Selamat Hari Raya Idul Fitri 1436H

Selamat Hari Raya Idul Fitri 1436H

Jumaat, 28 Ogos 2015

SOKONGAN PENUH PAS PERAK ATAS SARANAN LETAK JAWATAN KEPADA AHLI PARLIMEN DAN ADUN a




SOKONGAN PENUH PAS PERAK ATAS SARANAN LETAK JAWATAN KEPADA AHLI PARLIMEN DAN ADUN

1. PAS Perak memberikan sokongan sepenuhnya saranan Presiden PAS YB Tuan Guru Dato Sri Abdul Hadi Awang  supaya Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri yang menang dalam PRU13 diatas lambang PAS supaya melepaskan jawatan.

2.Sokongan PAS Perak berpaksikan atas dasar untuk menghormati amanah rakyat  yang telah memberi kepercayaan kepada PAS tetapi telah dikhianati.Pilihanraya melalui proses yg panjang dan melibatkan dana dan jentera yang banyak.

3.Desakan ini adalah wajar kerana pengorbanan jentera PAS disemua peringkat  dengan mengorbankan masa tenaga dan kewangan untuk memenangkan parti yang diwakilkan mereka telah dikhianati.

4. PAS Perak dengan tegas menyatakan penglibatan mereka menyertai GHB atau seumpamanya telah merosakkan akujanji dan sumpah baiah dengan nama Allah tidak mengkhianati parti sama ada mereka menang ataupun kalah.

5.Justeru PAS Perak mengingatkan kepada semua rakan seperjuangan untuk memelhara kepercayaan rakyat dan berpegang dengan pendirian Tuan Guru Presiden PAS supaya mereka tidak dipandang sebagai seorang yang tidak berprinsip dan beramanah.Sebagai seorang Islam mereka juga harus faham implikasi baiah yg telah mereka lafazkan.

Parti baru belum lagi tertubuh oleh itu kami menyeru supaya mereka ulang fikir dalam membuat keputusan ini.

Istiqamah Hingga Kemenangan

HAJI RAZMAN HAJI ZAKARIA
PESURUHJAYA PAS PERAK

12 Zulkaedah 1436
Selasa, 27 Ogos 2015

paktehrazman.blogspot.com
Page: Tn Haji Razman Zakaria

0 comments:

Catat Ulasan