Selamat Hari Raya Idul Fitri 1436H

Selamat Hari Raya Idul Fitri 1436H

Khamis, 6 November 2014

CATATAN PAGI JUMAAT : BELAJARLAH DARIPADA JABATAN AMAL

Semalam 6 November 2014, jam di tangan menunjukkan 12.30 tengahari. Saya sedang sibuk memantau situasi banjir dan tanah runtuh di Kampung Raja Ringlet, Cameron Highland bersama Naib Presiden PAS Tuan Haji Salahuddin Ayob beserta 11 orang Anggota Jabatan Amal Perak dan Tapah.
Dalam pada itu, saya telah dihubungi wartawan Saudara Azhar daripada akhbar Sinar Harian meminta komen tentang program PASMA di Perak yang akan diadakan pada hari ini, 7 November.

Jawapan saya, PAS Perak tidak ada kuasa untuk menghalang PasMa datang ke Perak. Negara kita Demokrasi dan menjamin rakyatnya untuk bersuara.

Namun, PAS Perak tetap bertegas dan berdiri selari dengan pendirian dan arahan Majlis Syura Ulamak yang tidak membenarkan ahlinya terlibat dgn PasMa. Di sini PAS berkuasa dan berhak ke atas sebarang tindak tanduk ahlinya. Sekiranya mana mana ahli atau pimpinan PAS masih memilih untuk melanggar perintah atau arahan parti, itu terserah kepada mereka.

Begitu juga kerajaan berhak ke atas rakyatnya. Kerajaan mengeluarkan arahan undang-undang  dan hukuman ke atas  sesuatu perkara. Sekiranya rakyat memilih untuk melanggar ketetapan tersebut, maka segala risiko tertanggung di atas bahu mereka sendiri.

PAS sebuah organisasi yang tersusun dan beroperasi sudah sekian lama dgn matlamat dan halatuju yg jelas. PAS juga telah melalui bermacam macam liku halangan dan rintangan. PAS punya kaedah tersendiri untuk menjaga keharmonian parti.

PasMa pula bukanlah halangan atau saingan bagi PAS. Dengan tertubuhnya PasMa, PAS dapat mengenali siapa dalang yang bermasalah dalam parti. PasMa juga boleh diistilahkan sebagai NGO ahli PAS yang bermasalah.

Sedikit nota untuk para ahli gerakan Islam. Bermula semalam, 6 November, Jabatan Amal Perak bertugas membantu membersihkan 40 buah rumah yang dilanda banjir lumpur di Cameron Highlands.

Saya benar benar tersentuh dengan keikhlasan mereka. Mereka tidak mengatur untuk menaikkan seseorang, apatah lagi menjatuhkan yang lain. Mereka juga tidak merancang bagaimana hendak memintas dan melemahkan orang lain.
Mereka juga tidak berlumba-lumba untuk merebut jawatan. Merekalah Ansorullah. Mereka meninggalkan kerja peribadi mereka demi gerakan Islam yang bernama PAS, sedangkan taraf hidup mereka amat memerlukan tumpuan. Wahai ahli gerakan Islam PAS, bersama kita meninggalkan kerja yang tidak bermunafaat dan memecah belahkan gerakan Islam PAS ini.

Kepada sesiapa yang punya kelebihan bantulah mereka.
Hubungi :
Pengarah Jabatan Amal Perak Saudara Arif 0134213636, Pak Rahim +60175945525 atau Setiausaha Unit Amal Perak Saudara Adib 0134811173

Catatan pagi Jumaat 
7 November 2014
Hj. Razman Haji Zakaria Pesuruhjaya PAS Perak

0 comments:

Catat Ulasan