SEMOGA SELAMAT DUNIA AKHIRAT

Istiqamah Hingga Kemenangan

Selamat Hari Raya Idul Fitri 1436H

Selamat Hari Raya Idul Fitri 1436H

Jumaat, 28 November 2014

DAKWAH NON MUSLIM : PAS PERLU ZAHIRKAN ISLAM, BUKAN IDEALISME BARAT

Begitu juga dengan Islah dan Berjasa. Mereka juga telah merealitikan apa yang dilakukan oleh kumpulan kumpulan terdahulu yang telah berkubur. Bagi mengelakkan isu ini terkambus begitu sahaja, maka usaha usaha untuk menghangatkannya dipergiatkan. Kita perlu sedar, sesebuah jemaah tidak mungkin dapat bertahan lama sekiranya ditubuhkan kerana perasaan kerana perasaan tidak selamanya membenci. Kadangkala timbulnya rasa sayang. Jemaah yang ditubuhkan atas dasar "seseorang" juga tidak bertahan lama kerana orang itu pasti mati. Maka berdirilah bersama...

Rabu, 26 November 2014

PENDAKWAH PERLU PUNYAI DISIPLIN ILMU ISLAM

Petang tadi, setelah menyelesaikan beberapa urusan, langkahan ini sempat menyinggah ke wacana di pejabat Sinar Harian di Shah Alam. Tajuk menarik yang dibincangkan, iaitu "Cabaran Dakwah di Malaysia". Telinga ini meneliti satu persatu isi perbincangan, lalu terhasillah beberapa kesimpulan yang boleh dibuat daripada wacana tersebut. Medan dakwah masih luas dan masih banyak belum diterokai. Sikap masyarakat Islam di Malaysia jarang sekali berdakwah kepada rakan kenalan atau jiran yang tidak beragama islam. Berdasarkan kajian terhadap orang Islam...

Selasa, 25 November 2014

SAMBUTAN ULANG TAHUN PAS KALI KE 63 DI KUALA KANGSAR

Saya menyeru kepada seluruh warga Perak untuk meningkatkan momentum perjuangan dan perkukuhkan istiqamah di dalam jiwa. Kita perlu kembalikan semangat juang anak Perak, selari dengan kefahaman dan disiplin sebagai ahli gerakan. Gerakan Islam PAS bermula dengan penubuhan Hizbul Muslimin pada Mac 1948 melalui perhimpunan ribuan ulamak tanah air di Gunung Semanggol Perak. Sejarahnya terpahat kuat di lembaran sejarah gerakan. Perak juga merupakan...

OKZ : CATATAN DI MAHKAMAH RAYUAN BILIK 3

Hari ini, 25 November, saya telah mengosongkan masa untuk bersama 13 orang kena zalim (OKZ) di Mahkamah Rayuan Putrajaya Bilik 3. Ia adalah susulan daripada kes demo depan Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar mempertahankan Kerajaan Pakatan Rakyat bertarikh 6 Februari 2009. 13 okz telah pun dibebaskan di Mahkamah Tinggi Taiping tempoh hari manakala pendakwaraya membuat rayuan hari ini didengar di Mahkamah Rayuan Putrajaya. Kes ini ditangguhkan...

Isnin, 24 November 2014

Para murabbi mengakhiri hayat mereka dalam perjuangan dengan istiqamah hingga ke penghujungnya

CATATAN DALAM PERJALANAN KE MESYUARAT PERSIAPAN MAKAN MALAM MARHEIN :   Di Markas Tarbiah PAS Kawasan Pandan Dalam permusafiran yang jauh dan kerap ini, saya sempat membelek iPhone membaca al Quran sambil menanti tiba ke destinasi. Hati ini terdetik untuk membaca Surah al Munafiqun, tetapi apabila tiba ayat keempat, hati ini tergerak untuk cuba memahaminya. Allah SWT berfirman, Dan apabila engkau melihat mereka, engkau tertarik...

Ahad, 23 November 2014

ISU MAJLIS BERKHATAN : Kerajaan Perlu Profesional Dalam Berdemokrasi

Majlis berkhatan beramai-ramai di Taiping [ 23 Nov 2014 ] PAS Perak melahirkan rasa kesal terhadap diskriminasi pihak kerajaan Barisan Nasional yang dilakukan bagi menghalang usaha usaha baik yang dilakukan oleh PAS dan Pakatan Rakyat umumnya. Klik imej untuk lebih jelas Selama 6 tahun, Yang Berhormat Nga Kor Meng, Ahli Parlimen Taiping telah mengadakan Majlis Khatan Perdana. Kali ini program diadakan di Surau al Munawwarah, Taman Desa...

