SEMOGA SELAMAT DUNIA AKHIRAT

Istiqamah Hingga Kemenangan

SELAMAT BERJUANG

Maaf Zahir dan Batin, Istiqamah Hingga Kemenangan

SELAMAT HARI MALAYSIA

Maaf Zahir dan Batin, Istiqamah Hingga Kemenangan

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN

Istiqamah Hingga Kemenangan

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN UPSR

Istiqamah Hingga Kemenangan

SELAMAT HARI RAYA IDUL ADHA 1436H

Istiqamah Hingga Kemenangan

Selamat Hari Raya Idul Fitri 1436H

Selamat Hari Raya Idul Fitri 1436H

Khamis, 12 Mac 2015

KEKALKAN TGHH : MENYOKONG KENYATAAN MURSYIDUL AM


Saya selaku Pesuruhjaya PAS Perak menyokong sepenuhnya kenyataan Tuan Guru Dato Dr Haron Din, Mursyidul Am PAS yang menasihatkan agar ahli PAS dan kepimpinannya, agar mengekalkan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS sedia ada.

Saya tertarik dengan hadis Nabi SAW
تركت فيكم ما إن تمسكتم به لن تضلوا بعدي أبدا كتاب الله وسنتي
Aku meninggalkan kepada kamu sesuatu, selagimana kamu berpegsng dengannya, kamu tidak akan sesat selepas kewafatanku selama lamanya, iaitu al Quran dan sunnahku (hadis)
(Muwatto' Imam Malik RA)

Berdasarkan hadis ini, menyatakan betapa perlunya kita kepada pusaka tinggalan Nabi Muhammad SAW, iaitu al Quran dan Sunnah. Di dalam konteks PAS, selagimana kita berpegang dengan kedua duanya, insya Allah bahtera ini selamat.

Maka, mereka yang paling memahami dan mendalami al Quran dan Hadis ialah para ulamak. Setakat ini kepakaran dan pengalaman TGHH sangat berharga buat pejuang Islam. Keilmuannya di dalam bidang al Quran dan Hadis diiktiraf oleh ramai orang.

Maka, sandaran Tuan Guru Dato Dr Haron Din tentang keperluan mengekalkan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang sebagai Presiden PAS, amat bertepatan. Justeru, saya  menyeru kepada seluruh ahli PAS, khususnya di Perak untuk menyahut seruan ini, sebagai jalan mencari redha Allah SWT dengan pimpinan yang bersandarkan kepada al Quran dan Sunnah.


Terus beristiqamah,

Hj. Razman Hj. Zakaria
Pesuruhjaya PAS Perak
Rabu, 12 Mac 2015
20 Jamadil Awwal 1436

1MDB : PERDANA MENTERI HARUS BELAJAR MENGURUS KEWANGAN DENGAN BAIK


Saya meletakkan kebimbangan yang serius terhadap agenda 1MDB yang semakin samar ketelusan pelaksanaannya. Pelaburan pelaburan yang meragukan, pembelian yang tiada keperluan dan banyak lagi menambahkan lagi bebanan hutang negara.

1MDB yang boleh dikatakan telah lama diasaskan, namun bayaran bayaran yang luar kewarasan akal menjadikan ia ditikai. Pada Oktober 2014, akhbar The Edge ada menyiarkan tentang beberapa kajian terhadap "skandal" ini, antara yang dinyatakan ialah 1MDB telah bersetuju membayar bunga (faedah) sebanyak 5.75% bagi hutang RM5Billion pada 1 September 2009.

Kebiasaannya bon kerajaan hanya sekadar 4%, persoalannya mengapa kerajaan membayar bunga yang lebih untuk mendapat duit yang lebih dengan cara yang berhutang? Sedangkan kita sedia tahu negara Malaysia sudah 18 tahun (sehingga 2015) mengalami defisit.

5.75% daripada RM5Billion sebanyak RM287.5Million. Jumlah sebesar ini hanyalah bunga (faedah) daripada pinjaman yang dibuat. Sekiranya RM287.5Million setahun, maka dalam tempoh 5 tahun faedahnya sahaja sudah mencecah RM1.43Billion, hangus begitu sahaja.

