Selamat Hari Raya Idul Fitri 1436H

Selamat Hari Raya Idul Fitri 1436H

Selasa, 17 Mac 2015

GST : PENINDASAN TERHADAP RAKYAT DISEBABKAN KETIRISAN KERAJAAN MENGURUS KEWANGAN NEGARA


Saya sangat kesal dengan tindakan pejam sebelah mata oleh beberap pihak yang dikatakan mempunyai ilmu agama dalam menghalalkan cukai GST. Dalam keadaan rakyat yang terbeban dengan pelbagai hutang, dan tekanan harga barangan yang melambung, pihak kerajaan boleh bertindak mengambil duit rakyat dengan alasan keperluan negara.

Adakah mereka telah lupa kewangan negara defisit selama 18 tahun disebabkan pengurusan yang bocor dengan torehan ketirisan? Adakah mereka lupa jutaan ringgit yang dibazirkan atau digelapkan berdasarkan pembentangan audit negara?

Adakah mereka lupa ketirisan yang terbaru 1MDB yang merupakan projek mega yang tidak masuk akal? Adakah mereka lupa hutang negara yang mencecah tahap kritikal ini disebabkan sistem ekonomi kapitalisme yang diamalkan oleh kerajaan?

Saya sangat kesal, apabila ketirisan kerajaan ini "dilapik" dengan mengenakan cukai kepada rakyat. Rakyat terus menderita dengan pelbagai tekanan, walhal para menteri masih boleh bermewah mewah. Apabila mengikis kekayaan negara kamu ketepikan Islam, tetapi apabila ingin "rompak" duit rakyat kamu pergunakan dalil dalil dalam Islam?

Di dalam Hadis disebut bahawa;

ﺇِﻥَّ ﺻَﺎﺣِﺐَ ﺍﻟْﻤَﻜْﺲِ ﻓِﻲ ﺍﻟﻨَّﺎﺭ

Maksudnya; "Sesungguhnya pengambil cukai dalam neraka" (Musnad Imam Ahmad hadis nombor 16387)

Imam Syaukani RA dalam kitabnya, Nailul Authar (4/279) mengatakan :

“Perkataan Shahibul Maks ( ﺻَﺎﺣِﺐُ ﺍﻟْﻤَﻜْﺲِ ) adalah para pemungut cukai dari manusia tanpa haq”.

Terus beristiqamah,

Hj. Razman Hj. Zakaria
Pesuruhjaya PAS Perak

Ahad, 15 Mac 2015
23 Jamadil Awwal 1436

0 comments:

Catat Ulasan