Selamat Hari Raya Idul Fitri 1436H

Selamat Hari Raya Idul Fitri 1436H

Khamis, 5 Februari 2015

UCAPAN PERASMIAN MESYUARAT AGUNG DI HOTEL SSL KAMUNTING


1. Mesyuarat Agung Tahunan merupakan salah satu konsep tarbiah dalam Islam bagi melahirkan keselarian fikrah dan keselarasan gerak kerja. Di dalam istilah Bahasa Arab ia disebut sebagai معتمر (Muktamar). Tidak sepatutnya Mesyuarat Agung itu dijadikan medan untuk mengucarkan fikrah atau menceramukkan gerak kerja.

2. Kita perlu tahu bahawa ungkapan kalimah syahadah menuntut kepada kesungguhan kita untuk menjadi penyambung mata rantai perjuangan Rasulullah SAW. Tidak wajar bagi seseorang yang beragama Islam, tetapi tidak berjuang cara Rasulullah SAW, bahkan menjadikan liberal dan sosialis sebagai manhaj perjuangan mereka.

3. Rukun Baiah yang disusun oleh Imam Hassan al Banna membawa maksud berjanji taat setia untuk memperjuangkan Islam. Maka, beliau tidak meletakkan ikhlas sebagai rukun, yang pertama, sebaliknya mengutamakan "kefahaman". Iaitu berjuang dengan kefahaman yang jelas agar tidak tergelincir daripada laluan menuju matlamat keredhaan Allah SWT.

4. (A) PAS yang mula dicetuskan oleh para ulamak sejak puluhan tahun, bahkan ratusan tahun yang bersusurgalur daripada serangan Portugis 1511, Belanda dan Siam pada 1523 serta 1641 meniupkan semangat membara masyarakat nusantara hingga ke hari ini.

4. (B) Kemudian diteruskan hinggalah tertubuhnya Jamiyyah Asyriyyah pada 1920, MATA 1947, Hizbul Muslimin 1948 dan akhirnya PAS 1951. Berhadapan dengan nasionalisme yang diperjuangkan UMNO, berlarutan sehingga tercetus tragedi berdarah 13 Mei 1969.

4. (C) PAS beberapa kali dibuli oleh UMNO/BN walaupun ketika itu telah berjanji sebagai rakan, sehinggalah PAS kehilangan Kelantan selepas memenanginya. Era Dato Asri yang menyaksikan krisis dalaman berlaku sehingga tertubuhnya HAMIM, seterusnya PAS menuju ke era kepimpinan ulamak 1983-1985.

4. (D) Pergolakan demi pergolakan sehinggalah ke hari ini, PAS berkawan dengan DAP dan PKR. Namun, PAS terpaksa berhadapan dengan kerenah sang rakan yang mahukan itu dan ini. PAS tetap bersabar dan bertahan, tidak sekali kali mengkhianati perjanjian.

5. Bacaan politik yang salah apabila menganggap hanya PR boleh menjamin kemenangan Putrajaya. Kita boleh teliti, analisa sebelum PRU12, iaitu sebelum wujudnya Pakatan Rakyat dan setelah ada Pakatan Rakyat dalam PRU13. Adakah pendekatan mengenepikan perjuangan Islam boleh mendapat sokongan Melayu khususnya?

6. Berjihadlah mempertahankan jamaah dengan memahami mengapa kita berada dalam jamaah ini. Adakah untuk kepentingan? Atau kerana pengaruh? Atau mengejar kuasa untuk disarung menjadi pakaian? Sekiranya ini matlamat kita, bersesuaianlah Islam itu belum menang di zaman kita. Sebaliknya berjihadlah kerana Allah dengan sebenar benarnya, mungkin di era kita-lah kemenangan Islam tercapai.


Terus beristiqamah,


Haji Razman Zakaria
Pesuruhjaya PAS Perak
15 Rabi'ul Akhir 1436
Rabu, 4 Februari 2015

0 comments:

Catat Ulasan