Apa yang menghairankan, 1MDB berhutang lagi sebanyak RM5.6billion dengan kadar faedah 5.99% pada 2014. Sudahlah meminjam wang orang, dipinjam pula dengan ber"faedah" yang tidak kena dengan cara Islam. Bertambah teruk apabila faedah tersebut terlalu tinggi berbanding yang lain.

Bertambah malang apabila pinjaman setinggi ini, Malaysia cuma mendapat RM4.973Billion sahaja (11.25%) kerana selebihnya ditolak untuk komisen, bayaran fees dan perbelanjaan. Kesemuanya dibebani oleh rakyat biasa yang tidak memangkah beliau, dan juga mereka yang memangkah beliau dalam PRU.

Antara yang lain, pembelian tanah yang melebihi paras harga pasarannya. Seperti 234 ekar di Air Itam, serta pembelian tanah di Pulau Indah, yang menelan belanja RM317Million. Kalian boleh lihat ke mana habisnya duit negara, dan kenapa rakyat mesti menanggung bisness orang atas, tetapi tidak menikmati walaupun sesen keuntungan mereka.

Saya menggesa agar siasatan dilakukan terhadap 1MDB kerana ia melibatkan ketirisan, pecah amanah dan salahlaku jika ia benar. Saya membimbangkan kadar hutang negara yang semakin menjulang tinggi, dalam keadaan barisan kepimpinan kerajaan masih hidup bermewah mewah.


Terus beristiqamah,

Hj. Razman Hj. Zakaria
Pesuruhjaya PAS Perak
Rabu, 12 Mac 2015
20 Jamadil Awwal 1436

TAHNIAH ATAS PELANTIKAN SEBAGAI MURSYIDUL AM PAS


Saya selaku Pesuruhjaya PAS Perak dengan ini mengucapkan sekalung tahniah di atas pelantikan Tuan Guru Datuk Dr Haron Din yang baru sahaja dilantik sebagai Mursyidul Am PAS, bagi menggantikan almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Kepakaran serta ilmunya dikongsi bersama agar mengemudi Majlis Syura Ulamak, yang turut dianggotai oleh Presiden PAS Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang. Saya melihat kesinambungan legasi yang sangat hebat ini mampu membawa PAS ke arah mendapat keredhaan Allah SWT.

Insya Allah, ketokohan Tuan Guru Datuk Dr Haron Din sebagai Mursyidul Am beserta kepimpinan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang sebagai Presiden PAS, satu gandingan yang mampu membawa wadah perjuangan menzahirkan kebenaran perjuangan PAS sebagai mata rantai perjuangan Nabi SAW dan sebuah parti politik yang bakal menerajui pemerintahan negara ini, insya Allah


Terus beristiqamah,

Hj. Razman Hj. Zakaria
Pesuruhjaya PAS Perak
Rabu, 11 Mac 2015
19 Jamadil Awwal 1436

KHALIFAH ABU BAKAR RA : PERDANA MENTERI DIINGATKAN AGAR BERPEGANG DENGAN ISLAM SEPENUHNYA


Saya menerima perkongsian "sharing" daripada sahabat bahawa Dato Seri Najib, Perdana Menteri Malaysia menyatakan bahawa beliau ingin mencontohi kepimpinan Khalifah Saidina Abu Bakar as Siddiq, iaitu ada ketegasan dalam kelembutan. Ia juga telah dimuatkan di laman Facebooknya.

Sekiranya beliau jujur dengan kata katanya, saya ucapkan syukur kepada Allah SWT atas perubahan ini, iaitu daripada pengamalan cara sekularism, kepada Islam. Tetapi sekiranya perubahan ini hanya sekadar olok olok mempermainkan Islam, maka nantilah kemurkaan Allah SWT.

Di sini, suka untuk saya memperincikan beberapa ciri ciri kepimpinan Saidina Abu Bakar RA;
1. Saidina Abu Bakar RA tegas dengan prinsip Islam, dan beliau juga melaksanakan hudud, dan memerangi kelompok yang tidak membayar zakat. Dato Seri Najib seharusnya melaksanakan hudud yang merupakan salah satu daripada prinsip Islam sekiranya benar ingin mengikut panduan Saidina Abu Bakar RA.

