Selamat Hari Raya Idul Fitri 1436H

Selamat Hari Raya Idul Fitri 1436H

Sabtu, 14 Februari 2015

TERUS BERISTIQAMAH DENGAN IDEOLOGI TIDAK MEMISAHKAN AGAMA DAN POLITIK

TERUS BERISTIQAMAH DENGAN IDEOLOGI TIDAK MEMISAHKAN AGAMA DAN POLITIK


Al Fatihah, moga roh Tuan Guru Mursyidul Am sentiasa dirahmati oleh Allah SWT.


Tarikh 13hb Februari 2015 Hari Jumaat detik yang tidak mungkin dilupai. Kembalinya ke pangkuan Ilahi sorang Murabbi Dato Bentara Setia Tuan Nik Abdul Aziz bin Nik Mat Mursyidul Am PAS pada malam harinya 12 Februari.


Pada mula mendengar berita ini, seolah olah tidak dapat diterima keshahihannya. Di saat bahtera jamaah Islam PAS mengharung laut yang sangat bergelora ini, hilang pula pimpinan yang sangat disayangi dan sangat berpengaruh dalam keputusannya serta pendiriannya. Mungkin inilah perasaan sahabat-sahabat RA apabila menerima berita kewafatan Rasulullah SAW. Teringat ayat yang dibaca oleh Saidina Abu Bakar ketika menenangkan para sahabat yang tidak boleh menerima berita kewafatan Rasulullah SAW.


وَلَقَدْ كُنتُمْ تَمَنَّوْنَ الْمَوْتَ مِن قَبْلِ أَن تَلْقَوْهُ فَقَدْ رَأَيْتُمُوهُ وَأَنتُمْ تَنظُرُونَ


Sesungguhnya kamu mengharapkan mati (syahid) sebelum kamu menghadapinya; (sekarang) sungguh kamu telah melihatnya dan kamu menyaksikannya 


وَمَا مُحَمَّدٌ إِلَّا رَسُولٌ قَدْ خَلَتْ مِن قَبْلِهِ الرُّسُلُ أَفَإِن مَّاتَ أَوْ قُتِلَ انقَلَبْتُمْ عَلَىٰ أَعْقَابِكُمْ وَمَن يَنقَلِبْ عَلَىٰ عَقِبَيْهِ فَلَن يَضُرَّ اللَّهَ شَيْئًا وَسَيَجْزِي اللَّهُ الشَّاكِرِينَ


Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang rasul, sungguh telah berlalu sebelumnya beberapa orang rasul. Apakah Jika dia wafat atau dibunuh kamu berbalik ke belakang (murtad)? Barangsiapa yang berbalik ke belakang, maka ia tidak dapat mendatangkan mudharat kepada Allah sedikitpun, dan Allah akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.


Surah Ali Imran : 143-144


Teringat pula pesanan Tuan Guru Presiden yang sering diungkap dalam ucapannya. Perjuangan PAS adalah sebagai MATA RANTAI PERJUANGAN NABI MUHAMMAD SAW. Nabi SAW meninggalkan Al-Quran dan Al Sunnah kepada kita, maka berpeganglah kepada keduanya, insyaallah selamat dunia dan akhirat.


Selesai pengebumian Almarhum Mursyidul Am, kami meluangkan masa menziarahi rumah sahabat lama. Bertepatan dengan peristiwa pada waktu tersebut, respon daripada beberapa pemimpin tertinggi UMNO hampir senada, iaitu "Mengagumi Almarhum Tuan Guru Mursyidul Dato Bentara Nik Abdul Aziz bin Nik Mat", mengiktiraf sebagai tokoh agama dan tokoh politik walaupun berbeza fahaman politik. Termangu sekejap, mengapa mengakui Ketokohan keagamaan almarhum, tetapi tidak mahu mengikut kefahaman politiknya. Kefahaman politik mana yang mereka ikut?


Inilah peninggalan yang paling utama daripada Tuan Guru buat diri ini, iaitu "Politik dan agama Islam tidak terpisah, bahkan yang memisah antara kedua duanya salah disebut sebagai sekular.


Insyaallah dibawah bimbingan dan pimpinan ulamak yang membawa ideologi politik bertunjangkan dengan petunjuk Al Quran dan As-Sunnah, yang akan aku cari syahid dengannya. Mudahan diri dan harta diinfakkan untuk menentang ideologi politik menyeleweng, terutama ideologi politik Nasionalis yang berselogan 'hidup melayu'


* Catatan dalan perjalanan pulang dari Pulau Melaka, Kelantan menziarahi Almarhum Tuan Guru Mursyidul Am.


Terus beristiqamah,


Hj. Razman Hj. Zakaria

Pesuruhjaya PAS Perak


Jumaat 13 Februari 2015

23 Rabiul Akhir 1436H

0 comments:

Catat Ulasan