Sabtu, 22 November 2014

TULISAN BISIKAN HATI YANG TERTANGGUH: Bersatulah kita atas dasar Akidah Islam yang mentauhidkan Allah Yang Maha Esa

Bersama Dato Najmi YDP Baling ziarah Ust Awang Tuan Guru Pondok Lanai Khamis, 20 November baru baru ini, saya mencuri kesempatan untuk menziarahi Tuan Guru Awang Lanai yang sedang sakit. Keesokannya pula Jumaat 21 November mendapat khabar duka pemergian Tuan Guru Ustaz Kamaruddin Awang Basir, Ketua Dewan Ulamak PAS Perak. Semalam, Sabtu 22 November juga  mendapat khabar duka pemergian Tuan Guru Haji Hashim Mat Anang, Ahli Majlis Fatwa Negeri...

Khamis, 20 November 2014

Tuan Guru Ustaz Kamaruddin Awang Basir : PERGINYA SEORANG TOKOH MURABBI UMMAH

إنا لله وإنا إليه راجعون .. اللهم اغفرله وارحمه وعافه واعف عنه . اللهم اغفر له وارحمه وعافه واعف عنه واكرم نزله ووسع مدخله واغسله بالماء والثلج والبرد ونقه من الخطايا كما نقيت الثوب الابيض من الدنس وابدله دارا خيرا من داره وأدخله الجنة وأعذه من عذاب النار Menerima berita kematian Tuan Guru Ustaz Kamaruddin Awang Basir, Ketua Dewan  Ulamak PAS Perak. Kehilangannya sangat dirasai, apabila pergi menemui Allah sebagai seorang Ketua Dewan Ulamak...

Rabu, 19 November 2014

AGENDA MENURUNKAN TGHH SEBAGAI PRESIDEN ANGKARA SIAPA?

1. Saya menggesa agar mana mana individu yang terlibat dalam agenda ini supaya fahamkan erti sebenar perjuangan PAS yang meletakkan Allah dan Rasul sebagai kuasa pemutus yang tertinggi. Bukanlah muktamar, mesyuarat AJK PAS Pusat atau sesiapa pun termasuk Presiden PAS sendiri. Apabila Presiden membuat keputusan yang bercanggah dengan Allah dan Rasul, kita tolak. Sekiranya tidak, wajib bagi kita untuk mematuhinya. Sabda Nabi SAW لا طاعة لمخلوق...

Selasa, 18 November 2014

PERKUKUHKAN PAS DAN FAHAMI ETIKA BERTAHALUF MENGIKUT NERACA ISLAM

Sejarah PAS terlibat dengan Pilihanraya Umum sudah jauh berpengalaman, antara pilihanraya yang pernah diikuti ialah pada 1955 dengan kemenangan satu kerusi parlimen, seterusnya 13 kerusi parlimen pada 1959. Secara catatannya, Para Ulamak Hizbul Muslimin terpaksa menyertai UMNO selepas HM diharamkan pada 1948, bagi memperjuangkan Islam melalui saluran tersebut. Namun kedudukan mereka di dalam UMNO disampahkan, hak hak Islam dibiarkan sehinggalah...

Isnin, 17 November 2014

CATATAN DI PERJALANAN MUSAFIR : PADATKAN MASA KALIAN DENGAN GERAK KERJA ISLAM

1. Saya menyeru kepada semua ahli PAS dan kepimpinannya agar memenuhkan masa hidup serta jadual harian dengan gerak kerja Islam. Imam Hassan al Banna dan ulamak ulamak gerakan yang lain menyenaraikan bahawa gerak kerja Islam terbahagi kepada 3 jenis; a) Amal Fardi : Gerak kerja yang dilakukan oleh individu untuk keperluan dirinya b) Amal Jama'ie : Gerak kerja yang dilakukan secara berkumpulan, untuk keperluan jemaah c) Amal Ijtima'ie : Gerak kerja bermasyarakat. 2. Kita perlu menekankan aspek ini, bagi mengelakkan kita terbuang masa dengan kerja...

Ahad, 16 November 2014

LUANGKAN MASA UNTUK BERJIHAD

Himpunan Derita Rakyat 22hb November 2014 Jam 9 pagi Berkumpul di Shell Lenggong Turut memeriahkan Leman Raja Lawak. Orang melayu kampung sebahagian besar pekerjaan mereka adalah menoreh getah. Ada juga mengurus kelapa sawit dan juga nelayan sungai/nelayan darat. Sebelum PRU13 harga getah mencecah RM8/sekilogram. Ini bermaksud mereka menoreh 10kg sehari, pendapatan mereka RM80/sehari. Sekiranya mereka menoreh di kebun atau pokok orang lain, pendapatan mereka dibahagi dua iaitu RM40/sehari. Selepas PRU13 sehingga sekarang, harga getah serendah RM1.60...

