Selamat Hari Raya Idul Fitri 1436H

Selamat Hari Raya Idul Fitri 1436H

Rabu, 15 Julai 2015

PARTI BARU MENGUJI KEBIJAKSANAAN POLITIK DAP




Sikap DAP yang mencampuri urusan PAS dalam soal dasar perjuangan dan pemilihannya telah membawa kepada kecelaruan Pakatan Rakyat.

DAP seolah-olah tidak faham konsep, prinsip dan ketegasan perjuang PAS. Pengalaman ketegasan Presiden  Almarhum Ustaz Fadhil Nor pada tahun 2001 tidak menjadi pengajaran kepada DAP. Ternyata 2015, ujian kerajaan dan pangkat kedudukan kepada pejuang sejati PAS tidak dapat diruntuhkan.

Hasrat kumpulan kecewa dalam PAS dalam pemilihan baru ini, dilihat mendapat restu DAP serta ingin menubuhkan parti baru dan ura-ura menubuhkan pakatan baru 2.0. Sekali lagi  menguji kebijaksanaan DAP membaca suasana iklim politik Malaysia. Mereka tidak boleh berbangga dengan kejayaan mereka dalam dua PRU yang lalu kerana ia masih belum menjadi cerminan kekuatan DAP.

Semenjak penubuhan, PAS telah menghadapi pelbagai proses.Ternyata tetap teguh bergerak kehadapan dengan ketegasan prinsip perjuangan dan menangani sensitiviti politik Malaysia dengan pendekatan aman dan muwajahah silmiah.

Ahli PAS mencari redha Allah, istilah "erti kemenangan" bagi pejuang PAS  bersifat tersendiri yang tidak sama dengan kumpulan yang lain. Istilah ini tidak mungkin dapat difahami kecuali mereka yang faham hakikat perjuangan PAS, serta menyelusuri jalannya dengan kefahaman dan keikhlasan.

DAP telah menolak perjuangan  dan  Presiden PAS. Sekiranya DAP terus memancing ahli PAS dan membuat hubungan dengan parti baru yang dikatakan akan ditubuhkan dan terus mengangkat individu yang ditolak dalam organisasinya, bererti DAP  memberi nyawa baru kepada UMNO dan BN.

Istiqamah Hingga Kemenangan

HAJI RAZMAN HAJI ZAKARIA
PESURUHJAYA PAS PERAK

27 Ramadhan 1436
Selasa 14 Julai 2015

Paktehrazman.blogspot.com
Page: Tn Haji Razman Zakaria

0 comments:

Catat Ulasan