15 Mei, Jumaat, berdemo di Bangunan Tabung Haji Kuala Lumpur bagi menyatakan bantahan terhadap penyelewengan duit Tabung Haji yang digunakan untuk membeli tanah dengan harga yang tidak masuk akal
Pesuruhjaya Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Perak
Istiqamah Hingga Kemenangan
Maaf Zahir dan Batin, Istiqamah Hingga Kemenangan
Maaf Zahir dan Batin, Istiqamah Hingga Kemenangan
Istiqamah Hingga Kemenangan
Istiqamah Hingga Kemenangan
Istiqamah Hingga Kemenangan
15 Mei, Jumaat, berdemo di Bangunan Tabung Haji Kuala Lumpur bagi menyatakan bantahan terhadap penyelewengan duit Tabung Haji yang digunakan untuk membeli tanah dengan harga yang tidak masuk akal
Khamis 14 Mei, dijemput menyampaikan ceramah di Markas PAS Cawangan Taman Rakyat, Alor Setar. Semoga diberkati Allah SWT
Isnin, 11 Mei bersama ahli PAS bersolidariti buat Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS, kerana usaha pihak pendakwa, Calon PKR, membawa kes Rayuan Fitnah, di Mahkamah Rayuan
9 Mei, Sabtu, menghadiri Majlis Konvokesyen Ilham kali ke 12, bertempat di Kolej Islam Dr Zulkifli Mohamad (KUIZM).
7 Mei, Khamis, bersama jentera di PRK Permatan Pauh. Melawat UPU Sama Gagah, UPU Permatang Tengah dan UPU Permatang Pauh.
6 Mei, Rabu, melancarkan usrah gabungan cawangan baru, cawangan Kg Belum Baru, cawangan Kg Rancangan Merah, kg Air Jada, kg Sawar dan kg Malau. Taujihat kepada mereka bahawa menyertai PAS mesti faham rukun baiah dan matlamat hanya satu cari redha Allah dengan tunjuk ajar alim ulamak yang berpandukan Al Quran As Sunnah, Ijmak para ulamak dan qias. Jangan ikut ulamak yang cintakam dunia. Mudahan keikhlasan mereka ini dapat melakar masa depan PAS yang memperkukuhkan jamaah.
Rabu, 6 Mei, bersama YB Gunung Semanggol, Ustaz Zawawi Abu Hassan menuju ke Istana Perak, di Bukit Chandan.
Berkongsi keadaan Islam umat di dunia masa kini.
1. Bangsa Rohingya ditindas dibakar seksa dihalau dari tanah tumpah darah mereka. Orang Islam di negara jiran Malaysia Indonesia hanya mampu melihat. Strategi barat dasar bersama Asean tidak boleh campur tangan urusan dalaman Negara anggota.
2. Rakyat palastine diratah di bumi sendiri tanah dirampas kediaman di runtuh hak dinafi . Negara Islam Arab hanya mampu melihat atas dasar negara Israel telah diiktiraf Pertubuhan Bangsa Bersatu. Semenjak Mei 1948 lagi. Strategi Israel tidak boleh campur urusan dalaman Negara Anggota.
3. Di negara Islam majoriti orang Islam. Atas nafsu cinta pangkat dan harta strategi barat menaja kerajaan boneka tindakan membunuh sesama sendiri. Inilah yang berlaku di Yaman,Mesir dan Syria.
Tidak boleh campur urusan dalaman. Tidak ada dalam perjanjian. Tidak boleh bertindak diluar kerangka perjanjian. Islam menjadi menjadi percaturan dunia.
Umat Islam Dunia perlukan pimpinan yang boleh membimbing umat dunia kembali kepada Alquran. Pimoinan yang tudak cinta dunia,pangkat jawatan dan tidak takut mati. Kewajiban setiap umat Islam dalam mendaulatkan Islam.
Hj.Razman Hj.Zakaria
Pesuruhjaya PAS Perak
paktehrazman.blogspot.com
Sabtu 23 Mei 2015
4 Rejab 1436H
Setiap 5 tahun, rakyat Malaysia disajikan dengan rancangan Malaysia. Sehingga kini sudah ada 10 rancangan. Setiap kali rancangan diperkenalkan, UMNO tidak lupa rancangan menaikan taraf ekonomi ekonomi Bumiputra atau dengan kata lain ekonomi Melayu.
Saya masih ingat tentang DEB (Dasar Ekonomi Baru) yang dipanjangkan tempoh. Memberi fokus untuk mencapai 30% pegangan ekuiti bumiputra dalam agihan kekayaan ekonomi Negara.
Berbagai program cerita indah disaji kepada Bumiputra. Hakikatnya, ekuiti Bumiputra orang Melayu dan orang Asal tidak sampai pun 18%. Manakala pemilikan bangunan komersial, atau rumah kedai tidak sampai 13%.
