Selamat Hari Raya Idul Fitri 1436H

Selamat Hari Raya Idul Fitri 1436H

Ahad, 12 Julai 2015

PAS PERAK MENDOKONG PENUH KEPUTUSAN MAJLIS SYURA ULAMAK



Sebagai sebuah organisasi dakwah dan siasah, semua ahli PAS sewajibnya memahami mengapa mereka bersama dengan PAS dan jalur perjuangannya. Sejak dari awal penubuhannya pada 1951, PAS istiqamah dengan prinsip, dasar dan juga arahan keputusan organisasi atau jamaah.

Semua keputusan dasar dibuat secara berpusat, berorganisasi atau berjamaah. Organisasi tertinggi dalam memandu arah aqidah perjuangan PAS adalah MSU. MSU pula membuat keputusan terhadap sesuatu perkara secara jamaie, berpandukan rujukan tertinggi PAS iaitu Al Quran, As Sunnah, Ijmak dan Qias.

Keputusan MSU bukanlah pandangan peribadi, apatah lagi cedokan daripada pemikiran falsafah barat hanya menilai dari sudut rasionalisasi. Keputusan yang dibuat bukanlah terburu buru, hanya mengukur satu atau dua faktor yang tidak jelas.

Bahkan, keputusan ini memberi impak yang besar kepada imej PAS dan perjuangannya. PAS sebuah parti yang berprinsip, tidak berubah dasar dan matlamat perjuangan. Perkara ini sepatutnya diketahui oleh ahli PAS dan difahami dengan baik. Apabila ia difahami dengan baik, maka tidak akan timbul kelompok yang mewujudkan label progresif mahupun konservatif.

Masyarakat akan lebih  yakin dengan perjuangan PAS membawa formula Al Quran dan As Sunnah dalam berpolitik selari dengan strategi dan perancangan yang terancang. Ini juga satu pengajaran kepada DAP untuk memahami prinsip tahaluf dalam PAS. PAS Perak juga kesal dengan politik DAP yang tidak cerdik dalam bacaan iklim politik di Malaysia.

Istiqamah Hingga Kemenangan

HAJI RAZMAN HAJI ZAKARIA
PESURUHJAYA PAS PERAK

25 Ramadhan 1436
Ahad, 12 Julai 2015

Paktehrazman.blogspot.com
Page : Tn Haji Razman Zakaria


0 comments:

Catat Ulasan