SEMOGA SELAMAT DUNIA AKHIRAT

Istiqamah Hingga Kemenangan

Selamat Hari Raya Idul Fitri 1436H

Selamat Hari Raya Idul Fitri 1436H

Jumaat, 30 Januari 2015

BUKAN MUDAH MEMIMPIN JAMAAH

Sebaik sahaja menerima perlantikan dan taklifan sebagai Pesuruhjaya PAS Perak pada 2 Disember 2013, terus berjumpa dengan Murabbi yang pernah diri ini menerima ilmu dan nasihat daripada mereka. Mereka ialah, Timbalan Mursyidul Am Tuan Guru Dato Haron Din, Tuan Guru Haji Salleh Musa Sik, Tuan Guru Awang Lanai Baling, Ustaz Azizan Desa mantan Pesuruhjaya PAS Perak,  Ustaz Abu Bakar Hussin, Ustaz Shuaid Din mantan Ketua Dewan Ulamak PAS Perak, Ustaz Sidek Nor Naib Ketua Dewan Ulamak PAS Perak dan Ustaz Saharuddin Lenggong. Hampir sama...

Khamis, 29 Januari 2015

...

...

KEMENANGAN GERAKAN ISLAM TERTANGGUH DISEBABKAN KRISIS KEFAHAMAN AHLINYA?

Rukun Bai'ah pertama yang digariskan oleh al-Syahid Imam Hassan al-Banna adalah الفهم iaitu faham. Faham di sini bermaksud memahami matlamat dan tujuan PAS semasa kita mengisi borang untuk berintima' dengan jamaah ini. Kefahaman gerakan ini boleh difahami dan dihayati sepenuhnya apabila seseorang ahli itu melalui proses tarbiah yang disusun secara sistematik oleh ulama' haraki dalam PAS sepertimana yang sudah berjalan sekian lama. Rukun الفهم ini nampaknya masih belum jelas di kalangan segelintir ahli PAS sendiri. Baru-baru ini, ada tulisan...

Rabu, 28 Januari 2015

KESUSAHAN RAKYAT MENJADI KEUNTUNGAN ORANG BERKEPENTINGAN?

Semua rakyat sedar, baru-baru ini Negara Malaysia dilanda banjir, melibatkan Kelantan, Terengganu, Pahang dan Perak yang dianggarkan kerugian sebanyak RM1Bilion. Namun, tatkala bencana ini terjadi hampir di semua kawasan, pimpinan kerajaan dan wakil-rakyatnya sedang bercuti diluar negara, termasuk Perdana Menteri yang sedang bermain golf bersama Barack Obama, Presiden Amerika. Situasi juga memperlihatkan keprihatinan rakyat Malaysia dan NGO dalam membantu mangsa banjir di setiap kawasan. Kalau diukur nilai tenaga barangan dan tunai yang disalurkan...

...

...

Selasa, 27 Januari 2015

PAS PERAK MENYOKONG PENDIRIAN PRESIDEN PAS TENTANG PBT

Saya dihubungi oleh wartawan daripada Sinar Harian Perak bertanyakan mengenai perihal Pilihanraya PBT. Apa pendirian PAS Perak terhadap isu ni? Adakah sependapat dengan Presiden Tuan Guru Abdul Hadi Awang atau sebaliknya? Adakah sebarang perbincangan bersama DAP atau PR Perak diadakan? Apakah cadangan penyelesaian isu ni? ULASAN SPONTAN Pentadbiran PAS negeri adalah merupakan Badan Perhubungan di bawah Pentadbiran PAS Pusat serta membawa...

PAS PERAK MENYOKONG KENYATAAN PRESIDEN TENTANG PASMA

Saya dihubungi oleh pihak wartawan Utusan Malaysia dan Sinar Harian yang mahukan ulasan saya berkaitan kenyataan Tuan Guru Presiden mempersilakan PasMa meninggalkan PAS sekiranya pendirian pertubuhan tersebut tidak sehaluan dengan parti. Justeru, suka saya jelaskan bahawa : Pentadbiran PAS negeri adalah merupakan Badan Perhubungan di bawah Pentadbiran PAS Pusat serta membawa suara Presiden ke akar umbi. Pada dasarnya apa jua yang diputuskan...

