SEMOGA SELAMAT DUNIA AKHIRAT

Istiqamah Hingga Kemenangan

SELAMAT BERJUANG

Maaf Zahir dan Batin, Istiqamah Hingga Kemenangan

SELAMAT HARI MALAYSIA

Maaf Zahir dan Batin, Istiqamah Hingga Kemenangan

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN

Istiqamah Hingga Kemenangan

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN UPSR

Istiqamah Hingga Kemenangan

SELAMAT HARI RAYA IDUL ADHA 1436H

Istiqamah Hingga Kemenangan

Selamat Hari Raya Idul Fitri 1436H

Selamat Hari Raya Idul Fitri 1436H

Khamis, 5 Mac 2015

KULIAH DHUHA PAGI JUMAAT, SEMUA DIJEMPUT HADIR


Saya menjemput semua untuk menghadiri Kuliah Dhuha Pagi Jumaat di Maahad Tahfiz al Quran Lid Dakwah wal Imamah, Kampung Luat Lenggong jam 9 pagi setiap minggu. Pengajian Hadis 40 Akhir Zaman dan Hadis 40 Kepentingan Ilmu dan Ulamak susunan Syeikh Fahmi Zamzam.

Insya Allah, esok (Jumaat 6 Mac) akan bersama Ustaz Muhammad Mujahid bin Ir Hj Mohammad Fadzil, Maahad Darul Hadis, yang juga Exco Pemuda PAS Perak. Semoga usaha ini diberkati dan diredhai Allah SWT

KENANGAN PROGRAM MALAM CINTA RASUL DI MTQDI


27 Februari lalu (Khamis) mengadakan Malam Cinta Rasul di MTQDI dengan kehadiran beberapa buah sekolah agama dan masyarakat sekeliling. Keesokan harinya (Jumaat) diteruskan dengan kuliah Dhuha pagi Jumaat bersama Ustaz Mokti Nikmat dari Maahad Darul Hadis. Semoga usaha ini diberkati dan diredhai Allah SWT.

USRAH DUN KENERING CAWANGAN RANCANGAN MERAH


4 Mac, Rabu, Menghadiri Usrah Dun Kenering, Cawangan Rancangan Merah. Semoga usaha kalian untuk menggerakkan Islam, mendapat keberkatan dan keredhaan Allah. Keikhlasan yang sebenar, pasti akan membuahkan istiqamah yang berpanjangan.

MERASMIKAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PAS ALOR PONGSU


4 Mac, Rabu, dijemput untuk merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PAS Alor Pongsu. Semoga usaha kalian memartabatkan Islam diberkati Allah SWT

ISNIN 2 MAC, MENZIARAHI EN. SALLEH ARIFFIN


Meluangkan masa menziarahi Hj Salleh Ariffin ayah kepada Salman dan Safarizal di Kampung Pasir Putih Tambahan. Semoga Allah berikan kesihatan buatnya.

MENZIARAHI USTAZ MUSTAFA SHAARI


2 Mac, Isnin, meluangkan masa menziarahi Ustaz Mustaffa Shaari di Ipoh, kerana mengalami masalah jantung. Semoga Allah memulihkan kesihatan beliau.

Isnin, 2 Mac 2015

KEFAHAMAN TERHADAP PERJUANGAN, MENJAMIN ISTIQAMAH YANG BERTERUSAN


LIQO FIKRI PAS KAWASAN MERBOK

Tarikh: 1 hb Mac 2015
Masa: 9.00 malam
Tempat: Markas PAS Cawangan Sg Jagung, Sg Petani.
Masa: 9.00 mlm.
Tajuk : Istiqamah dalam jamaah dan perjuangan Islam

1) Memahami tajuk

a. Istiqamah bermaksud stamina tahan lama dalam menggerakkan Islam, serta bertahan dengan prinsip-prinsip perjuangannya (Tafsir al Qurtubi, Surah Hud ayat 112)

b. Jamaah bermaksud kumpulan atau kelompok yang mempunyai konsep berorganisasi, bersistem dan beroperasi (Hadis Riwayat Abu Musa al Asy'ariy takhrij Imam Ahmad 16718)

2) Tujuan jamaah

a. Tujuan penubuhan PAS ialah

- Memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya bilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah.

- Mempertahankan Kesucian Islam serta kemerdekaan dan kedaulatan negara.

b. Dasar PAS ialah Islam

c. Seruan PAS ialah "Allahu Akbar"

e. Sumber tertinggi PAS ialah al Quran, Hadis, Ijmak dan Qias.

3) Setiap kali menyertai sesuatu jemaah, pastinya ada borang ikrar, dan baiah (janji taat setia). Maka, janji taat setia dalam gerakan Islam dimulai dengan kefahaman (الفهم), iaitu memahami bahawa gerak kerja Islam sepatutnya berdasarkan manhaj yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW.

4) Setiap kefahaman pastinya membuahkan istiqamah. Tak mungkin seseorang itu mampu bertahan lama memperjuangkan sesuatu ideologi perjuangan tanpa kefahaman, sejarah sudah mencoretkan segalanya. Maka, PAS mendidik jiwa jiwa agar istiqamah mempertahankan PAS yang memperjuangkan Islam.

5) Terdapat 4 perkara yang perlu dipertahankan, iaitu;

a. Asas

Akidah perjuangan yang mempertahankan ketulenannya daripada ideologi-ideologi asing yang celaru.

b. Menjaga syariat

Menjaga syariat sebagai dasar rujukan PAS, yang hanya difahami oleh para alim ulamak.

c. Tonggak kekuatan

PAS mengamalkan sistem Islam iaitu syura, yang menjadi benteng mempertahankan syariat. Mereka yang menganggotainya dari kalangan faqeh dalam bidang agama, yang terpilih. Dari sudut herarki, Majlis Syura Ulamaklah yang tertinggi, manakala Pasma dilihat bertindak merobek struktur tertinggi ini

d. Qiadah kepimpinan

Pertahankan kepimpinan yang boleh mempertahan jamaah, serta tegas terhadap prinsip Islam. Bukanlah pemimpin yang melonggar longgarkan syariat, serta pimpinan yang membiarkan jemaah dirobek musuh.

Terus beristiqamah,

Hj. Razman Hj. Zakaria
Pesuruhjaya PAS Perak

Ahad 1 Mac 2015
10 Jamadil Awwal 1436

Ahad, 1 Mac 2015

NEKAD 6.0 DI BAGAN SERAI


Tahniah diucapkan kepada Lajnah Dakwah PAS Pusat dan PAS Perak serta Dewan Ulamak atas penganjuran Nadwah Pemerkasaan Duat NEKAD 6.0. Dengan pengisian serta taujihat, mampu menjernihkan kefahaman ahli PAS.

Rendahkan diri, kurangkan keegoan untuk mendengar penjelasan dan penjernihan. Kurangkan tohmahan terhadap rakan seperjuangan dek kerana bersumberkan akhbar luar.

MENZIARAHI PAK DIN GUNUNG SEMANGGOL


28 Februari, Sabtu, menyertai Nekad 6.0 dan mengambil masa untuk menziarahi Pak Din Gunung Semanggol yang keuzuran. Doakan kesihatan beliau.

MAJLIS SAMBUTAN CNY ANJURAN PAS BUKIT GANTANG


Sabtu, 28 Februari, Alhamdulillah, baru selesai bersama Majlis Sambutan Tahun Baru Cina anjuran PAS Bukit Gantang, bersama YB Ustaz Idris Ahmad