Selamat Hari Raya Idul Fitri 1436H

Selamat Hari Raya Idul Fitri 1436H

Sabtu, 8 November 2014

ISU TRANSGENDER: KEMANAKAH UMAT ISLAM DI MALAYSIA HENDAK DIBAWA OLEH KERAJAAN


Merujuk kepada keputusan Mahkamah Rayuan yang telah memutuskan bahawa Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992 yang memperuntukkan hukuman ke atas lelaki Islam yang berpakaian wanita adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Hakim Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus telah mengisytiharkan Seksyen 66 itu sebagai terbatal. 

Keputusan berkenaan secara tidak langsung mengiktiraf hak golongan transgender yang mengalami disforia gender dan berpakaian serta berkelakuan seperti wanita.

Sepertimana yang kita ketahui, Perlembagaan Persekutuan menyatakan dengan jelas bahawa Islam adalah agama rasmi. Maka, apakah wajar elemen yang bercanggah dengan Islam ini dibebaskan dengan sebebas bebasnya?

Umat Islam di Malaysia seolah-olah telah dikelirukan dengan sengaja. Apakah Malaysia benar Malaysia itu sebuah negara Islam, negara umat Islam atau apa-apa istilah yang dikaitkan dengan Islam?

Terlalu banyak syariat agama Islam yang telah dirosakkan di negara kita ini seperti Oktoberfest pesta minum arak, kempen menyentuh anjing, tarian bogel di pusat membeli belah dan sebagainya yang tidak kelihatan penguatkuasaan serta penyelesaiannya.

Kita seolah olah sengaja mengundang bala Allah SWT. Tidak cukupkah dengan banjir lumpur di Ringlet Cameron Highland? Tidak cukupkah dengan puting beliung yang melanda Negeri Kedah serta beberapa buah negeri yang lain?

Tidak cukupkah dengan ekonomi Malaysia yang semakin menemui kebuntuan yang menggila? Tidak cukupkah dengan kejadian tanah runtuh yang teruk? Jabatan Metreologi sudah pun mengumumkan bahawa Malaysia sedang dilanda ribut serta ribut kilat bermula 7 November.

Perlembagaan Persekutuan secara jelas telah terbatal seksyen 66 Jenayah Syariah yang berpandukan kepada Hadis Nabi SAW seolah olah sengaja menolaknya, sepertimana sabdanya;

عن ابن عبّاس رضي الله عنه قال: لعن رسول الله صلّى الله عليه وسلّم المتشبّهين من الرجال بالنّساء والمتشبّهات من النّساء بالرجال -رواه البخاري

Dari Ibnu Abbas RA, beliau berkata, “Rasulullah SAW melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan para wanita yang menyerupai lelaki”. Shahih al Bukhari


Saya melihat ia seolah olah senada dengan perjuangan yang menuntut kebebasan yang total dari kalangan liberalisme dan pluralisme yang telah pun difatwakan sesat oleh Majlis Fatwa.

Iaitu memberi kebebasan bagi mana mana lelaki untuk berpakaian perempuan, begitu juga sebaliknya. Jelas bahawa ini adalah perbuatan yang tidak normal.

Berpeganglah dengan Islam, kerana Islam mengajar kita bertindak waras dan normal dalam apa jua sikap.

Terus beristiqamah,















Haji Razman Haji Zakaria
Pesuruhjaya PAS Perak

8 November

0 comments:

Catat Ulasan