Ahad, 25 Januari 2015

CATATAN TAUJIHAT TOK GURU HJ ABDUL HADI AWANG

PAS yang ditubuhkan sejak 1951 menjunjung perintah Allah SWT dan Rasul yang menyuruh ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran atas dasar Islam. Inilah sepertimana yang diwarisi daripada para nabi AS sepanjang zaman. Disebabkan prinsip inilah PAS ditentang dan diuji sepanjang sejarah perjuangannya. Inilah bahtera PAS, yang tidak sama dengan bahtera yang lain. (مَثَلُ القَائِم في حُدُودِ اللَّه والْوَاقِع فيها، كَمثل قَومٍ اسْتَهَموا على سَفِينَةٍ،...

CERAMAH DI LEKIR, LUMUT BERSAMA PIMPINAN

Bersama pimpinan, Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang, Presiden PAS dan Tuan Haji Salehuddin Ayob Naib Presiden PAS berceramah di Lekir, Lumut. Turut hadir, Cikgu Noh, yang mendapat anugerah Tokoh Pendidik dalam program anjuran NGO Pendidik bertempat di Kelantan pada 15 November lalu, ...

HI TEA DAN KUTIPAN UNTUK PASTI LENGGONG

25 Januari, Ahad, bersama masyarakat Lenggong dalam Hi Tea pimpinan menyantuni mangsa banjir, bersama Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man, Ir Hj Nizar dan Ustaz Norazli Musa. Turut sama melancarkan tabung derma Pasti Lenggong ...

MAKAN TENGAHARI DI BUKIT GANTANG

25 Januari, Ahad, Makan tengahari bersama tetamu jemputan di Perak, bertempat di rumah Cikgu Hassan, Batu 8, Bukit Gantang, Perak. Terima kasih kepada tuan rumah dan kesudian tetamu bertandang ke rumah ...

SARAPAN BERSAMA TUAN GURU PRESIDEN

25 Januari, Ahad, di awal pagi bersarapan bersama kepimpinan PAS Pusat, khususnya Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS di Masjid Kampung Expo Kamunting, Taiping. ...

KESELARASAN FIKRAH DALAM PAS

25 Disember, Ahad, diadakan Jelajah Harian PAS Pusat ke Perak. Alhamdulillah, majlis diadakan di Markas Tarbiyah PAS Air Kuning, dengan kehadiran yang sangat memuaskan. Kehadiran rombongan daripada PAS Pusat ini, diharapkan dapat mengeratkam ukhuwah sesama pimpinan. Di dalam Islam, menekankan aspek tarbiyah, yang mana salah satu elemennya ialah "keselarasan fikrah". Antara istilah istilah tarbiyah yang mempunyai elemen "keselarasan fikrah"...

Sabtu, 24 Januari 2015

Madrasah Nuqaba

23 Januari, Jumaat, menghadiri Madrasah Nuqaba secara bulanan anjuran Lajnah Tarbiah Badan Perhubungan PAS Perak. Pengisian disampaikan oleh Ustaz Suaid Din, ahli Majlis Fatwa Negeri Perak, dan juga Mantan Ketua Dewan Ulamak PAS Perak ...

GOTONG ROYONG PASTI TAMPAN AIR

24 Januari, Sabtu, singgah melihat Ketua Muslimat Lenggong Ustazah Fauziah yang merupakan juga guru Pasti Tampan Air.. Insya Allah akan mula beroperasi dibuka Isnin ini setelah sekian lama di tenggelami air. Innsya Allah jam 4 ptg Ahad, Hitea dan Pelancaran Dana Pasti Lenggong bersama pimpinan harian pusat akan diadaka di sini. Kemudiam meneruskan perjalanan ke Lawin untuk menziarahi Allahyarhamha ibu kepada ustaz Zulkifli Abu, Mantan YDP dan calon...

Jumaat, 23 Januari 2015

MERASMIKAN MESYUARAT AGUNG CAWANGAN CAWANGAN BAGI KAWASAN PERMATANG PAUH

22 Januari, Khamis, merasmikan Mesyuarat Agung Cawangan cawangan Kawasan Permatang Pauh bertempat di Dewan Haji Yusof Rawa. Semoga usaha kalian mendapat keberkatan Allah SWT ...