Selamat Hari Raya Idul Fitri 1436H

Selamat Hari Raya Idul Fitri 1436H

Khamis, 30 April 2015

ADAKAH FELDA AKAN SENASIB DENGAN MAS (Syarikat Penerbangan Malaysia Bhd)

Sejarah ringkas MAS(Malaysian Airlines System) dan SIA (Singapore Airlines system) adalah pecahan "share" dari MSA (Malaysia Singapore Airline) semasa Singapore menjadi sebahagian daripada Malaysia.

Dalam tempoh pemisahan selepas 1963, pimpinan Singapore mampu meletakan SIA sebagai salah satu penerbangan terbaik dunia dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi Singapore.

Secara sepintas lalu, sektor korporat mengetahui MAS sehingga ke hari ini menghadapi masalah demi masalah. Sejarah hitam menyelamatkan MAS kerajaan melalui khazanah negara membayar nilai saham pada harga RM8/ sesaham yang pada masa itu harga semasa sekitar RM3.50/. Atau lebih mudah faham, kerajaan UMNO/BN membayar sebanyak RM4.50/ lebih tinggi dari harga semasa melibatkan lebih RM500juta duit rakyat dialir kepada kroni pimpinan UMNO.

UMNO/BN juga terus sembunyikan jumlah "bail out" atau bahasa mudah kerajaan membayar hutang MAS yang hampir mencecah RM10Billion, iaitu 10 ribu juta yang jumlah itu sama dengan 10 tahun belanja pengurusan Negeri Perak.

Harga saham MAS pada masa terbitan awal berharga RM8/ sesaham pada masa ini bernilai kurang dari RM0.50 sesaham. Susut nilai syarikat tidak keterlaluan kalau dikatakan ini berpunca daripada salah urus UMNO/BN yang menyebabkan Malaysia kehilangan Billon Ringgit wang rakyat.

Hari ini saya bersama dengan Saudara Mazlan Aliman dan AJK ANAK di PRK P091 Rompin cuba memberi kefahaman kepada pengundi warga Felda supaya menolak calon UMNO/BN, atas dasar menyelamatkam hak rakyat daripada terus dirakusi pihak tertentu.

Dalam erti kata lain, dalam tempoh 3 tahun harga harga asal saham FGV yang dibeli oleh peneroka dan orang Awam adalah RM4.55/ sesaham. Manakala pada hari ini sekiranya pemegang saham menjual saham mereka, mereka hanya memperoleh pada harga semasa lebih kurang RM2.10/. Ini bererti satu saham peneroka akan mengalami kerugian RM2.45/ sesaham. Kalau terus dibiarkan umno berkuasa ada kemungkinan harga saham FGV akan menurun sehingga RM0.25sen sesaham seperti harga saham MAS. Bila sudah sampai kepada peringkat ini apa akan jadi kepada peneroka.

Peneroka wajib merasa risau dan bimbang terhadap masa depan mereka dan generasi akan datang disebabkan kesan salah urus Felda oleh UMNO/BN. Terlalu banyak perkara teknikal yang dikaburi oleh pimpinan UMNO/BN dengan sogokan sehingga membolehkan FGV disenaraikan dalam Bursa Kuala Lumpur. Ia bagi memberi isyarat kepada UMNO/BN agar prihatin kepada peneroka maka undi lah :

Calon berlambangkan PAS Alfadhil Ustaz Nazri Ahmad dalam PRK P091 Rompin pada 5/5/15 ini.

Tidak ada cara lain untuk selamatkan negara dengan selamatkan Felda dari kerakusan UMNO/BN. Mulakannya di Rompin.

* Catatan dalam perjalanan balik dari PRK P091 Rompin

Terus Beristiqamah

Hj.Razman Hj.Zakaria
Pesuruhjaya PAS Perak

Khamis 30 April 2015
12 Rejab 1436

0 comments:

Catat Ulasan