2. Saidina Abu Bakar RA mengharamkan cukai sepertimana yang dilakukan oleh Nabi SAW dan para sahabat RA yang lain. Dato Seri Najib seharusnya menghapuskan GST, Tol dan sebagainya andai kata ingin mencontohi Saidina Abu Bakar RA.

3. Saidina Abu Bakar RA meneruskan agenda Rasulullah SAW untuk menentang kerajaan Rom, Empayar Besar yang memerangi Islam. Dato Seri Najib seharusnya menghentikan hubungan dengan Amerika Syarikat yang memerangi Islam sejak berzaman kalau benar ingin mengikut pedomannya.
4. Saidina Abu Bakar RA bertindak mengumpulkan al Quran sehinggalah dibukukan pada zaman Saidina Uthman. Dato Seri Najib seharusnya bertindak untuk melaksanakan isi kandung al Quran dan mengumpulkan alim ulamak untuk menghidupkan Malaysia dengan ajaran Islam yang bersumberkan al Quran dan Hadis.


Terus beristiqamah,

Hj. Razman Hj. Zakaria
Pesuruhjaya PAS Perak
Isnin, 10 Mac 2015
19 Jamadil Awwal 1436

FIQH SABA'AH : KESILAPAN MANHAJ MENYEBABKAN KECELARUAN DALAM BERPENDIRIAN


Baru baru ini saya dijemput untuk menyampaikan buah pandangan di Seminar Fiqh Sabaah yang diadakan di KUIZM. Huraian yang baik dan panjang lebar terhadap kefahaman Islam yang sering menjadi kesilapan bagi mereka yang tidak berguru dalam bab ini.

Syeikh Yusof al Qaradhawi sendiri mengingatkan di dalam bukunya "Feqh Aulawiyat" bahawa ilmu Siyasah Syariyyah ini jarang diulas di dalam kitab kitab lama kerana perbahasannya agak seni, rumit dan tersendiri mengikut waqie realiti masing masing yang berbeza dan berubah.

Boleh untuk saya ketengahkan di sini beberapa point yang sering diambil ringan oleh "pembaca pembaca buku". Ya, perkara serumit ini tidak memadai dengan hanya membaca buku, tidak berguru, lantas kita mendakwa sebagai seorang yang pakar maqasid syariah.

Antara kesilapan yang biasa dibuat dalam menimbang ilmu siyasah syariyyah (feqh sabaah) ialah :

1. Tidak merujuk kepada nas al Quran atau hadis, terus melangkau dengan menjadikan kaedah kaedah fiqh sebagai hujah. Contohnya hujah penangguhan hudud dengan mengaitkan dengan fiqh waqie. Mereka mengatakan bahawa hudud perlu ditangguhkan kerana tidak sesuai dengan waqie semasa.

Penjelasan : Dalam tingkatan rujukan siyasah syariyyah, melihat kepada fiqh waqie adalah peringkat yang keempat, iaitu setelah kita memperhalusi fiqh nusus. Ya, tiada nas yang mengatakan bahawa hudud itu perlu ditangguhkan, maka di mana betulnya fiqh waqie yang tersilap sebegitu?

2. Ada beberapa kelompok yang cuba menghidupkan perpecahan dalam PAS, dengan mengaitkan kepada kepimpinan ulamak bersandarkan kepada fiqh aulawiyat dan fiqh taghyiir (mengubah). Mereka mengatakan bahawa dalam Islam pun ada fiqh taghyir, maka apa salahnya menurunkan Presiden PAS sedia ada.

Penjelasan : Menurunkan TGHH sebagai Presiden PAS kononnya ia adalah fiqh taghyiir dan keutamaan (aulawiyat) menyerahkan mandat tersebut kepada orang lain, sedangkan mereka langsung tidak merujuk kepada fiqh nusus yang: memberi keutamaan kepada ulamak/alim/berilmu untuk memimpin. Kalau berdasarkan susur galur yang betul, akan menunjukkan bahawa kepimpinan TGHH adalah yang keutamaan.

3. Ada juga kelompok yang menolak hudud dengan mengaitkan fiqh maqasid, ada juga yang mengaitkannya dengan tidak sesuai pelaksanaan hudud, iaitu menjaga nyawa dan sebagainya. Mereka berdalihkan, terpaksa menangguhkan hudud bagi meraikan maqasid syariah.

