Selamat Hari Raya Idul Fitri 1436H

Selamat Hari Raya Idul Fitri 1436H

Khamis, 30 Julai 2015

GHB : KENYATAAN MEDIA BADAN PERHUBUNGAN PAS PERAK



KENYATAAN BADAN PERHUBUNGAN PAS PERAK

Pendirian rasmi Badan Perhubungan PAS Negeri Perak (BPPNP)

1. Perkembangan politik semasa terutama pasca muktamar PAS Pusat telah menampakkan pergolakan dalaman PAS. Namun, pergolakan ini telah memberi peluang kepada PAS untuk bangkit dengan gagah demi meneruskan agenda Dakwah,Tarbiyah dan Siasah dengan lebih berkesan.

2.  Atas keyakinan perjuangan ini, PAS Perak berpendirian tidak boleh ada dua jamaah Islam dalam satu masa kerana ia bakal mengundang kerugian dan perpecahan. Maka dengan itu, kami menasihati semua pimpinan dan ahli di semua peringkat khususnya di Negeri Perak supaya terus beristiqamah dengan perjuangan PAS.

3.   Selaras dengan arahan Pas Pusat,  kami juga tidak membenarkan pimpinan dan ahli PAS daripada terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan Gerakan Harapan Baru (GHB). Malah, GHB tidak dibenarkan menggunakan mana-mana aset dan premis PAS untuk sebarang aktiviti mereka kerana ia melanggar etika parti serta adab-adab berjamaah. Selain itu, PAS Perak menyeru ahli-ahli PAS supaya menjaga ukhuwwah, adab-adab berhujah dan banyakkan menerang daripada menyerang tika menangani isu GHB tersebut.

4.  Justeru, PAS Perak  akan terus maju ke hadapan dengan lebih aktif dan efektif dengan mengamalkan pendekatan "muwajahah silmiah" iaitu pendekatan secara aman dan menghormati demokrasi berdasarkan panduan Al Quran, As Sunnah, Ijmak Ulamak dan Qias.

5.  Akhir sekali, PAS Perak meminta agar semua pimpinan dan ahli PAS di semua peringkat  untuk melipatgandakan usaha demi mempertahankan PAS disamping mengharap pertolongan dan keredhaan Allah.

Istiqamah Hingga Kemenangan

TUAN HAJI RAZMAN B. HAJI ZAKARIA
PESURUHJAYA PAS PERAK

14 Syawal 1436
Khamis 30 Julai 2015

0 comments:

Catat Ulasan