SEMOGA SELAMAT DUNIA AKHIRAT

Istiqamah Hingga Kemenangan

SELAMAT BERJUANG

Maaf Zahir dan Batin, Istiqamah Hingga Kemenangan

SELAMAT HARI MALAYSIA

Maaf Zahir dan Batin, Istiqamah Hingga Kemenangan

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN

Istiqamah Hingga Kemenangan

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN UPSR

Istiqamah Hingga Kemenangan

SELAMAT HARI RAYA IDUL ADHA 1436H

Istiqamah Hingga Kemenangan

Selamat Hari Raya Idul Fitri 1436H

Selamat Hari Raya Idul Fitri 1436H

Isnin, 31 Ogos 2015

BERSAMA JABATAN PILIHANRAYA, PERBINCANGAN DI DUN SELINSING

29 Ogos, Sabtu, dalam perjalanan Program PIHAK di Perlis, sempat singgah di PUPIS (Pusat Pendidikan Islam) di DUN Selinsing mengikuti perbincangan tentang Pilihanraya. Tahniah kepada Jabatan Pilihanraya PAS Negeri.




Sabtu, 29 Ogos 2015

BERTEMU AKAR UMBI DI LENGGONG, DENGAN PELBAGAI TOPIK PERBINCANGAN

Jumaat, 28 Ogos, menziarahi kawasan Lenggong, singgah di Markas Banggol Belimbing. Minum di kedai Zul pengerusi kebajikan, bekas tentera Kerabat. Ziarah Pak Mior Lubuk Kawah yang mana isterinya diragut di rumah ketika solat Jumaat. Sembang kedai kopi seputar tajuk kecurian menjadi-jadi. Habis getah, ayam, lembu dan pisang semuanya dah tak selamat. Hasil memotong getah sehari RM10, apa yang rakyat mampu makan?




MENZARAHI RUMAH JEMAAH YANG TERBAKAR DUA HARI LEPAS

27 Ogos, Khamis, menziarahi rumah ahli jemaah yang diuji dengan musibah kebakaran dua hari lepas. Semoga ujian ini meningkatkan keimanan beliau, dan digantikan dengan rezeki yang lebih baik.




MENYAMPAIKAN KULIAH MAGHRIB DI FELDA IJOK

Khamis 27 Ogos, menyampaikan kuliah Maghrib di Felda Ijok. Semoga diberkati Allah




MAJLIS DIALOG BERSAMA MASYARAKAT FELDA IJOK

27 Ogos, Khamis, Dialog bersama masyarakat di Felda Ijok. Semoga diberkati Allah SWT.







PERBINCANGAN SIRI KEDUA TENTANG FELDA SUNGAI BUAYA

27 Ogos, Khamis, menyambung erbincangan siri kedua penyelesaian penderitaan peneroka Felda Sungai Buaya. Insyaallah tidak ada masaalah yang tidak dapat diselesaikan.



SINGGAH SANTAI BERSAMA BOB LOKMAN

Rabu, 26 Ogos, singgah santai bersama Bob Lokman. Berbual isu semasa. Kata Bob respon masyarakat massa ramai yang simpati dengan kejujuran PAS yang dilihat dipermainkan dari dalam dan luar. Di sini jelas bahawa PAS adalah sebuah gerakan Islam yang berpegang dengan prinsip.Sebenarnya tidak kehebatan Presiden mempertahan PAS, menjelaskan kepada masyarakat Islam dan bukan Islam. PAS berprinsip tidak boleh dirobek samada dari dalam atau luar. Bersedialah kita untuk memerdekakan Malaysia, PAS Wadah Penyelamat Ummah.



Jumaat, 28 Ogos 2015

KONGRES RAKYAT : PAS PERAK MENGARAHKAN AHLI MEMBERI TUMPUAN



KONGRES RAKYAT : PAS PERAK MENGARAHKAN AHLI MEMBERI TUMPUAN

Keputusan PAS Pusat untuk menganjurkan program Kongres Rakyat pada 12 September 2015 bertempat di Auditorium Dewan Jubli Perak , Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah , Shah Alam , Selangor. Program ini merupakan satu pendekatan terbaik , dalam menangani krisis hak dan masalah rakyat.

