Selamat Hari Raya Idul Fitri 1436H

Selamat Hari Raya Idul Fitri 1436H

Isnin, 31 Ogos 2015

APA ERTI KEMERDEKAAN? RENUNGAN BUAT RAKYAT TERCINTA




APA ERTI KEMERDEKAAN? RENUNGAN BUAT RAKYAT TERCINTA

Malaysia mula dijajah pada 1511 apabila portugis menawan Melaka. Penjajahan terus dilakukan oleh barat dengan beganti-ganti antara Portugis, Belanda dan British selama lebih 500 tahun.

Rakyat tempatan menjadi hamba pekerja kepada penjajah untuk sesuap nasi sedangkan seluruh hasil kekayaan negara diangkut ke luar negara. Rakyat tertindas, sekadar boleh hidup sedangkan nikmat kekayaan negara langsung tidak dirasai.

1957 rakyat bekorban nyawa dan harta untuk memerdekakan Malaysia daripada penjajahan. Hari ini kita menyambut ulang tahun kemerdekaan yang ke-58 dengan tema "sehati dan sejiwa". Sehati dan  sejiwa untuk apa dan siapa? Adakah rakyat malaysia sudah benar benar merdeka?

Dulu rakyat derita kerana hasil negara dirompak dan dibawa ke luar. Sekarang rakyat masih terus menderita dan hasil negara dirompak oleh bangsa sendiri, yang katanya ingin memperjuangkan bangsa.

Negara Brunei mengeluarkan minyak 250,000 tong sehari dan rakyatnya tidak ada yang tidak mempunyai rumah. Kehidupan mereka tidak tertekan dan jauh lebih baik daripada Malaysia yang juga pengeluar minyak. Mereka merasa harga minyak yang rendah . Perkhidmatan hospital, jalan raya persekolahan percuma. Menunaikan haji dengan bantuan penuh kerajaan. Pendapatan bulanan berlebihan kerana hampir semua perkhidmatan percuma. Rakyat Brunei merasai nikmat kemerdekaan.

Malaysia yang juga pengeluar Petroleum , mengikut sumber yang boleh dipercayai, telah mengeluarkan 850,000 tong sehari. Kemana hasilnya menghilang? Seluruh keperluan asas air, letrik, persekolahan, hospital dan jalan raya belum merdeka daripada dijajah pemerintah, rakyat dikenakan bayaran tol, cukai dan bil yang tidak sepatutnya.

 Ditambah dengan cukai ke atas GST yang rakyat semua sudah faham dan merasai kesannya. Pendapatan rakyat yang defisit tidak cukup untuk membiayai keperluan asas kehidupan harian. Apakah erti kemerdekaan kepada rakyat Malaysia?

Sempena menyambut kemerdekaan yang ke-58 ini saya menyeru seluruh rakyat bersatu sehati dan sejiwa berjuang menukarkan pemerintahan UMNO Barisan Nasional.

Selamatkan Malaysia, Istiqamah Hingga Kemenangan

HAJI RAZMAN HAJI ZAKARIA
PESURUHJAYA PAS PERAK

16 Zulkaedah 1436
Isnin, 31 Ogos 2015

Paktehrazman.blogspot.com
Page: Tn Haji Razman Zakaria

0 comments:

Catat Ulasan