18 Februari, mengambil masa untuk menziarahi Raja Ahmad Kamal, antara aktivis PAS di Hospital Kuala Kangsar. Semoga beliau disembuhkan Allah
Pesuruhjaya Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Perak
Istiqamah Hingga Kemenangan
Maaf Zahir dan Batin, Istiqamah Hingga Kemenangan
Maaf Zahir dan Batin, Istiqamah Hingga Kemenangan
Istiqamah Hingga Kemenangan
Istiqamah Hingga Kemenangan
Istiqamah Hingga Kemenangan
18 Februari, mengambil masa untuk menziarahi Raja Ahmad Kamal, antara aktivis PAS di Hospital Kuala Kangsar. Semoga beliau disembuhkan Allah
Rabu, 18 Februari, dijemput untuk menyampaikan pengisian Liqo Fikri PAS Cawangan cawangan PAS Kawasan Parit sesi 2015-2017. Semoga diberkati Allah SWT
Pada Hari Khamis, 12 Februari lalu, jam 9 malam, saya bersama PAS Lenggong telah mengadakan Perasmian Mesyuarat Agung Cawangan Cawangan yang bertempat di Maahad Tahfiz Kampung Luat, Lenggong. Majlis dirasmikan oleh YB Dato Iskandar Abdul Samad, Exco Kerajaan Negeri Selangor, juga merupakan Pesuruhjaya PAS Negeri dan Adun Cempaka.
Tika seronok bersama ahli ahli gerakan Islam PAS, hati ini merasa satu kejutan apabila mendapat khabar pemergian Tuan Guru Mursyidul Am Dato Bentara Nik Abdul Aziz Nik Mat. Bermula dengan berita tenatnya, dan kami berdoa diberikan kesembuhan dan yang terbaik buat beliau seusai Solat Fardhu Isya berjemaah. Sehinggalah belai dibawa pulang ke rumah dan menghembuskan nafas terakhirnya.
Berita yang mengejutkan ini sampai pada aplikasi whats app ketika jam 9.50 malam dengan berita kembalinya beliau ke rahmatuLlah. Program diteruskan juga dengan rontaan hati untuk menjenguk, sehinggalah selesai majlis sekitar jam 12.30 malam.
Setelah membuat sedikit persiapan, 13 Februari, Jumaat, jam 2.30 pagi bertolak ke Pulau Melaka, Kelantan untuk menziarahi jenazah Almarhum. Pagi itu, saya diberikan ruang menyampaikan ucapan disamping ucapan pimpinan PAS yang lain. Selesai pengebumian kira jam 12 tengahari, dan mengambil kesempatan singgah menziarahi kawan lama, Ustaz Yusuf yang menjaga anak-anak semasa di Mesir dahulu.
Setelah selesai Solat Jumaat dan makan tengahari, bertolak pulang ke Perak. Bercadang untuk terus ke Pejabat Perhubungan di Ipoh kerana ada program Sesi Dialog Kali Ke 2 bersama badan-badan pertubuhan, persatuan, NGO, tokoh korporat bukan Islam, anjuran Lajnah Perpaduan Nasional PAS Perak.
Pada Hari Sabtu, 14 Februari jam 5 pagi bertolak ke Selangor merasmikan Mesyuarat Agung 5 Cawangan serentak PAS Kawasan Selayang di Pasti al Munirah, Kuang, Selangor. Tidak dapat menghadiri jemputan walimah termasuk majlis akad nikah snak saudara di Gerik.
Setelah menyelesaikan beberapa perkara jam 6 petang berlepas ke kampar
Program Hiwar Siyasi bersama YB Dato Dr. Khairuddin Aman Razali at Takiri, Ketua Lajnah Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat dan Dr Zuhdi Marzuki, AJK PAS Pusat. Kembali pulang ke rumah di Lenggong sekitar jam 2.30 pagi. Setiba di rumah ramai saudara berkumpul termasuk bakal besan.
Pada 15 Februari, Ahad mengikut jadual Mesyuarat Badan Perhubungan PAS Perak bertempat di Ipoh. Memandangkan keluarga dan besan yg berkumpul dan semalamnya tidak dapat bersama majlis akad nikah maka keputusan diambil untuk meraikan tetamu dan majlis walimah adik.
Mesyuarat perhubungan diwakilkan kepada Timbalan PJ walaupun agenda dijangka panas isu tepuk belakang dan isu viral.
Pagi 16 hb isnin kebetulan tiada program yang diatur. Seperti biasa bila buka phone ramai yang mengucap "sanah helwah" selamat menyambut hari kelahiran. Lupa pula 16 hb feb 2015 bertambah umur setahun lagi. Garisan penamat kehidupan berkurang setahun lagi.
Dirakamkan setinggi terima kaseh kepada yang mengucap selamat dan amin kepada yang berdoa. Tekad dan doa semoga terus dalam bimbingan petunjuk Allah tidak terlekat dunia dalam hati tingkatkan perjuangan untuk mendapat redha Allah "whithout fear and favour"
Terus beristiqamah,
Hj. Razman Hj. Zakaria
Pesuruhjaya PAS Perak
Isnin 16 Februari 2015
26 Rabiul Akhir 1436
KENAPA SAYA NAMPAK TAKUT KEPADA PASMA?
Apabila ditanya kenapa takut sangat dengan PASMA, saya senyum dan terus memberi jawapan spontan.
