Selamat Hari Raya Idul Fitri 1436H

Selamat Hari Raya Idul Fitri 1436H

Ahad, 17 Mei 2015

TUN MAHATHIR GERUN TERGADAI SARANAN PRESIDEN PAS, TUAN GURU HAJI ABDUL HADI AWANG

Semalam selesai menghadiri Muktamar Dewan Ulamak PAS Perak, sempat meluangkan masa singgah program bicara Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahadhir di Ipoh. Difahamkan program ini dianjurkan oleh kelompok UMNO yang kecewa. Ya, PAS akan beruntung setiap kali ada orang kecewa dengan UMNO.

Mereka yang mengenali PAS dan petugas membawa saya duduk di barisan hadapan. Banyak maklumat yang didedahkan oleh Tun. Yang paling nyata, beliau amat bimbangkan sokongan rakyat terhadap UMNO.

Bila ditanya, apa pandangan Tun dengan cadangan Presiden PAS Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang supaya Dato Seri Najib Kekal sebagai PM sehingga PRU14? Jawabnya, "itulah yang saya bimbang sekiranya Najib kekal sehingga PRU14 UMNO/BN akan kalah. Itulah yang mereka (PAS) mahu, mudah kerja mereka"

Ini bermaksud, TGHH sudah nampak lebih awal tentang kaedah bagaimana cara menjatuhkan UMNO/BN, iaitu dengan mengekalkan DS Najib, maka UMNO/BN boleh jatuh lebih awal. Itulah idea besar yang mampu dibaca oleh mereka yang berfikiran besar. Inilah kehebatan pemimpin sepanjang zaman.

Terus beristiqamah

* Catatan perjalanan ke Mesyuarat Badan Perhubungan

Hj. Razman Hj. Zakaria
Pesuruhjaya PAS Perak
paktehrazman.blogspot.com

Ahad 17 Mei 2015
28 Rejab 1436H

0 comments:

Catat Ulasan