Selamat Hari Raya Idul Fitri 1436H

Selamat Hari Raya Idul Fitri 1436H

Ahad, 12 April 2015

HASIL BUMI MALAYSIA LESAP, RAKYAT PULA DIBEBAN DENGAN HUTANG NEGARA

Hari ini, kita sudah melepasi 10 hari yang menyeksakan dengan pelaksanaan GST. Antara penzaliman GST atau secara umumnya percukaian di Malaysia. Kita dapat lihat dengan mata kasar, bahawa Malaysia sedang dirobek robek hasil buminya, dan keuntungannya dikaut oleh beberapa orang tertentu.

Antara yang boleh kita lihat, bagi tempoh separuh pertama yang berakhir pada 30 Jun, 2014, keuntungan sebelum cukai Petronas meningkat sembilan peratus kepada RM55.3 bilion daripada RM50.8 bilion dalam tempoh yang sama tahun lepas. Hasil melonjak 12 peratus kepada RM169.41 bilion daripada RM151.10 bilion sebelumnya. 

Manakala industri sawit yang merupakan antara penyumbang utama ekonomi Malaysia berdasarkan prestasi eksport produk berasaskan komoditi tahun lalu. Industri sawit menyumbang RM 83.4 bilion iaitu 59.1% daripada keseluruhan pendapatan eksport komoditi sebanyak RM 141.2 bilion.

Begitu juga dengan Felcra, hidro, padi, dan banyak lagi sumber bumi Malaysia yang cukup kaya. Tetapi mengapa ekonomi Malaysia masih mengalami krisis sehingga memiliki hutang RM847Billion pada tahun ini, 2015. Apakah kewajaran hutang ini dibebankan di atas bahu rakyat sedangkan ia berpunca daripada ketidakpandaian pihak kerajaan mengurus kewangan?

Sepatutnya kekayaan negara dikongsi untuk keperluan rakyat di dalam negara tersebut, bukan digunakan untuk memberi pinjaman kepada beberapa individu untuk mengkayakan perut mereka sendiri. Malaysia hak kita bersama, dan hasil buminya untuk kita, bukan untuk dikaut oleh beberapa individu sahaja, lebih parah apabila hasil bumi Malaysia dirobek dan digadai kepada "orang luar".

Terus beristiqamah,

Hj. Razman Hj. Zakaria
Pesuruhjaya PAS Perak

Sabtu, 11 April 2015
23 Jamadil Akhir 1436

0 comments:

Catat Ulasan