Selamat Hari Raya Idul Fitri 1436H

Selamat Hari Raya Idul Fitri 1436H

Ahad, 1 Februari 2015

INDEKS SYARIAH : PESURUHJAYA PAS PERAK BIDAS KENYATAAN PERDANA MENTERI


Baru baru ini, akhbar Sinar Harian memaparkan berita tentang "Indeks Syariah Memartabatkan Islam". Berita ini memaparkan tentang Indeks Syariah Malaysia yang bakal dilancarkan pada 10 Februari menjadi manifestasi bahawa UMNO memartabatkan bukan sahaja syiar, malahan syariat Islam di negara ini, sepertimana yang didakwa oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Beliau yang juga Presiden UMNO berkata, pengenalan indeks itu akan menangkis dakwaan bahawa UMNO bukan parti yang komited dalam memperjuangkan Islam.

Katanya "Sebagai sebuah kerajaan yang didukung oleh UMNO, komitmen kami ialah memartabatkan bukan saja syiar Islam tetapi juga syariat Islam sesuai dengan Fasal Tiga perlembagaan parti"
PM juga mendakwa bahawa ia merupakan satu komitmen yang telah UMNO tunaikan selama ini tetapi ia tidak dilakukan penanda aras atau benchmarking. Apa yang dikatakan, apabila mereka melaksanakan perkara ini, Malaysia akan menjadi negara pertama yang akan mempunyai indeks syariah.

Dakwaan tersebut dibidas oleh Haji Razman Zakaria, Pesuruhjaya PAS Perak yang menyifatkan perlaksanaan indeks syariah yang akan dilaksanakan oleh PM dan kerajaan UMNO/BN sebagai teknik mengelirukan rakyat bagi meraih sokongan orang Islam Melayu khususnya.

Beliau menyatakan "Saya yakin, rakyat pasti faham dimanakah UMNO meletakan undang-undang syariah dalam perlaksanaan dan perlembagaan Negara? Adakah melaksanakan Islam yang separuh, dan menolak separuh yang dianggap sudah melaksanakan Islam?"

Beliau merujuk contoh keputusan rayuan kes Mahkamah Syariah Negeri Sembilan terhadap kesalahan 3 orang lelaki yang berpakaian wanita. Keputusan Mahkamah Syariah tersebut telah diisytihar tidak sah oleh Mahkamah Rayuan Sivil kerana bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan. Begitu juga kes Riduan Abdullah di Mahkamah Ipoh, dan banyak lagi kes-kes lain yang boleh dirujuk.

Beliau berkata lagi "Ini menunjukan bahawa UMNO sedang cuba mengelirukan orang Melayu Islam untuk memberi gambaran syariat Islam sudah terlaksana hampir 100%. Jelas ini menggunakan Agama untuk kepentingan politik".

0 comments:

Catat Komen