Selamat Hari Raya Idul Fitri 1436H

Selamat Hari Raya Idul Fitri 1436H

Jumaat, 9 Januari 2015

8 DAN 9 JANUARI : ROMBONGAN KE GUAL IPOH, KELANTAN


Alhamdulillah, 8 Januari, Khamis saya bersama rombongan kekuatan sekitar 80 orang dengan menggunakan 21 buah 4WD beserta lori 1 tan, bergerak ke Kelantan sekitar jam 10 pagi dari Lenggong. Sekitar jam 4 petang, tiba di Pusat Tarbiah Islamiah Terhasil (PUTIT) Tanah Merah.

Bermula dengan pemunggahan barang serta bekalan bahan mentah dan persiapan dapur untuk petugas. Tugasan pertama kami ialah membuat pemindahan barang berskala besar kerana sekolah akan bermula dalam jangkamasa terdekat. Operasi kedua pula ialah membersihkan rumah tanpa bekalan air paip. Di sini perlukan mesin sedut air perigi dan alatan biasa untuk mencuci rumah.

0 comments:

Catat Komen