Program yang berorientasikan perbincangan dua hala untuk mencari solusi terbaik memberikan satu isyarat kepada rakyat bahawa PAS sentiasa berada di barisan hadapan membela nasib rakyat .

Penyertaan terbuka kepada semua lapisan masyarakat terutama badan-badan bukan kerajaan ( NGO ) termasuk persatuan petani , pekebun kecil , pekerja kilang , nelayan , peneroka Felda , orang asal , OKU , mahasiswa , aktivis sosial , tokoh akademik , ikon politik untuk berpartisipasi memberi sokongan dalam menjayakan program ini .

PAS komited dalam perjuangan menyelesaikan isu rakyat melalui pendekatan secara aman dalam lunas undang-undang yg dibenarkan.

 Aspirasi rakyat mampu direaliasasikan dengan kesepakatan dari semua pihak dan PAS sedia menjadi wadah untuk memberikan solusi dan cara terbaik .

Justeru untuk memahami isu sebenar maka Pas Perak mengarahkan ahli dan semua rakyat Perak bersedia  dan memberi tumpuan untuk bersama-sama hadir kongres tersebut. Maka sokongan dan kebersamaan semua pendokong dan aktivis PAS Perak mesti diberikan sepenuhnya sebagai bukti komitmen kita bersama perjuangan PAS .

Istiqamah Hingga Kemenangan

HAJI RAZMAN HAJI ZAKARIA
PESURUHJAYA PAS PERAK

12 Zulkaedah 1436
Selasa, 27 Ogos 2015

Paktehrazman.blogspot.com
Page: Tn Haji Razman Zakaria

SOKONGAN PENUH PAS PERAK ATAS SARANAN LETAK JAWATAN KEPADA AHLI PARLIMEN DAN ADUN a




SOKONGAN PENUH PAS PERAK ATAS SARANAN LETAK JAWATAN KEPADA AHLI PARLIMEN DAN ADUN

1. PAS Perak memberikan sokongan sepenuhnya saranan Presiden PAS YB Tuan Guru Dato Sri Abdul Hadi Awang  supaya Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri yang menang dalam PRU13 diatas lambang PAS supaya melepaskan jawatan.

2.Sokongan PAS Perak berpaksikan atas dasar untuk menghormati amanah rakyat  yang telah memberi kepercayaan kepada PAS tetapi telah dikhianati.Pilihanraya melalui proses yg panjang dan melibatkan dana dan jentera yang banyak.

3.Desakan ini adalah wajar kerana pengorbanan jentera PAS disemua peringkat  dengan mengorbankan masa tenaga dan kewangan untuk memenangkan parti yang diwakilkan mereka telah dikhianati.

4. PAS Perak dengan tegas menyatakan penglibatan mereka menyertai GHB atau seumpamanya telah merosakkan akujanji dan sumpah baiah dengan nama Allah tidak mengkhianati parti sama ada mereka menang ataupun kalah.

5.Justeru PAS Perak mengingatkan kepada semua rakan seperjuangan untuk memelhara kepercayaan rakyat dan berpegang dengan pendirian Tuan Guru Presiden PAS supaya mereka tidak dipandang sebagai seorang yang tidak berprinsip dan beramanah.Sebagai seorang Islam mereka juga harus faham implikasi baiah yg telah mereka lafazkan.

Parti baru belum lagi tertubuh oleh itu kami menyeru supaya mereka ulang fikir dalam membuat keputusan ini.

Istiqamah Hingga Kemenangan

HAJI RAZMAN HAJI ZAKARIA
PESURUHJAYA PAS PERAK

12 Zulkaedah 1436
Selasa, 27 Ogos 2015

paktehrazman.blogspot.com
Page: Tn Haji Razman Zakaria

Selasa, 25 Ogos 2015

MENZIARAHI ANAK TIMBALAN PESURUHJAYA PAS PERAK DI HOSPITAL SELAYANG

25 Ogos, Selasa, menziarahi anak Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Cikgu Noh Ahmad, di Hospital Selayang. Esok operation-testicular cancer. Doakan agar selamat dan dipermudahkan segala urusan. Amin ya Rabb