Akhi, adakah akhi tahu bahawa orang Melayu Malaysia ini antara kumpulan bangsa dunia yang paling sukar menerima perkara baru atau peralihan ideologi.
Sebab itu Kristian memerintah tanah Melayu/Malaysia sejak tahun 1511 Portugis di Melaka sehingga merdeka 1957. Berbagai pendekatan dibuat antaranya dengan membina Sekolah Missionaris seperti Methodist, Clifford, St Michael, St John, Convent dan lain-lain, tetapi masih tak berjaya menukar pegangan agama orang Melayu keluar daripada Islam.
Begitulah juga pertubuhan atau parti politik yang berideologi baru. Beberapa contoh boleh diambil, seperti Parti Negara pimpinan Dato Onn, HAMIM pimpinan Dato Asri Muda, BERJASA pimpinan Dato Mohammad Nasir dan Parti Semangat 46 pimpinan Tengku Ghazali Hamzah di antara ideologi baru yang memberi impak tetapi tidak boleh bertahan lama dan mati tanpa kubur.
Pasma pula pimpinan Dato Ir Pahrolrazi YDP Pas Kuala Kedah, Mantan Timbalan Pesuruhjaya dan mantan Exco Kerajaan Negeri semasa PAS Kedah dibawah pimpinan Almarhum Ustaz Azizan Razak. dan juga Adun Sungai Limau
PAS wajib menjaga keharmonian dalam parti dan mencegah virus atau unsur-unsur yang mengundang keadaan yang tidak selesa, atau merosakkan.
Pasma yang didaftar sebagai NGO, matlamat dan tujuan yang tertulis dalam dalam peraturannya masih dikaburi, tetapi didakwa adalah bertujuan untuk mengukuhkan Pakatan Rakyat PR. Pemerhatian bentuk program dan kegiatan nya adalah seperti Parti Politik. Sepertimana yang dinyatakan, parti yg berpengaruh boleh berkubur, inikan pula Pasma, yang bukan ancaman atau pencorak lanskap politik negara yang tidak merasa tergugat dengan kemunculannya.
Cuma ianya perlu dicegah dari awal, bimbang ia merupakan barah dan perosak. Saya datangkan satu analogi, suami isteri bergaduh sepatutnya diselesaikan secara dalaman. Apa akan terjadi kepada rumahtangga tersebut sekiranya isteri membuat pakatan belakang dengan jiran atas tujuan mengukuhkan kekeluargaannya. Apakah rumah tangga itu akan selamat? Ini bukan mengukuh, tapi meroboh.
PAS mempunyai struktur pembuat dasar dan keputusan yang tersusun sehingga terbina institusi kekuatan seperti yang ada pada hari ini. MSU adalah pembimbing dan pemandu arah supaya tindakan dan keputusan PAS tidak tersasar dari matlamat penubuhan dengan panduan Al-Quran, Al-Hadith, Ijmak dan Qias. MSU dilantik daripada mereka yang makruf dan faqeh ilmu agamanya.
MSU telah mengeluarkan nasihat supaya ahli parti tidak terlibat dengan sebarang aktiviti yang dianjur oleh Pasma. Arahan ini dilihat seperti dibangkul sampahkan. Bahkan autoriti MSU dipandang enteng, kekuatan PAS cuba dirobek. Inilah percubaannya. PASMA bukan ancaman yang perlu digentar. Kehadiran Pasma dapat dilihat siapa yang kurang faham dan kurang patuh akan asas perjuangan PAS. Atas faktor ini dapat dijadikan indeks pengukur wala' pada Pimpinan.
Saya yakin Pasma akan berkubur sedikit masa lagi bersama dengan mereka yang sealiran dengannya.
Ataupun untuk mencapai hasrat Pasma, iaitu mengukuhkan Pakatan dengan mengumpul rakyat yang berjuang tanpa batasan syarak perlu menjadi perbandingan masyarakat terhadap perjuangan PAS yang tulen. Setiap tindak tanduk mereka menjadi sarang peluru untuk menguburkan mereka sendiri.
Saya bersetuju dengan pandangan Dr Zuhdi Marzuki yang dinyatakan baru baru ini,
"Pasma eloklah keluar PAS buat parti baru. Mesti ada keberanian politik seperti AK Party di Turki. Bila dah tak sehaluan dengan Ebarkan dan Mehmet Kutan, tubuh parti lain dan akhirnya mereka menguasai Turki. Jadi Pasma dan penyokongnya keluar buat parti baru tak perlu kacau PAS"
Sama berjuang mengukuhkan PR dalam bahtera berbeza dan tujuan berbeza, dengan matlamat yang sama, iaitu ke Putrajaya. Inilah jawapan spontan apabila soalan itu diajukan.
* Catatan perjalanan balik dari program di Titi Gantung, Parit.
Terus beristiqamah,
Hj. Razman Hj. Zakaria
Pesuruhjaya PAS Perak
Rabu 18 Februari 2015
29 Rabiul Akhir 1436
BERSAMA RAKYAT, ISTIQAMAH HINGGA KEMENANGAN
BERSAMA RAKYAT, ISTIQAMAH HINGGA KEMENANGAN
BERSAMA RAKYAT, ISTIQAMAH HINGGA KEMENANGAN
BERSAMA RAKYAT, ISTIQAMAH HINGGA KEMENANGAN
BERSAMA RAKYAT, ISTIQAMAH HINGGA KEMENANGAN