Sepatutnya kena mulakan dengan usul fiqh, bukan mencari cari maqasidnya tanpa memahami usul. Ilmu Usul Fiqh berperanan mengeluarkan hukum daripada al Quran dan Hadis, kemudian barulah melihat kepada kaedah kaedahnya.


Kesimpulan

1. Ilmu Siyasah Syariyyah diakui sendiri oleh para ulamak bahawa ia adalah ilmu yang agak tinggi, tidak boleh difahami secara "short cut" dengan hanya sekadar membaca buku, apatah lagi membelek sehelai dua yang telah ditranslate ke dalam Bahasa Melayu, kemudian terus mengaku pakar siyasah syariyyah atau pakar maqasid.

2. Ilmu ini memerlukan kepada penguasaan terhadap dalil dalil al Quran dan Hadis dengan baik. Penguasaan terhadap kedua duanya boleh diperolehi melalui proses berguru (talaqqi) secara bermethod. Bukannya hanya main "petik" kitab itu ini, lantas menjadikannya sebagai rujukan utama.

3. Ilmu ini merangkumi segenap aspek tindakan manusiawi, lebih lebih lagi tindakan dan strategi kita dalam arena politik Malaysia. Sekiranya tersilap cara belajar, boleh mencemarkan kefahaman yang betul menjadi liberalism (meringan ringankan syariat), dan dengan mudah mengeluarkan hukum melalui sepotong dua kaedah fiqh.

Semoga kita sama sama mendalami ilmu Islam dengan caranya yang betul, dan manhajnya yang bertepatan sepertimana yang disusun oleh alim ulamak sepanjang zaman.


Terus beristiqamah,

Hj. Razman Hj. Zakaria
Pesuruhjaya PAS Perak
Isnin, 11 Mac 2015
19 Jamadil Awwal 1436

0 comments:

Catat Ulasan