Selamat Hari Raya Idul Fitri 1436H

Selamat Hari Raya Idul Fitri 1436H

Isnin, 2 Mac 2015

KEFAHAMAN TERHADAP PERJUANGAN, MENJAMIN ISTIQAMAH YANG BERTERUSAN


LIQO FIKRI PAS KAWASAN MERBOK

Tarikh: 1 hb Mac 2015
Masa: 9.00 malam
Tempat: Markas PAS Cawangan Sg Jagung, Sg Petani.
Masa: 9.00 mlm.
Tajuk : Istiqamah dalam jamaah dan perjuangan Islam

1) Memahami tajuk

a. Istiqamah bermaksud stamina tahan lama dalam menggerakkan Islam, serta bertahan dengan prinsip-prinsip perjuangannya (Tafsir al Qurtubi, Surah Hud ayat 112)

b. Jamaah bermaksud kumpulan atau kelompok yang mempunyai konsep berorganisasi, bersistem dan beroperasi (Hadis Riwayat Abu Musa al Asy'ariy takhrij Imam Ahmad 16718)

2) Tujuan jamaah

a. Tujuan penubuhan PAS ialah

- Memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya bilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah.

- Mempertahankan Kesucian Islam serta kemerdekaan dan kedaulatan negara.

b. Dasar PAS ialah Islam

c. Seruan PAS ialah "Allahu Akbar"

e. Sumber tertinggi PAS ialah al Quran, Hadis, Ijmak dan Qias.

3) Setiap kali menyertai sesuatu jemaah, pastinya ada borang ikrar, dan baiah (janji taat setia). Maka, janji taat setia dalam gerakan Islam dimulai dengan kefahaman (الفهم), iaitu memahami bahawa gerak kerja Islam sepatutnya berdasarkan manhaj yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW.

4) Setiap kefahaman pastinya membuahkan istiqamah. Tak mungkin seseorang itu mampu bertahan lama memperjuangkan sesuatu ideologi perjuangan tanpa kefahaman, sejarah sudah mencoretkan segalanya. Maka, PAS mendidik jiwa jiwa agar istiqamah mempertahankan PAS yang memperjuangkan Islam.

5) Terdapat 4 perkara yang perlu dipertahankan, iaitu;

a. Asas

Akidah perjuangan yang mempertahankan ketulenannya daripada ideologi-ideologi asing yang celaru.

b. Menjaga syariat

Menjaga syariat sebagai dasar rujukan PAS, yang hanya difahami oleh para alim ulamak.

c. Tonggak kekuatan

PAS mengamalkan sistem Islam iaitu syura, yang menjadi benteng mempertahankan syariat. Mereka yang menganggotainya dari kalangan faqeh dalam bidang agama, yang terpilih. Dari sudut herarki, Majlis Syura Ulamaklah yang tertinggi, manakala Pasma dilihat bertindak merobek struktur tertinggi ini

d. Qiadah kepimpinan

Pertahankan kepimpinan yang boleh mempertahan jamaah, serta tegas terhadap prinsip Islam. Bukanlah pemimpin yang melonggar longgarkan syariat, serta pimpinan yang membiarkan jemaah dirobek musuh.

Terus beristiqamah,

Hj. Razman Hj. Zakaria
Pesuruhjaya PAS Perak

Ahad 1 Mac 2015
10 Jamadil Awwal 1436

0 comments:

Catat Ulasan