Selamat Hari Raya Idul Fitri 1436H

Selamat Hari Raya Idul Fitri 1436H

Jumaat, 20 Februari 2015

CATATAN SAMBUTAN HARI LAHIR YANG KE 55 TAHUN.


Pada Hari Khamis, 12 Februari lalu, jam 9 malam, saya bersama PAS Lenggong telah mengadakan Perasmian Mesyuarat Agung Cawangan Cawangan yang bertempat di Maahad Tahfiz Kampung Luat, Lenggong. Majlis dirasmikan oleh YB Dato Iskandar Abdul Samad, Exco Kerajaan Negeri Selangor, juga merupakan Pesuruhjaya PAS Negeri dan Adun Cempaka.

Tika seronok bersama ahli ahli gerakan Islam PAS, hati ini merasa satu kejutan apabila mendapat khabar pemergian Tuan Guru Mursyidul Am Dato Bentara Nik Abdul Aziz Nik Mat. Bermula dengan berita tenatnya, dan kami berdoa diberikan kesembuhan dan yang terbaik buat beliau seusai Solat Fardhu Isya berjemaah. Sehinggalah belai dibawa pulang ke rumah dan menghembuskan nafas terakhirnya.

Berita yang mengejutkan ini sampai pada aplikasi whats app ketika jam 9.50 malam dengan berita kembalinya beliau ke rahmatuLlah. Program diteruskan juga dengan rontaan hati untuk menjenguk, sehinggalah selesai majlis sekitar jam 12.30 malam.

Setelah membuat sedikit persiapan, 13 Februari, Jumaat, jam 2.30 pagi bertolak ke Pulau Melaka, Kelantan untuk menziarahi jenazah Almarhum. Pagi itu, saya diberikan ruang menyampaikan ucapan disamping ucapan pimpinan PAS yang lain. Selesai pengebumian kira jam 12 tengahari, dan mengambil kesempatan singgah menziarahi kawan lama, Ustaz Yusuf yang menjaga anak-anak semasa di Mesir dahulu.

Setelah selesai Solat Jumaat dan makan tengahari, bertolak pulang ke Perak. Bercadang untuk terus ke Pejabat Perhubungan di Ipoh kerana ada program Sesi Dialog Kali Ke 2 bersama badan-badan pertubuhan, persatuan, NGO, tokoh korporat bukan Islam, anjuran Lajnah Perpaduan Nasional PAS Perak.

Pada Hari Sabtu, 14 Februari jam 5 pagi bertolak ke Selangor merasmikan Mesyuarat Agung 5 Cawangan serentak PAS Kawasan Selayang di Pasti al Munirah, Kuang, Selangor. Tidak dapat menghadiri jemputan walimah termasuk majlis akad nikah snak saudara di Gerik.

Setelah menyelesaikan beberapa perkara jam 6 petang berlepas ke kampar
Program Hiwar Siyasi bersama YB Dato Dr. Khairuddin Aman Razali at Takiri, Ketua Lajnah Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat dan Dr Zuhdi Marzuki, AJK PAS Pusat. Kembali pulang ke rumah di Lenggong sekitar jam 2.30 pagi. Setiba di rumah ramai saudara berkumpul termasuk bakal besan.

Pada 15 Februari, Ahad mengikut jadual Mesyuarat Badan Perhubungan PAS Perak bertempat di Ipoh. Memandangkan keluarga dan besan yg berkumpul dan semalamnya tidak dapat bersama majlis akad nikah maka keputusan diambil untuk meraikan tetamu dan majlis walimah adik.
Mesyuarat perhubungan diwakilkan kepada Timbalan PJ walaupun agenda dijangka panas isu tepuk belakang dan isu viral.

Pagi 16 hb isnin kebetulan tiada program yang diatur. Seperti biasa bila buka phone ramai yang mengucap "sanah helwah" selamat menyambut hari kelahiran. Lupa pula 16 hb feb 2015 bertambah umur setahun lagi. Garisan penamat kehidupan berkurang setahun lagi.

Dirakamkan setinggi terima kaseh kepada yang mengucap selamat dan amin kepada yang berdoa. Tekad dan doa semoga terus dalam bimbingan petunjuk Allah tidak terlekat dunia dalam hati tingkatkan perjuangan untuk mendapat redha Allah "whithout fear and favour"

Terus beristiqamah,

Hj. Razman Hj. Zakaria
Pesuruhjaya PAS Perak

Isnin 16 Februari 2015
26 Rabiul Akhir 1436

0 comments:

Catat Ulasan