Selamat Hari Raya Idul Fitri 1436H

Selamat Hari Raya Idul Fitri 1436H

Jumaat, 28 Ogos 2015

KONGRES RAKYAT : PAS PERAK MENGARAHKAN AHLI MEMBERI TUMPUAN



KONGRES RAKYAT : PAS PERAK MENGARAHKAN AHLI MEMBERI TUMPUAN

Keputusan PAS Pusat untuk menganjurkan program Kongres Rakyat pada 12 September 2015 bertempat di Auditorium Dewan Jubli Perak , Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah , Shah Alam , Selangor. Program ini merupakan satu pendekatan terbaik , dalam menangani krisis hak dan masalah rakyat.

Program yang berorientasikan perbincangan dua hala untuk mencari solusi terbaik memberikan satu isyarat kepada rakyat bahawa PAS sentiasa berada di barisan hadapan membela nasib rakyat .

Penyertaan terbuka kepada semua lapisan masyarakat terutama badan-badan bukan kerajaan ( NGO ) termasuk persatuan petani , pekebun kecil , pekerja kilang , nelayan , peneroka Felda , orang asal , OKU , mahasiswa , aktivis sosial , tokoh akademik , ikon politik untuk berpartisipasi memberi sokongan dalam menjayakan program ini .

PAS komited dalam perjuangan menyelesaikan isu rakyat melalui pendekatan secara aman dalam lunas undang-undang yg dibenarkan.

 Aspirasi rakyat mampu direaliasasikan dengan kesepakatan dari semua pihak dan PAS sedia menjadi wadah untuk memberikan solusi dan cara terbaik .

Justeru untuk memahami isu sebenar maka Pas Perak mengarahkan ahli dan semua rakyat Perak bersedia  dan memberi tumpuan untuk bersama-sama hadir kongres tersebut. Maka sokongan dan kebersamaan semua pendokong dan aktivis PAS Perak mesti diberikan sepenuhnya sebagai bukti komitmen kita bersama perjuangan PAS .

Istiqamah Hingga Kemenangan

HAJI RAZMAN HAJI ZAKARIA
PESURUHJAYA PAS PERAK

12 Zulkaedah 1436
Selasa, 27 Ogos 2015

Paktehrazman.blogspot.com
Page: Tn Haji Razman Zakaria

0 comments:

Catat Ulasan