Selamat Hari Raya Idul Fitri 1436H

Selamat Hari Raya Idul Fitri 1436H

Isnin, 24 Ogos 2015

KENYATAAN MEDIA : SIAPA YANG BUAT MELAYU MEREMPAT?




    SIAPA YANG BUAT MELAYU MEREMPAT?

    Hari demi hari memperlihatkan bagaimana masyarakat Melayu merempat di tanahair sendiri, apatah lagi di bawah pemerintahan UMNO/BN yang berzikir saban hari menyelamatkan bangsa mereka.

  1. Mereka melaungkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) konon untuk menyelamatkan anak bangsa, malangnya di mana bukti DEB melonjakkan pegangan ekuiti bumiputra kepada 30%?

  2. PAS memerintah Kelantan selama 22 tahun walaupun disekat bantuan dan royalti. Adakah benar UMNO menyelamatkan bangsa, atau menyelamatkan parti kroni sendiri sahaja?

  3. Kejatuhan nilai ringgit menyebabkan rakyat terpaksa menambahkan kos sara hidup sekitar 30%. Inikah menyelamatkan bangsa dan rakyat? Sehingga saat ini USD1 bersamaan RM4.27 yang mencatatkan nilai terendah dalam sejarah Malaysia.

  4. Melayu dan rakyat Malaysia terus tertekan dengan GST 6%. Muncul menteri menteri yang kurang cerdik dalam mengulas tentang GST, dan tidak pun membantu menyelesaikan masalah rakyat. Boleh bayangkan sebuah van sebagai contoh, yang berharga RM89,800, dikenakan GST sebanyak RM5,713.80?

  5. Melayu terus terbeban dengan penurunan subsidi sejak 2014, seperti bahan api dan keperluan yang lain, walhal Malaysia kaya dengan hasil hasilnya yang tersendiri.

  6. Melayu Pulau Pinang terus merempat disebabkan kegagalan UMNO membina jati diri Melayu, yang tidak menebus tanah Melayu yang tergadai. Tanah yang diduduki oleh 90 keluarga Melayu di Kampung Mutiara sejak 1970an sudah menerima notis untuk keluar dari situ.

  7. Melayu peneroka felda terus tertekan dengan hutang hasil pengurusan UMNO sejak zaman berzaman. Boleh bayangkan nasib penerokan felda yang berumur 60 hingga 80 tahun diminta melangsai hutan sebanyak RM100,000?

  8. Melayu kampung pula terus tertekan dengan kejatuhan harga getah dan sawit tanpa sebarang tindakan daripada UMNO sendiri. Harga getah terkini antara 19 sen hingga 23 sen sekilo, yang mencapai tahap antara yang terendah.

  9. Pelajar Melayu terus hidup dalam keadaan berhutang PTPTN dengan penarikan biasiswa oleh UMNO, dibebani dengan amalan riba dan menyusahkan rakyat. Bermula 2015, PTPTN akan menyenaraikan nama anda dalam Sistem Maklumat Rujukan Kredit Berpusat (CCRIS) dan pada peringkat permulaan CCRIS akan dikenakan terhadap lebih 170,000 peminjam.

  10. Sebahagian besar Melayu mempunyai hutang isi rumah yang cukup tinggi, seperti pinjaman kenderaan dan rumah. Bilangan rakyat Malaysia yang diisytiharkan muflis terus meningkat setiap tahun dan sehingga Disember 2013, lebih 250,000 orang diisytiharkan muflis oleh Jabatan Insolvensi Malaysia

  11. Hasil negara terus dirompak oleh pemimpin UMNO dan contoh yang terbaru ialah 1MDB, yang menyaksikan RM42Billion dilaburkan dalam projek tersebut. Kemajuan apakah yang dapat dilihat setelah pelaksanaan 1MDB?

  12. Sejumlah 132,543 kes kebankrapan direkodkan dari 2008 hingga 31 Jan tahun ini, dan seramai 63,011 orang dari kalangan mereka adalah bangsa Melayu iaitu sebanyak 48 peratus yang mencatatkan kadar peratusan tertinggi.

  13. Istiqamah Hingga Kemenangan

    HAJI RAZMAN HAJI ZAKARIA
    PESURUHJAYA PAS PERAK

    9 Zulkaedah 1436
    Isnin, 24 Ogos 2015

    Paktehrazman.blogspot.com
    Page: Tn Haji Razman Zakaria

0 comments:

Catat Ulasan