Penjelasan : Ini juga masalah krisis tidak memahami fiqh nusus dengan baik, hanya sekadar menghukum kepada maqasid. Sepatutnya kena mulakan dengan usul fiqh, bukan mencari cari maqasidnya tanpa memahami usul. Ilmu Usul Fiqh berperanan mengeluarkan hukum daripada al Quran dan Hadis, kemudian barulah melihat kepada kaedah kaedahnya.


Kesimpulan

1. Ilmu Siyasah Syariyyah diakui sendiri oleh para ulamak bahawa ia adalah ilmu yang agak tinggi, tidak boleh difahami secara "short cut" dengan hanya sekadar membaca buku, apatah lagi membelek sehelai dua yang telah ditranslate ke dalam Bahasa Melayu, kemudian terus mengaku pakar siyasah syariyyah atau pakar maqasid.

2. Ilmu ini memerlukan kepada penguasaan terhadap dalil dalil al Quran dan Hadis dengan baik. Penguasaan terhadap kedua duanya boleh diperolehi melalui proses berguru (talaqqi) secara bermethod. Bukannya hanya main "petik" kitab itu ini, lantas menjadikannya sebagai rujukan utama.

3. Ilmu ini merangkumi segenap aspek tindakan manusiawi, lebih lebih lagi tindakan dan strategi kita dalam arena politik Malaysia. Sekiranya tersilap cara belajar, boleh mencemarkan kefahaman yang betul menjadi liberalism (meringan ringankan syariat), dan dengan mudah mengeluarkan hukum melalui sepotong dua kaedah fiqh.

Semoga kita sama sama mendalami ilmu Islam dengan caranya yang betul, dan manhajnya yang bertepatan sepertimana yang disusun oleh alim ulamak sepanjang zaman.


Terus beristiqamah,

Hj. Razman Hj. Zakaria
Pesuruhjaya PAS Perak
Isnin, 11 Mac 2015
19 Jamadil Awwal 1436

Selasa, 10 Mac 2015

MENGURUSKAN JENAZAH HAJI IBRAHIM KG CHEPOR


10 Mac, Selasa, Jam 5.30 pm, alhamdulillah sempat menziarahi dan menguruskan jenazah Allahyarham Ibrahim, Jemaah PAS Kampung Chepor (Bapa Saudara Kamal Kampung Paya Chepor) telah kembali kerahmatullah tengahari tadi. Al-fatihah

MENZIARAHI SAUDARA BARU YANG HANYA BERATAPKAN VAN LAMA


10 Mac, Selasa, tengahari tadi ada urusan di LHDN Taiping, dan meluangkan masa menziarahi saudara baru yang hidupnya terabai dan sangat dhaif.

Beliau ialah Abdul Aziz Ong Abdullah. Mulanya saya tak tahu dia Islam, tetapi setelah beliau berkata "Itu Arwah Tok Guru...sama nama dengan saya tau...saya pun Aziz juga..".

Saya pun berkenalan ringkas dengan Aziz, rupa-rupanya dia hanya tinggal di dalam sebuah van buruk di bengkel tersebut. Hati saya meruntun apabila beliau membawa kami saya ke "rumah"nya, yang turut ada di dalamnya sejadah, tasbih dan al Quran.

MENZIARAHI WARIS KEPADA PELAJAR PASTI LENGGONG YANG MENINGGAL DUNIA SEMALAM


10 Mac, Selasa, menziarahi Puan Rohaya, ibu kepada pelajar Pasti Kawasan Lenggong yang meninggal dunia semalam. Semoga ruh anak tersebut ditempatkan bersama sama orang yang soleh.






PAGI BERSAMA IBU TERSAYANG


10 Mac, Selasa dalam kesibukan berjuang di jalan ini, masa terluang bersama ibu tak pernah dilepaskan. Membesarkan diri ini, mendidik dan mengasuh sehinggalah diri ini mengerti apa itu dunia yang sempit dan apa itu akhirat yang tiada sempadan.


SAMBUTAN ULANGTAHUN KE 7 PAKATAN RAKYAT PERAK


8 Mac, Ahad, bersama rakan rakan Pakatan Rakyat di Majlis Sambutan Ulang Tahun Ke 7 Pakatan Rakyat Perak di Markas PAS Titi Serong, Parit Buntar