Penerima BRIM dan bantuan kebajikan masyarakat untuk miskin tegar hampir 100% adalah bumiputra dan orang Melayu. Ini menunjukan majoriti bumiputra melayu adalah miskin tegar. Hutang isi rumah meningkat khususnya org melayu bumiputra meninggkat. Pendapatan bulanan tidak menxukupi kis sara hidup. Hutang pengajian PTPTN hampir 100% Bumiputra dan orang Melayu. Pemilikan 18% ekuiti dan kekayaan negara hanya dimiliki oleh bangsawan elit UMNO atau umnoputra.
Bangsaku di negaraku di bawah UMNO sejak merdeka terus diperdagangkan sehingga ke hari ini. Retorik UMNO membuahkan Melayu Bumiputra ibarat ayam di kepuk mati kelaparan itik di air mati kehausan. Doa Bumiputra Melayu agar tidak senasib Rohingya.
Berilah peluang kepada PAS untuk menjaga Islam, bangsa dan Negara. Presiden PAS TGHH memacu dunia Islam dengan berprinsip.
Terus Beristiqamah
* Cetusan hati di pagi hari tika melihat orang kampung keluar menoreh getah
Hj. Razman Hj. Zakaria
Pesuruhjaya PAS Perak
paktehrazman.blogspot.com
Sabtu 2 Mei 2013
5 Syaaban 1436H
Masjid Negeri
22 Mei 2015
وَالَّذِينَ كَفَرُوا بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ إِلَّا تَفْعَلُوهُ تَكُن فِتْنَةٌ فِي الْأَرْضِ وَفَسَادٌ كَبِيرٌ
Adapun orang-orang yang kafir, sebagian mereka menjadi pelindung bagi sebagian yang lain. Jika kamu (hai para muslimin) tidak melaksanakan apa yang telah diperintahkan Allah itu, niscaya akan terjadi kekacauan di muka bumi dan kerusakan yang besar. (Surah al Anfal : 73)
PAS Perak mengutuk sekeras-kerasnya kezaliman yang melampau, yang diperlakukan terhadap umat Islam hampir di seluruh dunia.
Penafian kerakyatan ke atas etnik Rohingya oleh kerajaan Myanmar diluar batas kemanusiaan. Bangsa Rohingya orang asal di negara Myanmar yang sama-sama berjuang menuntut kemerdekaan, telah dinafikan sebagai warga negara.
Kampung mereka dibakar, keluarga mereka dibunuh seolah-olah kerajaan Myanmar mahu menghapuskan Bangsa Rohingya dari muka bumi Myanmar.
Lebih menyedihkan hampir 10,000 orang pelarian Rohingya sedang bersabung nyawa di perairan Andaman. Ke mana perginya misi kemanusiaan dunia? Kalau ada misi kemanusiaan terhadap bencana mengapa pelarian ini dibiarkan begitu rupa?
Inilah nasib Islam di dunia, kekejaman rampasan tanah dan penindasan terhadap orang Islam di Palestin terus berlaku. Apakah orang Islam hanya mampu melihat?
Hari ini kita berhimpun di masjid negeri untuk membantah satu lagi kekejaman yang berlaku di negara Islam dam dikenakan terhadap umat Islam. Kerajaan Demokrasi Dr Morsi telah diperlakukan oleh kudeta Assisi.
Perbicaraan yang sangat sarat dengan penipuan dan dipertikai telah menjatuhkan hukuman kepada mati kepada Presiden Mesir Dr Morsi dan hampir 100 orang pimpinan tertinggi Ikhwanul Muslimin.
Sedangkan Hosni Mubarak yang memerintah Mesir hampir 30 tahun dengan penuh kekejaman, hanya dituduh salah guna harta awam dgn hukuman beberapa tahun sahaja. Islam tidak boleh diboneka!
Rakyat Perak harus bersatu dalam menangani kekejama terhadap umat Islam seluruh dunia. Saya menyeru Negara Asean atas dasar kemanusian, lakukanlah sesuatu untuk menyelamatkan pelarian Rohingya yang sangat kritikal.
Saya juga menyeru agar OIC dapat lakukan sesuatu untuk menunjukan kepada dunia bahawa Islam itu adil.
Terus Beristiqamah
* Catatan perjalanan balik dari Himpunan di Masjid Negeri Perak, Ipoh
Hj. Razman Hj. Zakaria
Pesuruhjaya PAS Perak
paktehrazman.blogspot.com
Jumaat 22 Mei 2015
4 Syaaban 1436H
BERSAMA RAKYAT, ISTIQAMAH HINGGA KEMENANGAN
BERSAMA RAKYAT, ISTIQAMAH HINGGA KEMENANGAN
BERSAMA RAKYAT, ISTIQAMAH HINGGA KEMENANGAN
BERSAMA RAKYAT, ISTIQAMAH HINGGA KEMENANGAN
BERSAMA RAKYAT, ISTIQAMAH HINGGA KEMENANGAN