Selamat Hari Raya Idul Fitri 1436H

Selamat Hari Raya Idul Fitri 1436H

Isnin, 1 Jun 2015

APA YANG TELAH KITA SUMBANG KEPADA PAS?



Hari ini saya sempat hadir pelancaran Majlis Kebajikan & Pembangunan Pendidikan Islam Malaysia (MAKPEN) di Sekolah Rendah Islam Integrasi Al-Farabi kg Delek, Klang, Selangor.

Tersentuh apabila kedengaran, suara suara yang mempersoalkan, "apa yang para Asatizah boleh buat selain dari mengajar sekolah mengajar dan kuliah dan bangunkan sekolah?". Bahkan mereka turut dilabel "ustaz sampul" serta kata kata "kita nak memerintah negara bukan nak buat sekolah".

Tanpa menoleh mereka terus beristiqamah mendidik jiwa jiwa yang mendahagakan ilmu membina masyarakat. Mendidik siang dan malam. Pagi harinya menyampaikan kuliah subuh, kuliah Dhuha, mengajar di pondok dan sekolah, kuliah maghrib dan kelas al Quran sehingga ke hujung malam.

Hari ini rupanya di seluruh negara terdapat lebih 350 buah Sekolah Agama Rakyat yang diusahakan oleh asatizah aktivis PAS. Lebih dari 11000 orang guru dan lebih 300 ribu pelajar. Setiap tahun ribuan pelajar saban tahun keluar ke dalam masyarakat menjadi Amilin PAS. Puluhan ribu jawatankuasa Sekolah, ibu bapa yang terlibat dalam industri ini menyumbang kepada pembangunan PAS. Ini belum dikira PASTI lagi.

Sebahagian besar pimpinan yang ada pada hari ini hanya hadir di pertengahan tengah jalan yang sudah hampir siap, masuk ke bangunan yang telah siap dan menumpang bahtera yang sudah lama belayar menuju matlamat dan halatuju yang jelas. Menyambung perjuangan Nabi SAW dengan tunjuk ajar para ulamak dalam MSU PAS. Dustur yang tertinggi ialah Al Quran, As Sunnah, Ijmak para ulamak dan Qias dijunjung tinggi.

Kalau kita tidak dapat menyumbang janganlah merosakan perjuangan ini. Kalau kita tidak ada jasa janganlah kita menjadi agen membawa unsur asing ke dalam perjuangan ini, merosakkan persepsi terhadap para ustaz yang berjasa siang dan malam membina masyarakat.

Terus Beristiqamah

* Catatan dalam Majlis Pelancaran MAKPEN

HJ. RAZMAN HJ. ZAKARIA
PESURUHJAYA PAS PERAK
page : Tn Haji Razman Zakaria

Ahad 31hb Mei 2015
13 Syaaban 1436H

0 comments:

Catat Komen