Selamat Hari Raya Idul Fitri 1436H

Selamat Hari Raya Idul Fitri 1436H

Rabu, 6 Mei 2015

DAULAT TUANKU MERAFAK SEMBAH SETINGGI-TINGGI TAHNIAH SEMPENA PERTABALAN SULTAN PERAK KE-35 DYMM SULTAN NAZRIN SHAH IBNI ALMARHUM SULTAN AZLAN MUHIBBUDDIN SHAH.

Daulat Tuanku, negara berdaulat kerana adanya wilayah, rakyat dan kerajaan, Raja yang memerintah. Hari ini tanggal 6 Mei 2015 catatan sejarah buat negeri Perak Datul Ridzuan. Tarikh keramat Pertabalan Sultan Perak Ke-35.


Patik mewakili Badan Perhubungan PAS Negeri Perak merafak sembah setinggi-tinggi tahniah kepada DYMM Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah sempena pertabalan baginda di Balairong Seri Istana Iskandariah sebagai Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan XXXV (ke 35). 


Moga Negeri Perak lebih aman dan makmur di bawah pemerintahan Duli Tuanku. Sebagai rakyat patik amat berbangga. Moga pimpinan Pakatan Rakyat dapat turut merafak sembah hadir ke Istana sebagai mewakili rakyat yang taat setia ke-bawah Duli di bawah sistem pemerintahan Beraja yang kami junjung.


Ampun Tuanku,


Hj. Razman Hj. Zakaria 

Pesuruhjaya PAS Perak 


Rabu, 6 Mei 2015

18 Rejab 1436

0 comments:

Catat Ulasan