SEMOGA SELAMAT DUNIA AKHIRAT

Istiqamah Hingga Kemenangan

SELAMAT BERJUANG

Maaf Zahir dan Batin, Istiqamah Hingga Kemenangan

SELAMAT HARI MALAYSIA

Maaf Zahir dan Batin, Istiqamah Hingga Kemenangan

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN

Istiqamah Hingga Kemenangan

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN UPSR

Istiqamah Hingga Kemenangan

SELAMAT HARI RAYA IDUL ADHA 1436H

Istiqamah Hingga Kemenangan

Selamat Hari Raya Idul Fitri 1436H

Selamat Hari Raya Idul Fitri 1436H

Rabu, 15 Julai 2015

TERAWIH DAN TAZKIRAH DI MASJID LAMA LENGGONG

Isnin, 13 Julai 2015 bersamaan 26 Ramadhan - Solat Isyak dan Solat Terawih serta Tazkirah di Masjid Lama Lenggong.




Selasa, 14 Julai 2015

IFTOR DI MASJID JAMEK LENGGONG

Isnin, 13 Julai, Majlis tahlil dan Iftar di Masjid Jame' Lenggong dianjurkan keluarga Mantan Speaker DUN Perak, Dato' Hj Umar Ismail.




JEMPUTAN KE MAJLIS WALIMATUL URUS

13 Julai 2015,/ 26 Ramadhan- Bertemu sambil memberi kad jemputan Walimatul urus Anakanda kepada masyarakat di sekitar Pekan Lenggong, Bazar Ramadhan Kota Tampan dan Dataran Lenggong





Ahad, 12 Julai 2015

PAS PERAK MENDOKONG PENUH KEPUTUSAN MAJLIS SYURA ULAMAK



Sebagai sebuah organisasi dakwah dan siasah, semua ahli PAS sewajibnya memahami mengapa mereka bersama dengan PAS dan jalur perjuangannya. Sejak dari awal penubuhannya pada 1951, PAS istiqamah dengan prinsip, dasar dan juga arahan keputusan organisasi atau jamaah.

Semua keputusan dasar dibuat secara berpusat, berorganisasi atau berjamaah. Organisasi tertinggi dalam memandu arah aqidah perjuangan PAS adalah MSU. MSU pula membuat keputusan terhadap sesuatu perkara secara jamaie, berpandukan rujukan tertinggi PAS iaitu Al Quran, As Sunnah, Ijmak dan Qias.

Keputusan MSU bukanlah pandangan peribadi, apatah lagi cedokan daripada pemikiran falsafah barat hanya menilai dari sudut rasionalisasi. Keputusan yang dibuat bukanlah terburu buru, hanya mengukur satu atau dua faktor yang tidak jelas.

Bahkan, keputusan ini memberi impak yang besar kepada imej PAS dan perjuangannya. PAS sebuah parti yang berprinsip, tidak berubah dasar dan matlamat perjuangan. Perkara ini sepatutnya diketahui oleh ahli PAS dan difahami dengan baik. Apabila ia difahami dengan baik, maka tidak akan timbul kelompok yang mewujudkan label progresif mahupun konservatif.

Masyarakat akan lebih  yakin dengan perjuangan PAS membawa formula Al Quran dan As Sunnah dalam berpolitik selari dengan strategi dan perancangan yang terancang. Ini juga satu pengajaran kepada DAP untuk memahami prinsip tahaluf dalam PAS. PAS Perak juga kesal dengan politik DAP yang tidak cerdik dalam bacaan iklim politik di Malaysia.

Istiqamah Hingga Kemenangan

HAJI RAZMAN HAJI ZAKARIA
PESURUHJAYA PAS PERAK

25 Ramadhan 1436
Ahad, 12 Julai 2015

Paktehrazman.blogspot.com
Page : Tn Haji Razman Zakaria


ISU PINDAH DANA AWAM KE AKAUN PERIBADI DATO SERI NAJIB



Berikutan isu pindah dana awam ke akaun peribadi Dato Seri Najib, saya mengharapkan agar rakyat tidak hilang fokus. Rakyat perlu tahu apakah benar ada berlaku proses pemindahan tersebut? Inilah perkara yang perlu diutamakan terlebih dahulu sebelum menerima bulat bulat siaran media dan akhar. Rakyat tidak perlu terkeliru dengan kenyataan mengapa dokumen boleh bocor dan persoalan siapa bela siapa. 

Ini merupakan kemuncak kepada penyelewengan pimpinan UMNO dan BN. Rakyat tidak mahu lagi isu penyelewengan dana awam ditutup begitu sahaja sepertimana isu isu sebelum ini yang berlalu begitu sahaja tanpa penyelesaian. Isu Tabung Haji beli tanah TRX tidak boleh ditutup dengan menjualnya semula. Isu pembelian aset Mara di Australia tidak boleh ditutup dengan menjualnya. Rakyat mahu ketelusan dalam siasatan pendakwaan dan hukuman. Kalau kes peribadi liwat siri 1 dan 2 boleh diselesaikan, kenapa isu penyelewengan ini begitu sukar dan kerap diputar belit oleh semua pihak? 

