Selamat Hari Raya Idul Fitri 1436H

Selamat Hari Raya Idul Fitri 1436H

Rabu, 11 Februari 2015

WALAK DAN KETAATAN PADA PARTI ISLAM

"Walak" dari segi bahasa ialah kesetiaan,  manakala "Taat" pula adalah kepatuhan atau taat. Kedua dua perkataan ini disebutkan oleh Allah SWT di dalam al Quran;

(يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِي الْأَمْرِ مِنْكُمْ ۖ فَإِنْ تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللَّهِ وَالرَّسُولِ إِنْ كُنْتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ ۚ ذَٰلِكَ خَيْرٌ وَأَحْسَنُ تَأْوِيلًا) [Surat An-Nisa : 59]

Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.

Sesebuah organisasi itu tertubuh dengan mempunyai matlamat tertentu. Samaada organisasi itu sah dari sisi undang-undang atau sebaliknya. Dalam kewujudan organisasi secara logiknya, pasti mempunyai etika dan undang undang yang mesti dipatuhi. Mana mungkin seorang pekerja tidak merasa perlu untuk mengikuti arahan ketuanya. Ini

Asasnya pengurusan organisasi modern harus mempunyai empat elemen utama Iaitu:

a) Men : Tenaga Manusia.
b) Mathod : Kaedah prosedur tatacara pengurusan.
c) Machine : Teknologi alat bantuan untuk mencapai matlamat.
d) Money : Kewangan untuk membiayai gerakan aktiviti organisasi.

Sudah pasti keempat empat elemen inu diikat dengan peraturan dan undang undang yang mesti dipatuhu, seperti jadual kepejabatan, prosedur pengarahan, sistem pengurusan dan banyak lagi.

Sebab itu organisasi yang berjaya biasanya dirujuk kepada organisasi konglomerat perniagaan seperti Honda, Mithubushi, Hyundai, Ford dan Toyota adalah organisasi yang dianggap berjaya memantapkan dan memanfaatkan keempat-empat element ini dengan berkesan dan jayanya, seiring dengan etika dan sistem yang diatur dengan baik dan teliti.

Merujuk kepada organisasi sosial, pertubuhan kebajikan atau pertubuhan politik, elemen "Machine" dan "technology" tidaklah menjadi keutamaan. Sebaliknya elemen yang penting adalah manusia atau "human resource" yang disusun mengikut hierarchy (chain of command) susunan arahan membuat keputusan dalam sesebuah organisasi.

Sebab itu organisasi yang berjaya biasanya mempunyai carta organisasi yang jelas bermula daripada yang teratas hinggalah ke dasarnya. Bahkan carta inu juga diikat dengan undang undang pertubuhan dan etika bekerja, yang mana kedua duanya merujuk kepada "kaedah walak dan patuh" dalam Islam.

Kawalan kepada sumber manusia supaya mengikut arahan dan bertindak mengikut ruang lingkup biasanya dikawal oleh peraturan dan hukuman tatatertib. Biasanya mereka yang tidak mengikut peraturan dan menjadi dalang kepada terbantutnya matlamat organisasi, akan diambil tindakan pecat atau dikeluarkan daripada organisasi tersebut.

Kesimpulan awal yang boleh diambil, kejayaan sesebuah organisasi itu diukur sejauh mana organisasi berkenaan boleh mengawal tenaga manusia dalaman, yang boleh mematuhi peraturan yang ditetapkan. Inilah walak dan taat kepada organisasi. Mengapakah ketetapan Islam dilabel sebagai candu, sedangkan syarikat syarikat besar dunia yang mengaplikasikan elemen ini sepanjang zaman tidak dianggap apa apa yang negatif?

Penelitian dan perbahasan kepada tajuk yang diberi WALAK DAN KETAATAN KEPADA PARTI ISLAM. Jelas ia merujuk kepada hierarki atau carta organisasi PAS. Siapa yang lebih tinggi untuk diberi walak (kepatuhan)? Arahan Siapa yang wajib diberi keutamaan untuk patuh? Apa yang perlu dipatuhi? Siapa yang sepatutnya mematuhi?

Ada suara mengatakan Walak dan Thiqah adalah candu dalam PAS unt mengekalkan kuasa? Sedangkan ia dinyatakan dengan jelas di dalam al Quran, Hadis, serta pengamalan masyarakat seluruh dunia dalam aspek syarikat, organisasi kerajaan dan banyak lagi. Adakah kerana "Islam" mengamalkan walak, ia dikatakan candu?

Ada suara yang mengaitkan kepimpinan ulamak itu adalah sistem wilayatul faqeh yang dicedok daripada syiah, sedangkan wilayatul faqeh melangkaui al Quran dan sunnah, manakala walak dalam Islam sejajar dengan al Quran dan Sunnah, dan tidak sama dengan istilah syiah yang meletakkan imam mereka sebagai "maksum".

Siapa lebih tinggi dalam hierarki untuk membuat keputusan dalam PAS? Muktamar? MSU? AJK PUSAT? Siapa yang hendak dipatuhi dan ditaati? Perkara ini telah dihuraikan di dalam ayat 59 Surah an Nisa, yang telah dinyatakan di awal penulisan ini.

Allah SWT berfirman,

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِي الْأَمْرِ مِنكُمْ فَإِن تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللَّهِ وَالرَّسُولِ إِن كُنتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ ذَٰلِكَ خَيْرٌ وَأَحْسَنُ تَأْوِيلًا

Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya. (Surah an Nisa : 59)

Berdasarkan ayat di atas, Allah SWT menerangkan bahawa sekiranya terdapat perselisihan sesama orang Islam, hendaklah kembali merujuk kepada al Quran dan Hadis, bukanlah merujuk penulisan, idea falsafah ataupun idea peribadi.

(a) Berdasarkan huraian para ulamak, berdasarkan hadis Nabi SAW, timbulnya persoalan, adakah kita "mampu" merujuk terus kepada al Quran dan Hadis sedangkan kedua duanya hanya difahami oleh alim ulamak yang sudah mendalami tentngnya.

(b) Siapakah yang lebih faham tentang al Quran dan Hadis kalau bukan mereka itu alim ulamak? Ya, berdasarkan ayat 59, Surah an Nisa, Allah SWT menggesa kita merujuk kepada para alim ulamak yang pakar tentang al Quran dan Hadis. Bahkan al Quran dan Hadis tak mungkin difahami tafsiran dan huraiannya yang tepat oleh si jahil yang hanya berguru dengan buku semata mata, ataupun google.

Alhamdulillah, PAS selama ini dipandu oleh Majlis Syura Ulamak, sebagai hierarki tertinggi dalam PAS yang mana di dalamnya bukanlah seorang dua yang alim. Bahkan mereka yang pakar dalam pelbagai bidang ini berhimpun untuk menghasilkan ijtihad yang setepat mungkin.

Perkara ini juga menjadi peringatan buat diri ini, yang diamanahkan untuk membawa PAS Perak ke arah apa yang dikehendaki oleh Allah SWT, di dalam Surah an Nisa, ayat 59 ini. Saya tidak boleh melepaskan kebebasan kepada sesiapa sahaja untuk bebas menzahirkan mana mana pendirian yang bercanggah dengan al Quran dan Hadis.

"Catatan dalam perjalanan dari kelang ke pejabat perhubungan Ipoh"

Terus beristiqamah,

Hj. Razman Hj. Zakaria
Pesuruhjaya PAS Perak

Ahad 11 Februari 2015
21 Rabiul Akhir 1436

0 comments:

Catat Ulasan