Sabtu, 15 November 2014

Gelari Seminggu Pak Teh : 09 Nov - 16 Nov 2014

Ziarah Ketua Dewan Ulamak PAS Perak, Ustaz Kamaruddin Awang Basir. Suspek Minor Stroke di Wad 4C Hospital Taiping. Doakan semoga Allah mengembalikan kesihatan utntuk beliau terus berjuang menegakkan kalimah Allah di bumi kita (12 Nov 2014 ) ............................. Singgah sembang santai di Kg Hulu Kenderong bersama YDP Grik AF Ustaz Dahlan Ismail.(13 Nov 2014) ................................ Munaqasyah Ucapan Dasar...

JENAYAH PENDATANG ASING PERLU DISELESAIKAN DENGAN ISLAM

Keratan akhbar berkaitan salahsatu isu jenayah warga asing di negara ini Saya ingin menarik perhatian berkenaan isu jenayah melibatkan warga asing yang dibentangkan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi baru baru ini. Sebanyak 9,496 kes jenayah melibatkan warga asing dicatatkan antara Januari hingga Ogos 2014. Jumlah ini adalah 11.2 peratus daripada keseluruhan 85,029 kes jenayah yang direkodkan dalam tempoh sama di negara...

Rabu, 12 November 2014

CATATAN DI PEJABAT PERHUBUNGAN MENANTI MESYUARAT : ISI ATAU KULIT?

1. MATLAMAT : PAS Merupakan wavdah perjuangan yang berdiri di atas dasar Islam yang beraliran fikrah Islamiah yang jelas. Islam adalah agama Allah SWT Yang Maha Kekal, maka kekalkanlah matlamat perjuangan kita ke arah keredhaan Allah Yang Maha Kekal, serta terzahir dengan jelas kekuasaanNya. Bukanlah matlamat keduniaan yang kabur arah hala tujunya. INTIMA' : Apabila kita sebagai ahli gerakan Islam mengakui bahawa kita berintima' dengan PAS, maka hendaklah memperjuangkan dasarnya sebagai prinsip dengan kepelbagaian kaedah yang terbuka bebas...

Selasa, 11 November 2014

KETIRISAN WANG NEGARA DAN HAK RAKYAT: BOLEH DISELESAIKAN DENGAN IMAN DAN ISLAM

Saya menyatakan kekesalan terhadap ketirisan yang berlaku dalam kerajaan. Baru baru ini, Laporan Ketua Audit Negara 2013, Siri 3 dibentangkan di Parlimen menyenaraikan beberapa ketirisan yang cukup membimbangkan, apatah lagi ia turut disemak oleh Jawatankuasa Kira kira Wang Negara (PAC). Antara yang disenaraikan ialah penipuan oleh seorang pegawai kerajaan sehingga kehilangan hampir RM1 juta duit negara, kos hospital Shah Alam meningkat RM68.25 juta, RM11.94 juta pencen bulanan dibayar oleh Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) kepada orang yang sudah...

Ahad, 9 November 2014

TERUS BERISTIQAMAH MENCARI REDHA ALLAH

Apa itu fikrah yang tak jelas? Gerakan Islam berdiri teguh di atas asas kefahaman dan rukun baiah. Ia bukanlah semata mata terungkap dengan lidah yang kosong, akan tetapi ia perlu dipahat padat di dalam hati dan jiwa yang cekal. Allah SWT berfirman; (قُلْ هَٰذِهِ سَبِيلِي أَدْعُو إِلَى اللَّهِ ۚ عَلَىٰ بَصِيرَةٍ أَنَا وَمَنِ اتَّبَعَنِي ۖ وَسُبْحَانَ اللَّهِ وَمَا أَنَا مِنَ الْمُشْرِكِينَ) Katakanlah (wahai Muhammad): “Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang menurutku, menyeru manusia umumnya kepada ugama Allah dengan berdasarkan keterangan dan...

Sabtu, 8 November 2014

Gelari Seminggu Pak Teh : 02 Nov - 08 Nov 2014

Hadir dan brucap di Seminar Kesufian di Markaz PAS Negeri di Air Kuning Anjuran Dewan Ulamak PAS Perak. Pembentangan kertas kerja oleh AF Ust Sidek Noor dn AF Ust Mokhtar Senik.(01 Nov 2014)  --------------- Al-Fatihah Ziarah Almarhum Pengetua Maahad Al-Mizan.. Ust Megat Radzuan (1944 - 2014) telah kembali kerahmatullah.( 02 Nov 2014 ) ------------------     Al-Fatihah Ziarah Almarhum Sdr Alias bin Yunus (04...