Baru baru ini kita dihidangkan dengan pembentangan Bajet 2015. Secara
umumnya ia cuba dikhabarkan indah daripada rupa. Tambahan pula krisis ekonomi
negara semakin meruncing, hutang negara sudah berada di tahap yang kritikal.
Di Eropah, negara negara besar juga tidak dapat lari daripada hutang.
Pelbagai kaedah cuba di"eksperimentasi"kan bhU gagi mencari jalan
penyelesaian. Akhir sekali mereka terpaksa mewujudkan "Rancangan Ekonomi
Ketiga" yang dikatakan mempunyai penyelesaian yang terbaik. Apabila
dikaji, kita mendapati bahawa ia adalah "copy paste" daripada kaedah
muamalat Islam, namun tidak diwar warkan bahawa ia adalah daripada Islam.
Dahulunya, Napoleon Bournapet
dikenali sebagai seorang yang hebat dalam merangka undang undang negara.
Apabila dikaji dan teliti, rupa rupanya undang undang tersebut adalah
"copy paste" daripada Mazhab Hanafi. Banyak lagi untuk saya
ketengahkan di sini.
Namun, apabila membuat penelitian
semula terhadap Bajet 2015 yang agak terperinci pembentangannya sehingga
bilangan tiang lampu turut dibentang, saya mendapati bahawa ia seperti
"buruk siku" atau istilah yang lebih sopan daripadanya.
Sebagai contoh, BR1M akan
dinaikkan, serta dipromosi dengan hebat bagi menutup kecacatan dalam pengenaan
cukai GST. Di kala rakyat dihimpit dengan GST ini, harga minyak pula naik
walaupun janji manis ia tidak dinaikkan sudah sebati ditabur.
Kita perlu sedar bahawa GST ini
seperti merompak duit rakyat dengan muka yang manis. Contohnya GST dikenakan
pada seplastik barang belian ialah 60 sen. Si kaya billionaire membayar 60 sen,
si miskin papa kedana juga turut bayar 60 sen yang diperolehi hasil sedekahnya
pada hari itu. Apakah ini dipanggil sebagai keadilan ekonomi?
Saya ingin menarik perhatian dalam
hal ini, membuka pintu rasuah dengan sangat luas. Apabila pegawai bawahan yang
berbulankan gaji yang semangkuk kecil, disuap pula dengan seperiuk rasuah,
sejauh manakah dia boleh jujur dalam kariernya? Maka orang yang jujur tidak
menerima rasuah pasti akan terus dibalut kemiskinan. Lantaran itu wujudlah
isitilah "si jahat semakin kaya, si baik akan terus miskin".
Januari hingga September 2014
sahaja sebanyak sudah sebanyak 356 tangkapan yang dibuat berhubung kes rasuah.
Januari 28 tangkapan, Februari 50 tangkapan, Mac 43 tangkapan, April 43
tangkapan, Mei 43 tangkapan, Jun 20 tangkapan, Julai 28 tangkapan, Ogos
22 tangkapan, September 79 tangkapan.
Statistik bulan September naik
mendadak berbanding Ogos. Namun, apakah penyelesaian yang boleh dilakukan oleh
kerajaan selain daripada tahu memerah duit rakyat sekering keringnya?
Berbekalkan kejujuran pegawai pegawai biasa yang terhasil daripada naluri, ia
tidak menjamin perubahan pendiriannya dalam sekelip mata.
Dengan ini saya menegaskan bahawa
Islam adalah satu satunya penyelesaian dalam keruncingan ini. Ia sudah pun
dibuktikan melalui fakta fakta antarabangsa. Kembalilah kepada kaedah muamalat
dalam Islam, bukan dengan merujuk teori teori barat yang sudah sekian lama
tertolak.
Haji Razman Haji Zakaria
Pesuruhjaya PAS Perak
25 Oktober 2014
0 comments:
Catat Ulasan