Selamat Hari Raya Idul Fitri 1436H

Selamat Hari Raya Idul Fitri 1436H

Isnin, 3 November 2014

CATATAN DALAM PERJALANAN KE MENZIARAHI PENGEBUMIAN : NOSTALGIA BERSAMA ALMARHUM ALIAS BIN YUNUS


Almarhum Haji Alias bin Yunus (Gambar dibawah ketika Pak Teh Menziarahi beliau), nama yang tidak popular di kaca televisyen mahupun dada akhbar. Akan tetapi namanya popular di sisi penggerak PAS, dan dikenali oleh murabitun perjuangan Islam di Malaysia.

Almarhum adalah Ketua PAS Cawangan Desa Aman, Kawasan Gopeng. Merupakan Mantan Ketua Pemuda PAS Kawasan Batu Gajah, Mantan Exco Pemuda PAS Negeri Perak serta Mantan Ketua Penerangan Dewan Pemuda Perak era 80an.

Hari ini 4 November 2014 bersamaan 11 Muharam 1436 Hijrah, jam 5 pagi beliau telah dipanggil kembali menemui Penciptanya Allah SWT buat selama-lamanya.

Saya tidak sempat mengiringi perjuangannya dalam tempoh masa yang lama. Sebaik sahaja dilantik menjadi Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, pada tahun 2012 beliau menghubungi untuk jemputan pengisian dalaman di markas Cawangan Desa Aman. 

Di sinilah beliau berkhidmat sehingga ke akhir hayatnya sebagai seorang Ketua Cawangan.

Di sinilah bermula ukhuwah dan perkenalan.Walaupun tempoh agak singkat, namun banyak pengalaman yang dikongsi bersama, pahit dan manis dalam perjuangan.

Semasa beliau dalam keadaan tenat, saya sempat menziarahi dan berbual bersama beliau tika di rumah mahupun di hospital. Hari ini segalanya tinggal kenangan.

Tokoh yang menjadi contoh dan sepatutnya dibanggakan bagi saya dan anak jamaah, Almarhum tetap istiqamah dalam perjuangan hingga ke akhir hayatnya.

Moga Almarhum dicucuri rahmat serta diampuni segala dosa dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh dan para syuhada'.

Insya Allah solat jenazah Akan diadakan sebelum Solat Zohor. Jenazah Akan dikebumikan Di Tanah Perkuburan Islam Kg Changkat Larang , Lahat.

Al- Fatihah

Hj Razman Hj Zakaria
Pesuruhjaya PAS Perak
4 November

0 comments:

Catat Ulasan