SEMOGA SELAMAT DUNIA AKHIRAT

Istiqamah Hingga Kemenangan

Selamat Hari Raya Idul Fitri 1436H

Selamat Hari Raya Idul Fitri 1436H

Ahad, 29 Mac 2015

TEMASYA SUKAN SEKOLAH SEKOLAH HESA

26 Mac, Khamis, dijemput untuk merasmikan Temasya Sekolah sekolah HESA (Hal Ehwal Sekolah Agama Kedah) yang diadakan di Mini Stadium Keladi, Kulim. Semoga usaha diberkati Allah bagi menyuburkan sekolah sekolah agama ...

SERAHAN CEK BAYARAN GUAMAN OKZ13

25 Mac, Rabu, Badan perhubungan menyerahkan cek berjumlah RM10,000/= sebagai bayaran disbustment/travelling kepada Augustine Anthony salah seorang peguam yang yang menguruskan OKZ13 Wira Black Perak. Cek diterima oleh Mr. Ramesh di pejabat beliau. Badan Perhubungan PAS Perak merakamkan setinggi terima kasih kepada peguam Aminuddin yg memberi perkhidmatan secara percuma dan juga kepada Mr. Augustine yang sudi bersusah payah membantu wira-wira...

BERADA DI PENJARA KAJANG, PERMOHONAN PERPINDAHAN OKZ13

25 Mac, Rabu, berada di Pejabat Urusan Penjara Kajang, urusan perpindahan OKZ13. Doakan semoga prosedur dan permohonan ini dimudahkan oleh Allah SWT. ...

SUKAN MELATIH UMMAH BERDISIPLIN.

Jazakallah  diucapkan kepada pertubuhan HESA( Pertubuhan Hal ehwal Sekolah Agama) kerana menjemput untuk merasmikan temasya sukan tahunan sekolah-sekolah dibawah  HESA bagi tahun 2015 ini. Tahniah dan syabas kepada HESA yang berjaya menganjurkan temasya sukan ini. Ini membuktikan HESA bkn shj mampu melahirkan tenaga untuk membentuk akhlak insan bertakwa di bilik darjah atau bilik kuliah malah mampu membentuk disiplin diluar bilik...

SELAMAT HARI POLIS KALI KE 208

Saya mengucapkan Selamat Hari Polis kali ke 208. Sempena Hari Polis ini, saya mendoakan agar kewibawaan barisan keselamatan ini dapat dipertingkatkan dan menggiatkan jati diri sebagai pihak keselamatan. Adalah menjadi tanggongjawab bersama mewujudkan  Sistem keselamatan Islam disebut Hisbah, iaitu berperanan dalam mengawal keselamatan serta amar makruf nahi mungkar. Semoga pihak polis dapat mengukuhkan integriti dan kepercayaan orang awam  sebagai salah satu amanah yang mesti digalas dengan secara bersama. Terus beristiqamah, Hj. Razman...

PAS LENGGONG TETAP MENYOKONG TUAN GURU PRESIDEN PAS

1. Merujuk kepada pendirian DAP untuk memutuskan hubungan dengan TG Presiden PAS, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang baru-baru ini, perkara ini menjadi petunjuk kepada senario hubungan dalaman PR yang sukar untuk dikawal meskipun ketiga-tiga parti telah menyatakan kesediaan untuk menerima pakai prinsip "bersetuju untuk tidak bersetuju" dalam beberapa isu, terutamanya isu berkenaan pindaan undang-undang kanun jenayah syariah negeri Kelantan. Prinsip ini diperlukan bagi menentukan batas sempadan permuafakatan antara parti-parti komponen PR. 2. Sewajarnya,...