Maka saya menyeru kepada seluruh rakyat, khususnya di Perak agar meneliti setiap isu yang timbul, agar ia tidak berkubur begitu sahaja. Mana mungkin pendakwaan yang begitu mudah dengan hanya sekadar berita daripada akhbar. 

Istiqamah Hingga Kemenangan

HAJI RAZMAN HAJI ZAKARIA
PESURUHJAYA PAS PERAK 

22 Ramadhan 1436 
Khamis, 9 Julai 2015 

Paktehrazman.blogspot.com
Page : Tn Haji Razman Zakaria

Sabtu, 11 Julai 2015

MENZIARAHI PARA PENEROKA DI TANJUNG MALIM

10 Julai, Jumaat, selepas menyantuni pesakit di Hospital Tg Malim, jam 5.00 ptg ziarah dan menyampaikan sumbangan. 7.15ptg Tahlil iftor 10.00mlm penerangan. Alhamdulillah para peneroka bersemangat, ada kebangkitan dan kesedaran.






Jumaat, 10 Julai 2015

MENYANTUNI PESAKIT DI HOSPITAL SLIM RIVER

10 Julai 15 Jam 2.30 santuni pesakit di Hospital Slim River. Terima kasih kepada YDP Tanjung Malim, Ustaz Tarmizi beserta barisan kepimpinan.






Khamis, 9 Julai 2015

HAYATI PERISTIWA AIN JALUT 25 RAMADHAN


Ketegasan ulamak dalam mempertahankan prinsip bukan kerana menjaga periuk nasi sendiri, akan tetapi kerana Allah SWT dan ketetapan syariatNya

Rabu, 1 Julai 2015

MENZIARAHI PERKAMPUNGAN ORANG ASAL

Selasa, 30 Jun, menziarahi perkampungan orang asal, Kampung Tonggang di Tanjung Rambutan dalam program bersama Lajnah Dakwah, Dewan Pemuda PAS Perak. Semoga diberkati Allah SWT.







Isnin, 1 Jun 2015

APA YANG TELAH KITA SUMBANG KEPADA PAS?



Hari ini saya sempat hadir pelancaran Majlis Kebajikan & Pembangunan Pendidikan Islam Malaysia (MAKPEN) di Sekolah Rendah Islam Integrasi Al-Farabi kg Delek, Klang, Selangor.

Tersentuh apabila kedengaran, suara suara yang mempersoalkan, "apa yang para Asatizah boleh buat selain dari mengajar sekolah mengajar dan kuliah dan bangunkan sekolah?". Bahkan mereka turut dilabel "ustaz sampul" serta kata kata "kita nak memerintah negara bukan nak buat sekolah".

Tanpa menoleh mereka terus beristiqamah mendidik jiwa jiwa yang mendahagakan ilmu membina masyarakat. Mendidik siang dan malam. Pagi harinya menyampaikan kuliah subuh, kuliah Dhuha, mengajar di pondok dan sekolah, kuliah maghrib dan kelas al Quran sehingga ke hujung malam.

Hari ini rupanya di seluruh negara terdapat lebih 350 buah Sekolah Agama Rakyat yang diusahakan oleh asatizah aktivis PAS. Lebih dari 11000 orang guru dan lebih 300 ribu pelajar. Setiap tahun ribuan pelajar saban tahun keluar ke dalam masyarakat menjadi Amilin PAS. Puluhan ribu jawatankuasa Sekolah, ibu bapa yang terlibat dalam industri ini menyumbang kepada pembangunan PAS. Ini belum dikira PASTI lagi.

Sebahagian besar pimpinan yang ada pada hari ini hanya hadir di pertengahan tengah jalan yang sudah hampir siap, masuk ke bangunan yang telah siap dan menumpang bahtera yang sudah lama belayar menuju matlamat dan halatuju yang jelas. Menyambung perjuangan Nabi SAW dengan tunjuk ajar para ulamak dalam MSU PAS. Dustur yang tertinggi ialah Al Quran, As Sunnah, Ijmak para ulamak dan Qias dijunjung tinggi.

Kalau kita tidak dapat menyumbang janganlah merosakan perjuangan ini. Kalau kita tidak ada jasa janganlah kita menjadi agen membawa unsur asing ke dalam perjuangan ini, merosakkan persepsi terhadap para ustaz yang berjasa siang dan malam membina masyarakat.

Terus Beristiqamah

* Catatan dalam Majlis Pelancaran MAKPEN

HJ. RAZMAN HJ. ZAKARIA
PESURUHJAYA PAS PERAK
page : Tn Haji Razman Zakaria

Ahad 31hb Mei 2015
13 Syaaban 1436H