Selamat Hari Raya Idul Fitri 1436H

Selamat Hari Raya Idul Fitri 1436H

Selasa, 25 Ogos 2015

PAS PERAK MENYAMBUT BAIK KEPUTUSAN PERLETAKAN JAWATAN


Saya mendapat berita beberapa orang AJK PAS Kawasan Batu Gajah meletakkan jawatan dan sebelum ini ada beberapa kawasan yang telah mengambil tindakan yg sama. Dengar juga tindakan seperti diatur peringkat demi peringkat.  Sebagai Pesuruhjaya PAS Negeri, saya menyambut baik keputusan tersebut, selaras dengan arahan parti yang dikeluarkan oleh pejabat Agung PAS, melarang ahli terlibat secara langsung dengan Harapan Baru.

PAS perak menghormati demokrasi dan pendirian pandangan individu. Mereka boleh memilih mana-mana wadah mengikut kefahaman masing-masing. Sebagai anggota  mana-mana organisasi,  menjadi satu kewajipan untuk mengikut arahan dan keputusan organisasi.

Perbedaan pendapat, usul ataupun cadangan boleh disalurkan melalui ruang yang disediakan. Apabila keputusan yang diputuskan berbeza dengan apa yang diusulkan, tidak boleh dijadikan alasan untuk mengingkari keputusan dan arahan tersebut.

Selain itu, PAS Perak juga mengalu-alukan kepada mana-mana ahli yang hendak melepaskan jawatan di peringkat kawasan mahupun cawangan, supaya membuat pendirian dengan jelas. Keputusan sebegini adalah baik untuk semua. PAS memerlukan ahli yang taat setia untuk bergerak kehadapan mengatur gerakerja mendepani suasana politik semasa yg lebih mencabar.

PAS Perak juga  mengucapkan tahniah dan syabas kepada ahli PAS yang terus istiqamah bersama PAS dan setinggi-tinggi penghargaan buat ribuan masyarakat yang memilih untuk menyertai PAS.

Walaubagaimanapun, PAS Perak berharap agar mereka yang cenderung meninggalkan parti agar memikirkan semula keputusan tersebut. Marilah kita sama-sama fokus menyelamat negara yang dirosakkan oleh umnoBN.

Istiqamah Hingga Kemenangan

HAJI RAZMAN HAJI ZAKARIA
PESURUHJAYA PAS PERAK

10 Zulkaedah 1436
Selasa, 25 Ogos 2015

Paktehrazman.blogspot.com

Page: Tn Haji Razman Zakaria

0 comments:

Catat Ulasan