KAMI BANGGA DENGAN PRESIDEN YANG BERPRINSIP

Sebagai ahli parti yang mendokong perjuangan dan prinsip Islam, saya amat kesal dengan kenyataan DAP yang menghina Presiden, serta dasar PAS itu sendiri. Apakah kita hanya mampu berdiam diri? Di awal bahagian kedua, kitab ماذا يعني انتمائي للإسلام menyatakan bahawa cukup sekadar seseorang mukmin itu berdiam diri membisu, bermakna ia sudah membantu kemungkaran. Mereka tidak boleh memisahkan PAS dengan kepimpinannya. Tindakan dan kenyataan di medan terbuka seolah-olah strategi untuk menjadikan PAS sebagai alat tunggangan. Tidak mungkin, PAS bukannya...

CATATAN PERJALANAN KE KULIM

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِي الْأَمْرِ مِنكُمْ فَإِن تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللَّهِ وَالرَّسُولِ إِن كُنتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ ذَٰلِكَ خَيْرٌ وَأَحْسَنُ تَأْوِيلًا Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab)...

Isnin, 23 Mac 2015

MENZIARAHI HAJI KASSIM DAN ANAK MUDA TANJUNG KALA

22 Mac, Ahad, jam 10 malam, meluangkan masa menziarahi Haji Kassim, Imam Kampung Tanjung Kala. Walimah anak beliau di siang hari, tak sempst bersama.  Turut bermesra dengan anak muda Tanjung Kala yang pernah membantu dalam PRU13 yang lalu ...

MENZIARAHI MANTAN PESURUHJAYA PAS PERAK

22 Mac, Ahad, mengambil kesempatan menziarahi Mantan Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Azizan Desa di rumah beliau. Berbincang seputar isu Akidah yang kian meruncing. ...

SYABAS DAN TAHNIAH DI ATAS KEJAYAAN IJTIMAK PERPADUAN UMMAH KALI KETIGA

Saya mengucapkan syabas dan tahniah di atas kejayaan mengadakan Ijtimak Perpaduan Ummah Kali ke 3 di Rusila. Sebuah program yang menghimpunkan puluhan ulamak seluruh dunia, bagi membincangkan isu ummat Islam sedunia. Sebuah kenangan manis buat mereka yang merasainya, dan kenangan pahit buat mereka yang tidak dapat menyertainya. Nabi Muhammad SAW pernah bersabda; العلماء ورثة الأنبياء فإن الأنبياء لم يورثوا دينارا ولا درهما، وإنما ورثوا...

Sabtu, 21 Mac 2015

KENDURI DI JENGKA 16

21 Mac, Sabtu, meluangkan masa menghadiri kenduri Ustaz Syakir, salah seorang tenaga pendidik Maahad Tahfiz al Quran Lid Dakwah wal Imamah Kampung Luat. Lokasi kenduri di Jengka 16, Pahang. ...

IJTIMAK PERPADUAN UMMAH

19 Mac hingga ke hari ini, bersama para ulamak sedunia dalam Ijtimak Perpaduan Ummah yang diadakan di Rusila, Terengganu. Syabas dan tahniah buat penganjur yang bertungkus lumus menjayakan program ulung ini ...

Rabu, 18 Mac 2015

SOLIDARITI SIMPATI WIRA RAKYAT OKZ13 2009 BLACK PERAK

Saya selaku Pesuruhjaya PAS Perak melahirkan rasa simpati yang teramat sangat, apabila Hakim Mahkamah Rayuan Putrajaya menjatuhkan hukuman penjara 10 bulan terhadap 12 peserta demonstrasi Ops Bubar pada tahun 2009, yang menolak keputusan Mahkamah Tinggi sebelum ini yang membebaskan mereka. Saya tiba di Mahkamah Putrajaya kira-kira jam 9.45pagi. Setiba di Mahkamah melihat kelompok keluarga sedang bersedih dan saya dimaklumkan tentang keputusan...

