Selamat Hari Raya Idul Fitri 1436H

Selamat Hari Raya Idul Fitri 1436H

Rabu, 29 Oktober 2014

KENAIKAN HARGA MINYAK DAN PENURUNAN HARGA GETAH


Malaysia memang terkenal dengan hasil buminya, iaitu petroleum dan getah. Pada masa ini, Malaysia merupakan pengeluar NR keempat terbesar dunia selepas Thailand, Indonesia dan Vietnam.

Walaubagaimanapun, pengeluaran NR di Malaysia menurun sebanyak 10.6% kepada 0.8 juta tan pada tahun 2013 berbanding 0.9 juta tan pada tahun 2012. Namun, eksport merekodkan - pertumbuhan sebanyak 2.6% untuk tempoh yang sama.

Oleh itu, para pengguna boleh melihat ke arah Malaysia sebagai - sumber pembekal untuk getah mentah berkualiti bergred SMR (Standard Getah Malaysia), getah khas seperti ENR, DPNR dan TPENR dan produk-produk lateks pekat termasuk Lateks Berprotein Rendah.

Eksport produk getah dari Malaysia telah merekodkan pertumbuhan positif sejak tahun 2001. Nilai eksport telah melepasi RM9.0 bilion pada tahun 2006 dan mencecah RM14.7 bilion pada tahun 2013.

Pada tahun 2009, eksport mengalami sedikit kemerosotan sebanyak 5.7% disebabkan oleh kemelesetan ekonomi global yang berlaku pada tahun tersebut. Namun, eksport Malaysia melonjak semula pada tahun berikutnya dan terus berkembang pada tahun-tahun berikutnya.

Namun, apa yang menyedihkan rakyat Malaysia apabila harga getah pada hari ini menjunam ke RM 1.88 sen hingga RM 2.09 sen sekilogram.

Dalam sejarah Malaysia, harga getah pernah mencatatkan harga terendah iaitu 25 sen pada 1974. Kebangkitan rakyat kali pertama diadakan di Baling, manakala kali kedua diadakan di Selama, Perak.

Namun, pada 1974, walaupun harga getah serendah 25 sen, namun masih mampu untuk membeli sekilo gula. Berbanding dengan hari ini, sekilogram getah tak mampu untuk membeli sekilogram gula.

Dalam pada itu rakyat turut ditekan dengan kenaikan harg minyak yang mencecah RM 2.30 seliter petrol dan 2.20 seliter diesel. Inikah yang dimaksudkan dengan janji ditepati?

Malaysia merupakan antara pengeluar terbesar getah dan petroleum. Hasil bumi ini sangat memberi keuntungan kepada negara, namun mengapa pimpinan hari ini membeban dan menekan rakyat sendiri?

Haji Razman Haji Zakaria
Pesuruhjaya PAS Perak
30 Oktober 2014

0 comments:

Catat Ulasan