Gambar hiasan |
2. Kalau sebelum ini heboh dengan undangan Kpop yang jelas membazirkan duit bagi menjemput satu bentuk kemungkaran. Tidak sangka 2014 lebih jelas kemungkaran seolah olah ia sengaja dizahirkan.
3. Baru baru ini di Alor Setar secara terbuka mengadakan joget bogel di sebuah pusat membeli belah. Tidak cukupkah dengan ribut yang melanda Pendang serta beberapa tempat yang lain baru baru ini?
4. Oktoberfest yang diadakan secara terbuka sehingga mengaitkan dengan kebebasan individu. Tidak cukupkah jalan runtuh, jejantas runtuh serta banjir di sekitar Kuala Lumpur?
5. Muncul pula kempen menyentuh anjing yang jelas tidak wajar dilaksanakan. Berbekalkan objektif yang tidak berapa jelas, ia dipaksa-terima oleh masyarakat Islam. Apakah kempen sia sia yang dilaksanakan ini sekadar dibalas dengan ulasan di televisyen sahaja?
6. Tidak cukupkah dengan kes rogol, gadis hilang, buang anak, bunuh bapa dan sebagainya yang menjadi salah satu tanda azab Allah? Masih yakinkah Malaysia ini selamat daripada bala Allah?
7. Rasuah, GST, riba dan segala bentuk penipuan ekonomi dijalankan, masih tidak merasa sengsara dengan bala Allah? Masih selesa dengan penindasan terhadap diri kita?
8. Kemunculan liberalisme, kekuasaan cara sekularisme, rancangan ekonomi ala ala kapitalisme dan sebagainya, masih selesa duduk di atas kerusi empuk menanti gaji yang tidak cukup?
9. Peringatan daripada saya, Pesuruhjaya PAS Perak buat semua rakyat Malaysia, khususnya rakyat Perak. Islam itu satu satunya penyelesaian, kamu pasti gagal sekiranya mencari penyelesaian selain daripada Islam.
Terus beristiqamah
Haji Razman Haji Zakaria
Pesuruhjaya PAS Perak
0 comments:
Catat Ulasan