HUDUD KELANTAN MENGUNTUNGKAN PAKATAN RAKYAT

18hb Mac 2015 satu lagi tarikh bersejarah di mana Rang undang-undang Jenayah II Kelantan 1993 pindaan 2015 diluluskan dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan. Namun, saya amat terkejut dengan reaksi dan respon daripada rakan tahaluf Pakatan Rakyat. Pada hemat saya kenyataan ini amat merugikan PR dan bacaan politik yang tidak tepat. Mari kita bersama renungi sebab kegagalan PR dalam PRU13. Peluang menyedarkan rakyat terhadap kepentingan menjaga harta dan kepentingan awam tertangguh dalam PRU13 Mei 2013  kerana kejayaan sentimen Islam dan Melayu...

Selasa, 17 Mac 2015

PESAWAT BARU YANG DIANGGARKAN USD70JUTA DAN KETIRISAN KEWANGAN NEGARA

Baru semalam, dikejutkan dengan persetujuan Dato Seri Najib untuk membeli sebuah jet pesawat peribadi ACJ 320 yang sudah pasti ia bukanlah untuk rakyat. Dengan kos anggaran sebanyak USD70juta, ia dibeli dalam keadaan hutang negara mencecah RM580Billion dan GST semakin membebankan rakyat. Apabila tiba musim pilihanraya, pelbagai janji ditaburkan dan BR1M yang menjadi rasuah bagi mendapatkan undian. Mereka mempergunakan ilmuan ilmuan "periuk nasi" bagi menghalalkan perbuatan mereka, untuk membebankan rakyat, serta mengaut kekayaan negara. Apa yang...

GST : PENINDASAN TERHADAP RAKYAT DISEBABKAN KETIRISAN KERAJAAN MENGURUS KEWANGAN NEGARA

Saya sangat kesal dengan tindakan pejam sebelah mata oleh beberap pihak yang dikatakan mempunyai ilmu agama dalam menghalalkan cukai GST. Dalam keadaan rakyat yang terbeban dengan pelbagai hutang, dan tekanan harga barangan yang melambung, pihak kerajaan boleh bertindak mengambil duit rakyat dengan alasan keperluan negara. Adakah mereka telah lupa kewangan negara defisit selama 18 tahun disebabkan pengurusan yang bocor dengan torehan ketirisan? Adakah mereka lupa jutaan ringgit yang dibazirkan atau digelapkan berdasarkan pembentangan audit negara? Adakah...

SELAMAT BERIJTIMAK

...

NAS QURAN ATAU KAEDAH FIQH DIDAHULUKAN

...

BERSAMA OKZ DI MAHKAMAH

Hari ini 17hb Mac 2015 hari terakhir usaha PAS Perak mendapat keadilan dalam keputusan PRU13 pada 5 Mei 2013. Kes Kelayakan-kelayakan calon UMNO di DUN Rungkup dan Manong Perbicaraan sedang berlangsung Peguam Chan menolak supaya salah seorang Hakim Haji Mohammad Apendi bin Hj Ali Penasihat Undang-undang UMNO hendaklah ditukar. Mahkamah sedikit tegang, saya membuat keputusan supaya bantahan diteruskan sebab kita telah pergi jauh. Penarikan...

WALIMATUL URUS DI KAMPUNG AIR GANDA

16 Mac, menghadiri majlis walimatul urus ahli PAS di Kampung Air Ganda. Semoga berkekalan hingga ke anak cucu. ...

PERTEMUAN DENGAN PEJUANG HAK RAKYAT, HAJI HALIM DAN MAKCIK WAHIDAH

16 Mac, Isnin, bertemu dengan Makcik Wahidah dan suami Hj Halim hero Kampung Chubadak Tambahan. Mereka adalah antara yang berani mempertahankan hak sehingga mendapat pampasan yang agak memuaskan. ...

Sabtu, 14 Mac 2015

KONVOI KE IJTIMAK UMMAH DI RUSILA

19 Mac, jam 9 pagi, berkumpul di Dataran Lenggong, mari kita berkonvoi ke Ijtimak Ummah di Rusila. Ayuh...

BERSAMA CALON DUN CHEMPAKA

13 Mac, Jumaat, meluangkan masa bersama calon DUN Chempaka di JKR10 Kota Bharu. Semoga kemenangan buat Islam. ...