Selamat Hari Raya Idul Fitri 1436H

Selamat Hari Raya Idul Fitri 1436H

Jumaat, 7 Ogos 2015

APA SUDAH JADI DENGAN SISTEM PENTADBIRAN NEGARA?



APA SUDAH JADI DENGAN SISTEM PENTADBIRAN NEGARA?

Melihat kepada bentuk tindakan kerajaan pada masa kini, menampakkan kecelaruan yang teramat sangat. Sistem pemerintahan berdasarkan pemisahan kuasa executive, legislative dan administrative  tidak lagi berjalan. Bahkan kuasa dilihat  berpusat kepada executive dan berputar dalam jaringan itu sahaja.

Apabila pemusatan kuasa seperti ini berlaku, secara tidak sedar pentadbiran negara menuju ke arah diktator. Bahkan, amat mengejutkan apabila lebih ramai pegawai dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Bank Negara Malaysia (BNM) dan Jabatan Peguam Negara akan dipanggil polis bagi membolehkan kenyataan mereka direkodkan.

Baru baru ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar tidak menolak Gabenor BNM, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz dan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull akan disoal siasat. Polis juga telah menyoal siasat beberapa pegawai SPRM, dua pengarah bahagian dan seorang pegawai kanan yang dipilih untuk menyiasat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Pegawai penyiasat dari Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman menghabiskan masa selama dua jam menyoal siasat Pengarah Bahagian Operasi Khas SPRM, Datuk Bahri Mohd Zin di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya manakala Ketua Pesuruhjaya Forensik SPRM, Datuk I.G. Chandran disoal siasat selama tiga jam di Akademi SPRM, Kuala Lumpur.

Penolong Kanan Pesuruhjaya SPRM, Tuan Ruslam Tuan Mat disoal di ibu pejabat polis Putrajaya. Sebelum itu polis menggeledah rumah Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Ahmad Sazilee Abdul Khairi dan di pejabatnya. Dokumen berkaitan siasatan 1MDB dan bekas anak syarikatnya, SRC International serta komputer riba turut dirampas.

Amat menghairan isu asal 1MDB telah dialih pandang siasatannya, dan diutamakan kepada jawatan kuasa yang dilantik untuk menyiasat 1MDB.Bukan lagi siasatan keatas transaksi dana rakyat 1MDB yg amat mencurigakan.

Berdasarkan situasi ini, saya melihat bahawa negara ke arah pemerintahan diktator yang mana pimpinan korup boleh melakukan apa sahaja, walhal mereka  dipilih dalam Pilihanraya oleh rakyat untuk menjaga harta rakyat dan menggubal dasar untuk kesejahteraan teran rakyat.

Istiqamah Hingga Kemenangan

HAJI RAZMAN HAJI ZAKARIA
PESURUHJAYA PAS PERAK

19 Syawal 1436
Selasa 4 Ogos 2015

Paktehrazman.blogspot.com
Page: Tn Haji Razman Zakaria

0 comments:

Catat Ulasan